Shopaholics take London – entry bergambar

Standard

Hello everybody!

Susah sebenarnye nak buat sambungan cerita trip ke London ni sebab gambar-gambar banyak dah di upload di FB.Walaupun salam perkenalan kami dengan London tak berapa mesra, tapi lepas-lepas tu segalanya berjalan lancar, jadi takde la cerita nak diceritakan sangat. huhu.. But I’ll try my best, korek-korek gambar-gambar yang saya tak upload di FB dan cerita di sebaliknya.

Ok, selepas taxi tu pergi, kami pun masuk le ke rumah kawan tu simpan semua bag. Kawan tu pesan buat macam rumah sendiri, kat dapur ade meggi je kalau korang nak makan. MEGGI! kami ni dah lama tak makan meggi. Dah lama teringin nak makan tapi meggi kami bawa dah lama expired, tak berani nak makan. Tiap kali tengok drama melayu nampak orang makan meggi, kami telan air liur je la…huhu..

Tapi suami saya tak habis lagi nak marah pasal saya tertinggal duit tu. Saya, atas dasar rasa bersalah yang sangat mendalam dengar je la syarahan dia dengan taatnye. Kepatuhan dan ketaataan yang saya berikan masa tu melebihi kepatuhan dan ketaatan isteri-isteri ustaz Shauki. Bini ustaz Shauki bile kene bebel tunduk je kan… tapi saya mendengar sambil memasak meggi dan buat air. Yela, kang dah penat bercakap, mesti nak makan, nak minum kan. Meggi siap je, suami pun senyap. ok, khalas.

Perut pun dah kenyang, sedapnye la Meggi selepas berbulan tak dapat! Dia punya nikmat uolllsss… pergghh… tak tergambar!huhu.. Sujud syukur terus lepas tu. :p Lepas puas makan, kami pun mandi dan bersiap-siap untuk keluar. Walaupun cuaca masa tu sebenarnya kalau tidur lagi best. Dengan kenyangnye kan..tapi kalau nak tidur baik tak payah pergi London! Nasib le ade duit 20 quids kiriman orang tu kan. Dapat le beli oyster card sorang satu untuk naik bas. Dah beli terus kami amik bas ke Oxford Street, sane banyak money changer.

duit belum tukar tapi saya dah sibuk nak memilih shawl. Suami saya bising, tak habis-habis nak beli tudung. Tak cukup banyak lagi ke?

Tapi money changer kt Oxford Street cekik darah Banyak kedai nak beli dollar murah, nak cari rate yang lebih cantik, kami berjalan dari satu kedai ke satu kedai akhirnye berjumpe la dengan kedai yang offer rate terbaik berbanding yang lain-lain tu. Kalau sesape nak ke London, sila tukar siap-siap dari Malaysia, lebih untung. Dah tukar tu bawa pergi sekali, jangan ditinggalkan pula kat Malaysia ye..hehe.. (ko ingat semua orang pelupa macam ko?!). Kalau tak tukar or tertinggal pound pun takpe, selepas beberapa hari kat sana kami dah faham dah. Oxford Street memang rate dia kurang menguntungkan kita sebab dia Oxford Street. Tempat tumpuan pelancong. Sebenarnya kalau kita tukar kat area lain rate dia ok gak la. Macam kami hari tu kami dapat tukar dengan rate yang cantik kat Paddington. Duit dah tukar, boleh la berjoli!hehe..

Macam-macam kedai ade sini. Semua nak masuk. Tengok harga murah-murah. Terlupa nak convert! memang la murah.haha..

mamat atas bus tu sempat posing lagi.

Kami decide tak nak shopping dulu kat sini sebab esok nak pergi Bicester Outlet Village. Tapi kami masuk John Lewis ni beli sesuatu. Sebab kt outlet takde jual.

Lepas-lepas tu kami naik turun bas jalan-jalan mengenal Kota London. Fully utilized the oyster card.  Masa kami pergi dah start winter so malam lebih panjang. Pukul 4 petang dah maghrib.

Ada demo di Regent Street mahukan CPP dibubarkan

Kami ke Kilburn, dinner kat restoran halal Thailand, Spicy Basil. Emi yang rekomen restoren ni. Sedap teramat sangat! Murah pulak tu. Lepas tu tiap-tiap malam makan kat situ. Restoren Malaysia banyak, ade tu lagi dekat dengan apartment yang kami sewa tu tapi harga mahal dan rasa pun biasa je.

Esoknye seperti yang dirancang, kami ke Bicester Outlet Village. Dari rumah kawan tu naik tube dari station Warwick Avenue turun ke Marylebone Station, then amik train ke Bicester North Station. Perjalanan dengan train selama 42 minit. Kami beli tiket train sekali dengan tiket shuttle bus ke outlet village. Dalam train kami terpukau dengan pemandangan luar London. Kehijauan padang ragut, reka bentuk rumah-rumah yang sangat english style. Cantek!

Dah sampai Bicester Village.

1 st oulet yang kami singgah. Sebab outlet ni kt depan. Tapi keluar tangan kosong sebab takde yang menarik. Lagipun nak survey dulu.

Lengang. Masih banyak kedai belum dibuka masa ni. Kami sampai pukul 11.30 pagi. Kedai dibuka sepenuhnya 12.00 tghari.

Ini pun ade...tapi tak masuk pun.

Susun barang-barang yang dibeli.

Kami stuck lama kat dalam Clarks. Ramai sangat orang dalam tu sebab murah sangat! Saya sendiri beli 4 pasang. Kalau ikutkan hati banyak lagi yang berkenan dan murah tapi tak bolehla ikutkan hati sangat kan. Banyak lagi benda belum beli, kang tak muat pulak beg. Lepas tu masuk Gucci pun lama jugak kat situ. Pun sebab harganya murah tk percaya. Konsep kedai tu dia letak beg-beg kat belakang kaunter. kalau ade yang kita berkenan, kita mintak SA kat situ ambilkan. Pastu tengokla price tag dia dalam beg tu. Mula-mula ok la orang tak ramai. Bile dah makin lama makin ramai orang, dah tak terlayan SA kat situ.

dah sesak dah. tak sedar 3 jam kat dalam Gucci. Susah sangat nak buat pilihan!

Happy faces :)

Dah dapat ape yang dicari, perut pun lapar. Beli waffle, then balik. Destinasi seterusnya ialah Camden Market pada keesokan harinya. Camden market is loated by the canal, ade jual macam-macam. Ala-ala wakaf che yeh dan Rantau Panjang di Kelantan. Tapi tak murah sangat. Cuma boleh la nak tawar menawar.

baju-baju tu dijual 15 pound sehelai. Kalau sale dekat H&M, Dorothy Perkins or Miss Selferidge boleh dapat harga lebih murah dari tu. Sebab tu saya kata tak murah.

the canal

Indian shop. macam-macam ade. Tapi tetap nak tengok shawls jugak!

Horse Tunnel Market. Souvenir banyak boleh dibeli kat sini.

Lobang hidungmu tetap menjadi pojaan hatiku!

Petangnya kami ke Covent Garden. Jumpe kedai Laduree. Ade macaroon yang famous tu. Beli la sekotak kecil, ade 6 biji sebab nak merasa sangatkan. First time makan macaroon. Asik baca or dengar cerita orang je sebelum ni. Verdict: not bad. Akan dibeli lagi kalau ade yang lebih murah. Laduree tu 6 ketul 11.30 quids! Huh…dah dapat rasa, cukuplah sekali kalau macam gitu harganya.

Yes, cheapskate!

Menghiburkan.

Apple Market. Banyak jual barang-barang lama.

Kami dah pindah masuk ke Green Paddington Concept Apartment. Kecik je biliknye. Sana mahal la hotel. Kalau yang murah tu teruk sangat pulak keadaannya. Bangunan lama. Yang ini kami pilih sebab dia modern concept, bangunan baru. Receptionist pun takde. Kami booking online. Diorang emel bagi combination number untuk bukak pintu depan. Sampai bilik, kunci diorang dah tinggalkan dalam drawer. Ade laundry area kt bawah tapi tiap kali nak guna que panjang je. Malas nak tunggu sebab biasanya sampai bilik dah malam, dah ready nak tidur je. Maka basuh baju kat Sudan je la.

Bilik kami di tingkat 3. Takde lif. Takpe, dah biasa rumah kat Sudan pun kt tingkat 3 jugak. *ayat penyedap hati*

katil, sebelah dapur. studio apartment.

On the way ke Westfield. Shopping complex. Terjumpa BBC.

Best betul masa kt Westfield ni. Satu hari suntuk kat sini je. Maklumle orang dah lama tak masuk shopping complex. huhu..Masa kat sana entah ape-ape la yang kami beli. Kat sana la suami saya terbeli kasut idaman dia. Kat sana la saya terkejut dia membeli tak berfikir panjang macam selalu. Saya berani jamin kasut tu dia takkan pakai sampai bila-bila sebab sayang sangat. Dia memang ade perangai macamtu, sayang sangat sampai tak sanggup pakai. Tapi nak beli. Dia kontra dengan saya, saya jenis beli terus nak pakai. Masa tu dia tanya jugak saya nak beli ke tak? saya jawab je beli sebab kalau selagi tak beli selagi tu lah dia merengek-rengek pasal kasut tu. Kat sana jugakla kami terbeli jeans levis, yang kat Malaysia pun ade berlambak jual, dan harga bukannnya lagi murah dari Malaysia tapi sebab ade 50% diskaun. Rasa bersalah pulak kalo tak beli! huhu…  Balik pun sebab kawan my husband tu dah call, ajak dinner kt rumah dia malam tu. Kalau tak lagi lama kot. Kat situ ade restoren Malaysia. Jom Makan-makan namanye.

Esoknya kami gigih ke Holiday Villa Hotel sebab kawan tu cakap sane nasi lemak dan roti canainya sedap. So ape lagi, breakfast di sana. Tapi perjalanan nak sampai tu punya la seksa. Kami takde GPS, ade google map je. Dah turun bus, nak berjalan tu tak tau nak ke arah mana. Entah jalan ape kami ikut terpusing-pusing, punyelah jauh.Tapi demi nasi lemak dan roti canai, kugagahkan jua. Dah jumpa tu, melantakla, ape lagi. Nasib baik betul sedap. Berbaloi jalan jauh-jauh. Padahal dari tempat kami turun bus tadi dekat je rupanye. So last day kami kat sana after checkout pukul 11 kami pergi lagi untuk repeat nasi lemak dan roti canai.

Kekenyangan.

Hari itu khas untuk kami berjalan dan bergambar kat tempat-tempat menarik dalam London. Cuaca pun menyebelahi kami. Dari hari pertama datang tak nampak matahari, tibe-tibe hari tu matahari muncul. Banyak gambar kami hari tu. Tapi sayang, by the time nak sampai ke malam bateri kamera flat! Merasa la bergambar guna camera handphone yang tak seberapa itu. Mula-mula mau cari Big Ben dulu.

Dah jumpe encik Big Ben!

Dekat-dekat dengan Encik Big Ben ade Kakak Abbey.

Kakak Abbey

suke gambar ni sebab ade big ben and taxi. london.

Masa kami sampai depan house of parliament, ade demo lagi. “We anti capitalist city!” itu la yang dilaungkan mereka.

Depan house of parliament.

Background- The Thames River, London.

Yeay!

eye of london

Polis berkuda

Tourism Malaysia at Trafalgar Squre

Trafalgar Square

National Gallery

Perjalanan diteruskan. Misi seterusnya ialah Tower Bridge (London Bridge). Masa kami tunggu bus ke Tower Bridge kami perasan bus yang nak ke Tower Bridge tu same route dengan Royal Observatory. So kami decide untuk terus ke Royal Observatory di Greenwich dulu, masa nak balik nanti baru singgah Tower Bridge sebab nak ambil gambar masa malam, surre lagi cantik ade lampu-lampu.

Jom kite naik tube!

Dari atas bas on the way ke Greenwich bole nampak Tower Bridge.

Masa ni la bateri kamera flat. Sampai je Greenwich tu dah berikra-kira nak masuk ke tak dalam Royal Observatory centre tu. Sebabnye kene panjat bukit. Dah tu ape lah gunanya kalau tak boleh bergambar. Tapi bile fikirkan perjalanan yang jauh yang telah ditempuh, dah alang-alang dah sampai tu panjat je la bukit tu kan. Gune je la camera handphone.

testing..boleh la daripada takde langsung!

Garisan GMT +00..ingat tak kite belajar geografi dulu?

Turun je dari bukit tu kami kelaparan. Sementara tunggu bas, kami masuk Lebanese restaurant order kebab. Kebab terbaik pernah saya makan. Sedap!

London Bridge by night...gambar dari camera handphone yang tak seberapa.

Takpela, yang penting kite happy!

Honeymoon mode on!

On the last day, lepas checkout kami ke Holiday Villa sekali lagi makan nasi lemak. Lepas tu kami jalan kaki lepak-lepak kat Hyde Park. Cuaca sangat redup, sejuk pun lain macam hari tu. Kebetulan pagi tu ade Moment of Silence-sempena mengingati mereka yang terkorban dalam perang. Lebih kurang hari pahlawan la. Masa kt Hyde Park saya suke betul tengok tupai-tupai kat sana. Comellll sangat! Bulu dia gebu, jinak pulak tu!

Camera lover.

Sibuk panggil-panggil, bile kawan tu datang, menggelabah! hehe..

Itu je la kot gambar-gambar yang dapat saya kongsikan di sini. Mungkin ini entry terakhir untuk London trip. Kalau saya rajin saya buat lagi satu entry sebagai ending.

Thank you for reading this!

9 responses »

  1. eh tak rasa kebab taza eh? kebab terbaik di london! serious sedap gile. kat bayswater rasanya. lepas beli, duduk kat park buat picnic kecik. memang best :)

    sebab my friend sorang pun pi london and i told her to look up for this kebab, and she did. she was very happy :)

    • Ala..x sempat la Mala! Kami sebenarnye rushing masa kat sana sebab cepat sangat gelap. Bile dah gelap mula la nak cepat-cepat je. Maybe next time kalau pergi lagi, pasti akan cari kebab taza.

  2. kelasssss ko shopping kat gucci sampai tiga jam…demmm…aku pun nak gi gak ler itu bicester village…dulu aku gi tak pergi pon area tu sebab memang nak explore ajer london area…tapi next time memang aku WAJIB selitkan itu bicester village…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s