Nasi Tomato & Ayam Masak Merah

Standard

 

Bila hari-hari memasak, kadang-kadang dah tak tau nak masak ape. Idea dah tepu. Mula-mula tekak teringin nak makan ayam masak merah. Tapi malas nak buat sebab sebenarnye dah beberapa kali cuba tapi hasilnya tidak yang seperti diharap-harapkan. Entah macamana kali ni bila buat alhamdulillah, menjadi pulak. =) Harap-harap akan terus menjadi pada masa akan datang. Bila dah makan ayam masak merah, terfikir pulak kalau la dapat makan dengan nasi minyak kan best. Tapi tak confident nak try lepas tengok senarai bahan-bahan. So saya fikirkan option lain iaitu nasi tomato. Bila google resepi, nampak macam mudah dan boleh dicuba. Bahan-bahan pun semua ada kat dapur. Ape lagi, start la projek memasak! Ayam masak merah semalam masih ade dua ketul lagi, so saya tambah kurma daging sikit untuk melengkapkan set nasi tomato. Sayang sedikit takde nenas, kalau tak mesti lebih sedap dimakan dengan acar mentah. Takpe, dah pandai masak nasi & ayam masak merah, next time kalau nak menjamu orang untuk iftar atau rumah terbuka hari raya boleh lah hidangkan selengkapnya dengan acar mentah. Nah, saya share resepi Nasi Tomato & Ayam Masak Merah. Resepi asal boleh didapati di sini dan di sini.

NASI TOMATO

Bahan-bahan:

1 1/2 cawan beras. Seeloknya basmathi tapi saya guna beras biasa je pun ok.

2 ulas bawang putih, dihiris.

2 ulas bawang merah, dihiris.

1 inci halia, dihiris.

1 biji tomato, potong dadu.

1 biji buah pelaga.

1 biji bunga cengkih.

2 inci kulit kayu manis.

1/2 cawan susu cair. Tapi saya takda susu cair, ganti dengan fresh milk pun boleh.

3 sudu besar sos tomato.

Sedikit butter/mentega/majerin.

Sedikit garam.

Air secukupnya.

 

Cara-cara:

1. Basuh beras. Tapis dan biarkan selama 5 minit.

2. Cairkan butter/majerin/mentega. Tumiskan buah pala, bunga cengkih, kulit kayu manis, dan bahan-bahan yang dihiris tadi sehingga naik baunya.

3. Masukkan beras. Kemudian masukkan tomato & sos tomato. Gaul rata.

4. Masukkan ke dalam periuk nasi bersama air, sedikit garam & susu. Masak nasi macam biasa.

 

AYAM MASAK MERAH

 4 ketul ayam, dibersihkan dan digaulkan dengan sedikit garam &  kunyit.

2 inci halia, ditumbuk.

3 ulas bawang putih, ditumbuk.

5 ulas bawang merah, ditumbuk.

10 tangkai cili kering, dikisar.

1 biji tomato dipotng dadu.

1/2 cawan sos tomato.

Air secukupnya.

Gula secukupnya.

 

Cara-cara:

1. Goreng ayam 3/4 masak.

2. Tumiskan bahan-bahan yang ditumbuk bersama cili kering yang dikisar tadi.Sehingga garing.

3. Masukkan sos tomato & buah tomato.

4. Masukkan ayam & sedikit air dan biar kuah pekat sedikit.

5. Rasakan garam & gulanya.

6. Bila kuah dah pekat, tutup api. Hidangkan bersama nasi tomato tadi.

About these ads

2 responses »

  1. Hebatnya memasak. I ni tak penah langsung memasak nasi berperisa kecuali nasi goreng. Itupun tak sedap. Kalau pandai masak nasi berperisa mesti best kan. Senang nak jamu orang makan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s