Jalan ke syurga

Standard

Menuntut ilmu bererti menuntut jalan ke syurga (Hadis Riwayat Muslim).

Seperti biasa, setiap hari rabu saya akan mengikuti Halaqah. Alhamdulillah hari ini saya berkesempatan mengikuti halaqah seperti minggu-minggu sudah. Hari ni ustaz bercerita tentang Pengajian Hadis dan juga tentang sebab-sebab turunnya musibah.

Kata Ustaz, Nabi Muhammad (SAW)  itu sifatnya “Bashir” dan “Nadhir”. ”Bashir” bermaksud yang menyampaikan khabar gembira manakala “Nadhir” maksudnya yang menyampaikan khabar yang menakutkan. Dalam menyampaikan ilmu sebaiknya didahulukan ‘Bashir’ sebelum ‘Nadhir’. Kerana ‘Bashir’ akan membuatkan orang tertarik untuk mendengar, walau bagaimanapun ‘Nadhir’ itu perlu supaya kita beringat dan tidak terlalu leka dengan berita gembira yang telah disampaikan.

Hadis ialah perkara yang wajib dipelajari oleh umat Islam. Orang yang menolak hadis dan hanya menerima Al- Quran adalah salah. Kerana hadis adalah sesuatu yang disandarkan kepada Nabi Muhammad (SAW) yang berupa perkataan, perbuatan, pernyataan dan sebagainya. Hadis merupakan penerangan ajaran-ajaran yang terkandung dalam Al-Quran. Dengan kata lain, hadis ialah praktikal kepada teori di dalam Al-Quran. Nabi Muhammad  (SAW) telah dipilih untuk dijadikan role model kepada seluruh umat. Kenapa tak disuruh malaikat yang jadi role model? Sebab malaikat tak sama macam manusia, malaikat tiada nafsu. Sebab tu manusia jugak yang terbaik untuk dijadikan contoh dan ikutan. Ustaz kata dia pernah baca satu buku yang bertajuk 100 Tokoh Paling Berpengaruh di Dunia, buku itu dikarang oleh seorang mat salleh, bukan Islam. Malangnya ustaz tak ingat nama penulisnya. Penulis itu walaupun bukan beragama Islam tetapi dengan rasa insafnya mengakui kesempurnaan Nabi Muhammad (SAW) dan meletakkan baginda di tempat pertama sebagai tokoh paling berpengaruh di dunia. Menurut beliau, dalam masa yang begitu singkat (23 tahun sahaja) Nabi Muhammad (SAW) telah berjaya mengubah bangsa Arab yang jahil kepada satu bangsa yang bertamadun sehingga melahirkan ramai tokoh-tokoh perubatan, matematik, sains dan sebagainya. Sebab itu umat Islam wajib mempelajari hadis dan seboleh mungkin mengaplikasikannya dalam setiap urusan harian.

Ustaz kata lagi, mata manusia selalu terhijab dengan halangan yang terbit daripada kejahilan dan kebiasaan kita. Sebenarnya setiap perkara yang berlaku adalah atas kehendak dan aturan Allah Ta’ala. Sebagai manusia kita harus menyakini hakikat itu dan cuba memahami hikmahnya. Bahayanya sekarang, umat Islam sering disogokkan dengan dakyah-dakyah bahawa sesuatu musibah atau bencana itu berlaku kerana nature. Jika itu terserap dalam minda umat Islam, khabir musykillah (masalah besar). Sebenarnya itu adalah kehendak Allah dan nature adalah penyebab sahaja. Segala yang berlaku telah tertulis. Tiada istilah kebetulan dalam aturan Allah. semua aturan Allah adalah untuk menunjukkan sifat Allah Maha Besar, Maha Kaya dan Maha Berkuasa. Sekiranya Allah turunkan sesuatu fitnah/ musibah, kita perlu memuhasabah diri sendiri apakah sebabnya Allah menurunkan musibah kepada kita?

Menurut ustaz, antara sebab diturunkan musibah ialah:

  1. Untuk menghapuskan dosa-dosa kecil. Tidaklah sesuatu penyakit atau ujian yang berlaku itu tidak menjadi kifarah kepada manusia. Itulah tandanya Allah masih menyayangi kita. Terutamanya umat Nabi Muhammad, umat akhir zaman ini. Kita boleh buat perbandingan bagaimana Allah menurunkan bala kepada umat terdahulu. MasyaAllah…Sangat dahsyat. Itu menunjukkan yang Allah masih berlembut dengan kita.
  2. Sebagai peringatan kerana terlalu banyak maksiat yang berlaku  dalam sesuatu masyarakat.  Apabila terlalu banyak maksiat yang berlaku, bala bencana yang diturunkan bukan hanya kepada orang yang berdosa sahaja. Orang beriman dan orang alim juga terkena kerana umat Islam tidak hidup sendiri-sendiri. Konsep hidup Islam adalah bermasyarakat.
  3. Amalan amar ma’aruf nahi mungkar telah ditinggalkan dalam sesuatu masyarakat. Tiada lagi golongan yang mencegah maksiat dan mengajak ke arah kebaikan. Ustaz kaitkan dengan musibah yang menimpa negara kita sekarang ni (banjir). Dia kata kalau kita masih ingat cerita tentang Natrah, gadis Belanda Islam yang dimurtadkan dulu. Masa tu di Singapore dan Malaysia, orang Islam ramai-ramai keluar berarak membantah. Tapi sekarang bila Lina Joy isytihar murtad, ape yang orang Islam buat???

Itulah serba sedikit isi halaqah yang sempat saya kutip pada minggu ini. Cakap tentang jalan ke syurga, pagi tadi sewaktu suami menghantar saya ke kelas halaqah, sesuatu kejadian telah menimpa kami. Kejadian itu membuatkan kami trauma sampai sekarang. Kami terima musibah itu dan cuba memuhasabah diri kami. Mudah-mudahan terhapus dosa-dosa kecil kami. InsyaAllah.

 

 

About these ads

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s