Hari yang busy (tp saye suke!)

Standard
Siangnya kami ade perjumpaan rasmi dengan Tuan Ambassador di Embassy. Perjumpaan ni baru dibuat semalam sebab Tuan Ambassador baru balik dari Malaysia last week. Die balik sini sorang je. Wife die tak ikut sekali sebab menguruskan anak yang baru masuk ke tingkatan 1 di MRSM. Lagi pun die ade anak yang nak kahwin bulan depan. Disebabkan wife die takde, makanya perjumpaan itu dilakukan di bangunan embassy, tidak di rumah. Kami (the ladies) ditugaskan menyediakan makanan. Tuan Ambassador request nak makan nasi lemak. Menggelabah gak kami bertiga sebab masing-masing tak de pengalaman memasak untuk orang ramai. (tak la ramai sgt dlm 10 orang je) Dalam hati saye, nape la die tak request nasi beriani je. Senang sket, beli je kat sini banyak!.
So pagi-pagi kami berkumpul kat rumah Renie, dan bertungkus lumus memasak. Renie buat sambal, saye pulak buat ayam goreng rempah resepi mak mertua. Tapi tak tau la kenapa, kuali yang kami guna tu lambat sangat panasnye. Dah dekat 1 jam tenggek atas api, kami boleh celupkan jari dalam minyak, tak panas langsung! dah la nasiknye pun tak berapa nak jadi. Asik nak kene tambah santan je sebab mentah. Tapi nasib baik la last2 tu masak gak nasinye. Si Renie pun kurang confident dengan rase sambalnye. Orang kat embassy dah kebuluran dan diorang kate nak suruh driver jemput kami pukul 12. Pukul 11 kami xsetel2 lagi. Kami bergilir-gilir bersiap sementera tunggu ayam tu masak. Kami terpaksa tukar, guna kuali yang kecik2 untuk goreng ayam. 3 kuali terus sekali masak. dah bersiap, mekap cantek2 masuk dapur goreng ayam. Keluar memang bau dapur la masing2! dengan terpercik minyaknye, perfume kami semalam ialah cap buruh ok! Tapi alhamdulillah semua orang suke dengan nasi lemak kami sebab mereka semua bertambah 3 kali! Termasuklah Tuan Ambassador. (In Sudan, orang makan tak memilih, tak sedap pun habis kalau Malaysian food)

 Malamnye pulak, saye dan suami ade reception invitation di kediaman rasmi duta Jepun sempena Hari Tentera. Meriah sangat. saya dapat ramai kenalan dari kedutaan lain. Japanese ramai rupenye kat sini. Mereka muda2, cantek2 dan hensem2 belaka. Memang macam pelakon2 Jepun kat dalam TV tu. Dan saya baru tahu semalam, my husband boleh cakap Jepun! Very impressive! (me and the Japs). Makanannye pun sedap-sedap. Perempuan tekak melayu ni baru realise die suke makanan Jepun. It’s a good sign. Rase macam nak pergi Jepun pulak! ;p

 

*ini Ami, kawan baru saye dan Renie. Dia dan husband baru sampai sini last week*

 
*bersama kawan-kawan yang baru dikenali di resepsi malam tadi*

2 responses »

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s