Allah Lebih Sayangkan Dia

Allah Lebih Sayangkan Dia

Perjalanan terakhir Muhammad Afifi Ahmad.

Adik Afifi, student Malaysia di Sudan yang koma di ICU Royal Care International Hospital selama 2 malam telah kembali menemui Penciptanya pada hari Jumaat yang barakah, jam 11.15am (waktu Sudan). Allah..Allah..Allah..

Saya kurang mengenalinya sebab dia agak baru di sini. Dia datang tahun lepas. Tapi sahabat-sahabatnya di sini bagitahu saya dia ni orangnya peramah dan baik hati. Ringan tulang dan popular di kalangan warga Petronas sebab dia mengajar KAFA untuk anak-anak mereka. Jadi Afifi dikenali sebagai Ustaz Afifi di kalangan mereka.

Jenazahnya diuruskan di Rumah Malaysia. Dimandikan dan dikafankan oleh Tuan Sheikh Muhammad, lecturer di jamiah (universiti) tempat dia belajar. Dalam post yang lepas saya mentioned students sini belajar bukan nak kejar scroll tu sangat. Sebab tu mereka ni bukan hanya belajar dalam kelas jamiah saja, pada sebelah malam mereka akan menjelajah ke masjid-masjid atau rumah-rumah ulama yang mengajar agama. Tuan Sheikh Muhammad tu salah seorang ulama yang mengajar ilmu hadis di masjid. Ustaz Afifi tergolong di kalangan mereka yang tak puas belajar dalam kelas di jamiah saja.

Kali terakhir melihat jenazah selepas dikafankan, tiada yang lebih menyedihkan bila hati saya terdetik ‘mak dia xdpt nak cium jenazah anak..’ sejak datang tak pernah balik Malaysia. Mungkin masa menghantar di balai berlepas lapangan terbang, itulah kali terakhir ibu tu dapat peluk dan cium anak dia. Dilepaskan belajar jauh-jauh, meninggal, jenazahnya pun tak dapat ditatap! Allah..Allah..Allah…

Alhamdulillah jenazah ustaz Afifi telah selamat dikebumikan di tanah perkuburan Islam Sahafa, Khartoum selepas asar tadi. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya dan ditempatkan di kalangan syuhada’.Mati semasa menuntut ilmu agama fisabilillah, in syaa Allah SYAHID. Mudah-mudahan Allah rahmati juga mereka yang menguruskan jenazah.

Allah beri sakit 2 malam (mudah-mudahan Allah ampunkan dosa).Semua orang bimbang tengok dia kritikal di ICU rupe-rupenya tak sia-sia, Allah nak bagi ganjaran meninggal pada hari Jumaat! Jenazah diuruskan oleh ulama, penuntut ilmu agama di jalan Allah. Bertuah kau dik! Kematian ustaz Afifi akibat meningitis merupakan satu ‘wake up call’ pada kami semua di Sudan. Semua lepas ni kene dapatkan meningitis injection! Sighhhh…what else can i say about him?kehidupan, kematiannya semua memberi manfaat!

p/s: Nasib ustaz Afifi kite dah tau, macamana la agaknye nasib kita nanti kan?

Cerita Musim Panas Tahun Ini

Cerita Musim Panas Tahun Ini

Assalamualaikum.

Sudan panas sangat sekarang ni. Suhu melebihi 40°c. Suami saya dah demam dah. Kesian tengok orang demam tu. Melepek terus. Dia asik mengadu sejuk. Bila dipegang badannya saya rasa panas. Dengan suhu 44°c semalam dia boleh berbaju panas, berselimut dan tak on aircond. Mak ai..sabar je la! Saya pulak yang rasa nak demam lepas tu. Berpeluh-peluh saya dalam rumah ni! Tapi nak buat macamane, kene la utamakan orang sakitkan.

Sejak mula musim panas ni, saya selalu terfikir macamana la orang yang rumah dia takde aircond kan? Setahu saya rumah students takde aircond. Macamana diorang tido? saya yang bilik pasang aircond pun susah nak tido. Puasla tossing and turning, pukul 2, pukul 3 baru dapat lena. Aircond pun tak mampu nak menyejukkan bilik sebab suhu di luar terlampau panas. Macamane la orang-orang yang tidur kat luar rumah kan? Macam Ahmad kat bawah tu, malam-malam pun berbahang. Kepanasan ni melesukan badan. Buat badan rasa lemau je. Musim-musim panas ni selalu pulak blackout. Kalau takde genset memang masak la. So masa suami demam semalam, dia taknak switch on sume aircond, just on 1 kipas je. Merasa la saya sekejap ape yang orang rumah takde aircond rasa musim-musim panas gini. Pengalaman yang priceless saya kira.

Oh, sebut pasal students, semalam saya dapat berita ade sorang student masuk hospital. Tapi tak tau sakit ape. Jadi ingatkan biase-biase je la. Pagi tadi baru tau dia tengah koma kt icu rupenye! Ya Allah… Dapat bayangkan perasaan family kat Malaysia macamana. Lepas MRI dan prosedur amik air tulang belakang doctor sahkan sakit radang otak. Peluang 50-50. Sedihnye! Hospital dia masuk tu hospital private. Nak masuk kene bayar deposit beribu-ribu. Itulah hospital terbaik di Khartoum ni. Or should I say di Sudan ni? Mujur ada hamba Allah berhati mulia dari Petronas yang sanggup menghulurkan bantuan untuk deposit. Saya harap saya pun dapat memberi sumbangan. Mudah-mudahan Allah berkati hambaNya yang pemurah itu.

Rawatan kt ICU, MRI, air tulang belakang lagi. Taktau la berapa ribu kos sebenar. Students di sini tak sama dengan mana-mana students kat tempat lain. Mereka tiada penaja. Even JPA pun tak mengiktiraf. Tapi mereka tetap gigih menuntut ilmu agama. Students sini belajar ilmu agama untuk diri sendiri, bukan untuk grad dapat segulung ijazah buat modal dapat kerja bergaji besar kat Malaysia. Sebab tu tak diiktiraf pun tetap ada yang mahu belajar. Tiada penaja, family pun bukanlah mewah. Jadi hidup mereka di sini susah. Kalau tengok rumah diorang kat sini, pasti kite berhenti komplen keadaan rumah sendiri. Jadi bila dengar ade yang sakit dan memerlukan rawatan yang mahal begitu saya memahami keperitan tu. Mintak tolong kawan-kawan yang baca ni tadah tangan dan berdoa adik Afifi segera sembuh. Mohon kami dipermudahkan membantu adik Afifi ni.

Terima kasih atas doa. Semoga Allah makbulkan doa-doa kita.

syukran jazilan ya ustazah

syukran jazilan ya ustazah

Assalamualaikum.

Tengah hari tadi saya dapat sms menjemput saya dan suami ke majlis tahlil dan farewell dari seorang student. Student ni ustazah bahasa arab saya. Dia kata dia dah nak balik for good minggu depan. Oh, dah tak lama lagi la tu. Tak semena-mena hati ni rasa sayu pulak. Lepas ni susah lah nak order karipap dan roti canai frozen! :) Student ni terer masak. Malu i tau! Hehe..

Nama dia Nur Khalida. Saya panggil dia Khalida tapi kalau dalam kelas saya panggil dia ustazah. Saya sempat mengikuti kelas ustazah ni selama setahun. Seminggu sekali.

Ustazah, kak Dian akui bahasa arab akak ni masih lemah. Tapi akak tetap nak berterima kasih pada ustazah. Penguasaan bahasa arab yang masih lemah bukan sebab ustazah tak pandai mengajar tapi Kak Dian ni kurang prektis. Kak Dian memang jarang ke souq, Kak Dian yakin, kalau akak rajin pergi shopping kat souq tu sure mantap dah cakap arab!hehehe…

Kak Dian nak ucap terima kasih banyak-banyak sebab ustazah dah tolong akak tunaikan satu impian akak iaitu nk belajar bahasa arab. Masa kak Dian baru-baru sampai, akak ada beberapa impian dan cita-cita. Memantapkan skill memasak, belajat buat kek, belajar menjahit, drive kt khartoum dan belajar bhs arab. Tapi nampaknya sehingga ke hari ini belajar bahasa arab je yang tercapai kot. Yang lain-lain sume ke sungai Nil!hehehe…

Ustazah, selemah-lemah akak dalam belajar bahasa Al-Quran ni, akak tetap berbangga dengan pencapaian akak ni sebab kerana masuk kelas awak la akak boleh cakap dengan penjual jaket kat Cairo tu yang akak nak beli jaket kaler merah sebab ustazah memperkenalkan akak warna-warna dalam bahasa arab. Akak berjaya beli dengan harga murah sebab ustazah dah ajar ‘ila souq’ masa tu. Bangga tau sebab suami kagum dan lepas tu cakap “tak sia-sia i hantar u pg kelas” hehe..walaupun grammar akak lintang pukang masa tu. Tak kire ar..janji tokey tu faham!hehehe…

Ustazah, terima kasih sebab sabar mengajar akak yang dah berkarat otak ni. Berkali-kali kene explain benda sama tapi awak tak pernah jemu. Sebab awak la akak tau perbezaan ‘sawda’ wa aswad’. Sebab awak la akak temui jawapan kenapa ‘habbatussawda’ dan kenapa ‘hajarulaswad’. Sedangkan ‘sawda” dan ‘aswad’ same maksud iaitu hitam. Kenapa orang tak guna ‘hajarulsawda” atau ‘habbatulaswad’? sebab awak la akak jumpe jawapannya.

Ustazah jugak pernah tunjukkan akak salah satu mukjizat Al-Quran dan Nabi Muhammad SAW bila pada satu hari tu awak pesan supaya semua orang bawa Al-Quran untuk next class. Awak tunjukkan satu ayat tu ade sebut ‘basol’ yang bermaksud bawang merah. Pastu ade perkataan ‘launuhu’, ‘asfar’. Perkataan-perkataan tu ustazah baru ajar last week. Ustazah tunjukkan bukti yang nabi kita bukan sengaja reka ayat-ayat dalam tu sebab baginda buta huruf! Subhanallah! Saya rasa ustaz-ustaz dan ustazah-ustazah dekat Malaysia patut kreatif macam Ustazah Khalida. Baru la murid-murid tak bosan.

Ustazah, masa kami bercuti ke Paris, ye la akak ponteng kelas masa tu :) tapi akak tak sangka akak akan terpaksa cakap arab kat sana. Serious! kami pergi masa hari krismas jadi driver yang keje hanya yang bukan kristian. Kami dapat driver Moroccan yang hanya boleh cakap arab dan perancis je. Terpaksa la akak yang jadi jurucakapnye sebab suami akak hanya tau kecek kelate je!huhu..jange maroh yo be.. Hik..hik..hik.. Terkial-kial la akak ni nak menyusun ayat sampai kene marah dengan suami sebab akak blur dan terlupa perkataan ‘sekarang’ dalam bahasa arab. Sebab, money changer kat airport dia tutup, kami nak kene tukar duit dulu. Jadi nak kene bagitau kat driver tu yang sekarang mahu ke money changer dulu, kemudian baru ke hotel. Suami akak kata,”dah berapa lama belajar bahasa arab, perkataan basic macam sekarang pun tak tahu ke?” amboiiii… Sedap dia bahasakan kite ye… Bukan tak tau,tapi ter-blur jap sebab tibe-tibe je kene cakap arab! Lepas termenung jap sambil menyusun ayat, dapat le akak memberitahu driver tu yang kami nak ke money changer dulu, bakdin ila funduk. Betul tak ni ustazah?hehe..nampaknye beliau.faham ape yang akak cuba sampaikan sebab lepas tu dia berhenti kat depan money changer. Suami akak pun sibuk-sibuk tanye funduk? Ape benda funduk tu? ade la..rahsia! u mana boleh tau…hahaha..tu la marah lagi.

Last but not least, selain daripada berjaya kerek kembang-kembang idong dengan suami sebab akak bole cakap arab syuaia-syuaia,  walaupun sekarang dah tak baper bole nak kerek dengan dia sebab dia dah lagi pandai dari akak. Dia selalu sembang dengan sudan! Mane aci kan? Dia plak kadang tu cakap, “see… I tak payah pg kelas pun boleh faham,bole cakap.” Fineee. Ok dah lari topik. Akak sebenarnya paling happy dapat belajar bahasa arab ni ialah tadi masa akak mengaji, sampai kat ayat 183-187 surah Al Baqarah, akak senyum sorang- sorang sebab banyak perkataan yang familiar dalam ayat tu. Walaupun akak tak faham sepatah-sepatah, tapi akak tau roughly ayat tu bercerita pasal puasa, orang sakit (maurid) dan musafir ade kelonggaran, waktu imsak-bile warna putih dan hitam dapat dibezakan, larangan suami isteri semasa puasa. Bile akak cek tafsir, akak happy sangat sebab betul la! wee~ syukran jazilan ya ustazah!

Akak pasti kepulangan awak ke Malaysia akan memberi manfaat kepada lebih ramai orang. Pulang lah! Taburlah baktimu di sana pula. InsyaAllah ukwah yang terjalin ini akan sentiasa terjalin. Zaman sekarang macam- macam cara boleh berhubung kan? Mudah-mudahan pertemuan dan perpisahan kita sentiasa mendapat keredhaan dan keampunaan Allah.

SYUKRAN JAZILAN, YA USTAZAH!

Pisau Baru

Pisau Baru

image

Paperbag besau macam paperbag handbag. Hehe.. Tapi isinya set pisau dapur. I suke benda baru. Dapat pisau baru pun supper happy :)

Bile ada benda baru, semangat masuk dapur pun otomatik meningkat ke level baru. Tapi belum rasmikan lagi. Sayang nak keluarkan dulu. Tunggu sampai tempat baru.

Thank you laling!

Balai Berlepas

Balai Berlepas

image

Hati berbelah bagi nak ikut balik Sudan ke tidak. Kalau di Malaysia rutin saya akan jadi macamni: Masak – HKL – Kuala Pilah. Penat sikit tapi happy sebab rasa diri banyak fungsi. Tapi kesian pulak kt hubby yang balik sorang. Sure sunyi balik kerja rumah takde orang.

Takpela, saya ikut dia balik. Saya rasa keputusan ini betul. Tempat isteri kan di sisi suami? Yang lain-lain tu serah saja pada Allah. Saya percaya kite buat benda betul, Allah akan permudahkan. InsyaAllah. Amin!

image

Mak saya da sihat. Dah boleh senyum. Saya pun senang hati nak tinggalkan dia. :)

Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah :)

Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah :)

Assalamualaikum

Alhamdulillah. Mak saya dah dipindahkan ke wad perubatan biasa selepas 2 malam di CCU. Adik saya dari KK dah balik. Mak saya sangat happy dapat jumpa cucu dia. :) Kami pun lega, boleh la check in kat apartment kat Jalan Ampang ni. Dekat sikit nak berulang ke HKL melawat bapa mertua saya. Sebelum ni kami ulang alik dari Kuala Pilah ke HKL. Kami melawat mak semasa waktu melawat tengahari. Lepas puas hati mendengar penjelasan doktor, kami terus ke HKL pula. Tak sampai hati nak tinggalkan adik-adik saya uruskan mak. Iye, saya ade masalah nak percayakan orang lain uruskan hal-hal family. Agaknya sebab saya dah terbiasa. Dari dulu saya acting ketua keluarga dalam menguruskan hal-hal macam ni. Maklum la anak sulung.:)

 

Alhamdulillah. Bapak mertua pun dah pindah ke wad biasa walaupun keadaan dia tetap macam tu jugak tak boleh bangun, tak boleh bergerak sangat, tak boleh bercakap. Tapi stabil. Memang kami pun faham pesakit stroke makan masa untuk sembuh. Takpela, at least dia semakin positif keadaannya. Oh ye, cucu dia bertambah seorang lagi 2 hari lepas. Biras saya (isteri abang ipar) dah selamat melahirkan sorang baby boy. Di hospital bersalin, HKL. bersebelahan dengan Wad Neurologi, tempat bapa mertua di rawat . 10 April 2012 ialah ‘hari masuk hospital’ keluarga kami agaknye. Mak, bapak mertua, biras semua warded pada hari yang sama. :)

 

Alhamdulillah. Bapa best friend saya di Sudan, Emi pun dah selamat menjalani pembedahan jantung di HKL juga. Tapi sebab kami sibuk menjaga orang tua masing-masing kami masih belum sempat berjumpa. Call dan sms je bertanya keadaan masing-masing dan saling mendoakan antara satu sam lain. InsyaAllah esok boleh jumpa :)

 

Hilang semua penat lelah kami selama ni tengok semuanya bertambah ok. Mudah-mudahan berterusan begini. Takpe kalau lambat pun. Kami masih belum putus asa. Ada masa rasa nak menangis, letih sangat tapi malam-malam tak boleh tidur sebab hati risau. Tapi sekarang ialah masa untuk berusaha dan berdoa. Belum tiba masa untuk menangis dan berhenti berharap.

 

Kepulangan yang dinanti.

Kepulangan yang dinanti.

Assalamualaikum.

Nampak je susuk tubuh saya dan suami, pak mertua saya dah mencebik-cebik kesedihan. Kami lagi sedih, bulan lepas semasa kami tinggalkan dia, dia sihat, segar bugar. Sekarang dia terlantar tak boleh bercakap sebab angin ahmar.

Tak tahan nak layan kerenah public hospital, kami decide bawa dia ke KPJ Perdana Kota Baru. 4 hari di sana bil hospital mencecah hampir RM9k.

Sebab anak-anak akan lebih mudah untuk menguruskan dari KL dan doktor pun cadangkan elok dibawa ke KL sebab kemudahan lebih baik dan banyak. Hospital Serdang jadi pilihan. Tapi malangnya wad penuh. Terpaksa ke HKL. Saya dan suami tak larat nak ulang alik K.Pilah-KL, kami nak duduk je la mana-mana hotel yg dekat dengan HKL.

On the way ke airport bersama mak mertua dan adik ipar, suami dan kakak ipar naik ambulan yang disewa ke KL kami terima khabar sedih dr KP. Mak saya sakit lepas balik dari umrah. Turun flight ni saya perlu bergegas ke KP menguruskan mak pula.

Buat masa ni saya masih mampu menerima semua dugaan ni. Yang penting semua ade depan mata kita. Hadap dan harung saje. Harapan saya cuma satu, janganlah saya atau suami pula yang sakit. Kami perlu sihat untuk jaga orang sakit.

Hasbunallahawanikmalwakil. Tawakal kepada Allah.

From Sudan :)

From Sudan :)

Assalamualaikum.

Dua hari lepas suami tanyakan satu soalan ringkas “u nak beli apa dari Sudan?” Saya terdiam, pandang muka dia lama. Susah nak jawab sebenarnye. Selama hampir dua tahun kat sini, sejujurnya saya jarang nak explore negara ni. Tak tahu ape yang berbaloi dibeli kat sini. Tapi takkanlah taknak beli ape-ape kan? Lagi bila si dia dah offer.hehehe…

Jadi semalam saya ajak dia keluar pergi survey. Saya tau madam-madam borong periuk,set pinggan mangkuk, carpet. Saya tak pernah peduli semua tu sebelum ni sebab tak minat.

So semalam kami singgah kedai Tefal.

image

image

Menarik, harga pun jauh lebih murah berbanding harga RM.

Nampak ni, dah lama teringin nak belajar buat kek. Tapi ade masalah dengan oven. Alasan! kukuh kan? huhu.

Next, kami ke kedai Victorinox pulak. Kat sini nak survey pisau dapur. Nak menangis gak tengok harga pisau sampai cecah SDG2000 satu set. Susah nak buat perbandingan harga sebab tak tu berapa RM kat Malaysia.

image

Pisau seramik SDG 450 sebilah. Sape tau kat Malaysia baper?

Lepas tu kami ke Homecare, kedai yang jual segala mak nenek barangan rumah. Kat sini saya pernah beli set periuk Korkmaz. Orang kat Middle east & africa tau la brand ni. Turkish brand. 3 periuk yang ade lids tu SDG 250. Masa tu terpaksa beli periuk baru sebab periuk sedia ada dah bocor. Seee… Punye la rajin sangat saya ni memasak, sampai bocor-bocor periuk! Dah alang-alang membeli, kite beli la yang elok sikit. Masa tu ade nampak cutlery set Korkmaz yang cantek. Tapi harga tak berapa cantek dengan bajet suami mase tu. Jadi kami tangguhkan la hajat membeli tu dulu. Semalam ingat nak beli la, sekali dah takde. Ermmm…nak buat macamane, anggap je la takde rezeki.

Hasil tinjauan dalam Homecare, jumpe la dia ni.

Luminarc Dinner set

Tengok harga ok, beli je la terus. Pilihan dah tak banyak, design yang nampak modern ini je satu. Tunggu kang takut habis pulak. Sampai rumah baru la sibuk-sibuk nak tau harga kat Malaysia. Wow…memang berbaloi-baloi!

Destinasi seterusnya ialah kedai carpet. Dah lama saya aim satu kedai ni. Dari jauh nampak cantik-cantik karpet dalam kedai tu. So semalam kami pergi la.

Saya minat yang corak classic belah-belah belakang tu. Banyak made in Belgium. Machine made. Nipis je, bukan carpet tapi rugs. Bile tanye harga, terus jadi tak minat. Tak berbaloi. Setakat machine made rugs made in Belgium baikla beli kat Malaysia. Kalau pandai tawar menawar boleh dapat harga jauh lebih murah. Pembelian yang tak menguntungkan elokla dilupakan.

Itu je la yang bole dibeli kot. Ooohhh… Ade satu lagi, kalau diizinkan saya borong ni banyak-banyak.

Shawlsssssssssss :)

Ini saya beli dari souq AlGizra. Cantik-cantik! Nak beli untuk beri kat adik-adik dan kawan-kawan yang suke pakai shawls.

Okla, aku dah kedengaran very ‘mak-mak and makcik-makcik’ sebab bersembang pasal periuk belanga, pinggan mangkuk & karpet-karpet.

Sekian, bebelan dari Makcik Dian.

Lega selega leganya

Lega selega leganya

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, mak saya dapat pergi umrah tahun ni. Flight dia hari rabu, 21/3/2012, 8.00 mlm.

Saya risau sangat sebab saya cuba call dia dari pagi semalam tapi tak dapat-dapat. Saya fikir dia tak activate sim card KSA lagi kot. Sebab mustahil kalau tak landing lagi. Pastu menyesal tak ambil no hp Mak Sal, besan mak yang pergi same-same dengan mak.

Hp adalah satu-satunya medium komunikasi kami. Mak takde FB or twitter or emel akaun,ok. Mak saya sms pun tak pandai.

Tak senang hati saya nak buat ape-ape. Jiwa kacau. Dalam kepala ade macam-macam nak tanye. Sejuk ke kat sane? Kawan saya kat Riyad bagitau sane masih sejuk lagi tapi dia tak pasti di Mekah dan Madinah macamana. Mak saya tak tahan sejuk. Bawa sweater tak mak? Tapi berkali-kali call masih tak dapat!

Sampai la petang tadi, saya try call lagi. Ringing! Tapi suara orang lain yang jawab. Rupe-rupenye hp mak saya habis bateri. Tapi tak boleh nak charge dalam bilik dia sebab charger tak match dengan lubang power point. So dia tumpang charge kt bilik sebelah. Kebetulan masa saya call mak saya pergi solat asar kat masjid, so jiran sebelah bilik la tolong jawab. Dia pesan call 1/2jam lagi. Lepas 1/2 jam saya call semula. Tapi mak masih balik lagi. Kakak yang jawab call bernama Umi bagitau mak pergi shopping dengan Mak Sal. FINE. Tapi takpela, bole solat di masjid, bershopping bagai maknenye she’s ok. :)

Lega lah hati ni. SMS adik-adik di Malaysia bagitau hp mak dah boleh dihubungi. Malam ni, akhirnye pukul 9.30 malam dapatla saya dengar suara mak. Dia di Madinah sekarang. Hari Isnin akan ke Mekah.Sana ok, cuaca just nice, a bit windy. Mak pun sihat walafiat. Saya lega selega leganya!

ALHAMDULILLAH. ALHAMDULILLAH. ALHAMDULILLAH.