JJCP

Standard
Semalam suhu kat sini mencecah 50 darjah celcius. Sepatutnya perlu isytiharkan darurat, tapi orang sini buat tak tau je. selambe je. Semalam kami keluar berjalan-jalan di Souq Omdurman. Omdurman ialah pekan yang berhampiran dengan Khartoum. Seberang Sungai Nil je. Pada mulanya saya tak tau pun nak pergi souq sebab sehari sebelum tu suami bagitau esok nak pergi makan ais krim potong Sudan kat Omdurman. Tour guide kami ialah Iwan. Dia bekerja di Hotel Holiday Villa di sini. Hotel Malaysia tu. Dia dah 6 tahun kerja kat sini. So dia memang dah mahir selok belok Khartoum ni. Dah macam kampung dia dah saye tengok! Cakap Arab pun dah fasih.

Tapi esoknya plan kami bertukar pulak pergi ke souq dulu. Orang dah la ramai, panas pulak tu! Tapi orang sini xde sape pun yang pakai payung. Orang jual payung pun xde. Mula-mula Iwan bawak kami ke pasar kulit dulu. Pasar ni jual barangan-barangan kulit. Macam-macam la, handbag, kasut, wallet. Kulit pun macam-macam kulit- kulit buaya, ular, unta.

 

 

*lihat la buaya yang dah tinggal kulit je. isinye mesti da kene makan!* 

 

*bersama buaya.erk..bukan yg kanan sekali tu, yg di tengah-tengah ok* 

Harga barang-barang di sini variety mengikut selera pekedai. ikut suke hati tokey kedai je nak letak harga barang. Sebagai contoh, harga bakul manik-manik yang dibeli oleh Renie ialah 20 pound. Sebelum tu, kami tanye kat kedai lain bakul yang sama, harganya 40 pound. Suke-suke hati je kan? 

Selain daripada kulit buaya, terdapat juga buaya darat. 

– 

– 

– 

– 

 


*see… kan saye dah kate*

*mamat kat sebelah tu da usha je. tak puas hati lah tu, bergambar tak ajak die* 

Dah puas berjalan kat pasar kulit tu, kami pergi ke pasar yang jual barang-barang lain pulak. Pasar ni macam ala-ala Rantau Panjang, Pengkalan Kubur, Padang Besar, Bukit Bunga kalau kat Malaysia. Barang-barangnye pun same je. Tapi barang-barang yang dijual macam baju, kasut semua tu dari China. Kalau yang kat Malaysia tu dari Thailand kan. Cume, pasar-pasar kat Malaysia tu kite tak jumpe orang jual ni kan?! 

 
 

– 

  

– 

   

*EMAS!!!* 

Kedai ni jual segala benda. Kain cotton dari India tapi MasyaAllah, keras! corak dah cantek dah, tapi keras sangat. Harga pun mahal. 55 pound. Alahai..Jalan TAR lagi murah. Baju-baju ala-ala dress, skirt labuh, shawl, t-shirt, kasut, sandal dan paling penting, depan kedai lagi, U…barang kemas! Ha.. tgkla makcik Kiah dgn makcik Bedah tu, sibuk memilih emas. Untuk hari raye nih! Tapi, suami-suami mereka tak nak pulak belikan. Kecewa makcik berdua tu, takde hasil! 

Untuk mengubati kekecewaan mereka, balik tu singgah kedai aiskrim potong sudan. 
*tgk… pipi sampai kembang dpt mkn aiskrim*  

Dah pukul satu lebih, perut pun dah lapar, Iwan bawak kami makan di Restoran Asian Beriani. Orang yang amik order tu boleh cakap Melayu! Impressive! Iwan kate die lame kerja kat Malaysia dulu. Orang India, asal dari Bangladesh. Nasi beriani kat restoran ni same macam nasi beriani kat Malaysia. Ade lauk dan kuah. kalau nasi Arab or mandi, takde kuah. Nasik ngn lauk je. 

Bile dah kenyang, mata pun dah mengantuk. So kami pun balik rumah. Sampai rumah, dua-dua pun pengsan sebab sakit kepala berpanas tadi kan. Ha..tu la berjalan dengan macho panas-panas tak berpayung. Kan, dah sakit kepala. Hambik ubat. Ini la Jalan-Jalan Cari Pasal (JJCP) namenya!

4 responses »

  1. barang china kat seluruh dunia pon ada…fridge magnet mana mana negara kat dunia ni semuanya made in china…serious tak tipu…hahaha…sengal kan…hehehe

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s