lama tak update

Standard

Lame dah tak update. Bukan ape, nak update ape pun tak tau. Lepas ke Souq Omdurman dulu tu, memang kami tak kemana-mana sebab dah serik berpanas pastu sakit kepala 2 hari. So kami memutuskan tunggu winter Oktober nanti baru keluar berjalan, explore mane-mane tempat yang menarik kat Sudan. Ade la a few tempat yang saye dah plan nak pergi nanti antaranya Jebel Aulia. Kawasan peranginan tepi sungai Nil, ade sebuah empangan besar di sana. Pergi waktu winter sesuai sebab sejuk. boleh berpiknik sambil makan ikan yang ditangkap dari Sungai Nil. Selain tu ade tempat nama Kandahar, tempat makan  khoruf (kambing).

Tapi buat masa ni saye tak sabar nak tunggu hujung bulan ni. Trip ke Dubai! Dubai adalah destinasi yang common bagi Malaysians in Sudan. Yela, every time nak balik Malaysia kebanyakkannya akan transit di Dubai. Walau pun dah pernah sampai Dubai mase transit dr KLIA hr tu tapi kami tetap nak pergi lagi sebab hari tu tak puas berjalan. Lagi pun kalau nak shopping, Dubai murah. Kebetulan Syarikat Penerbangan Tambang Rendah,FlyDubai tengah buat promotion pulak Sekarang pulak summer, so hotel juga murah di Dubai.

Otai-otai Malaysian di Sudan memang selalu pesan kat kami, duduk sini, dalam 3 bulan sekali pergi lah keluar melancong. Kemana sahaja. Release tension. Sini memang takde ape-ape. Nak shopping tak tauape nak beli, sini takde shopping komplek best kalau nak dibandingkan dengan Malaysia, usahkan macam Pavillion ata KLCC, Terminal One Seremban pun takde! Bagi kaki shopping macam saye memang suatu penyiksaan batin betul! Dah dekat 2 bulan tak shopping.

Lepas balik dari Dubai nanti rehat jap sebab dh bulan puasa lepas tu. Maknanya kami akan shopping raya di Dubai la. Pastu raya, saye tak pasti berapa lama cuti raya suami saye. Tapi macam lama je sebab saye dengar Bob dan Epul ade plan nak pergi Syiria cuti raya nanti.

Bile dah duduk sini, kalau diizinkan Allah, kami nak melancong di negara-negara behampiran Sudan (africa dan arab) macam Egypt, Kenya, Eutopia, Syria dan tak lupe juga KSA sebab kami ade niat nak mengerjakan haji atau umrah, Insyaallah. Dah dekat sangat, rugi kalau tak pergi. Kami same time zone dgn KSA tau.

Tak sampai sebulan lagi nak Ramadhan. Saya da terlupa tarikh peristiwa Israk dan Mikraj pada 27 Rejab yang lepas. Semalam saya call mak mertua dan dia mengingatkan saya amalan nisfu syaaban pada 15 syaaban ini. Pesanan mertua itu saya sampaikan pada suami semasa kami menikmati hidangan makan malam. Suami kate, orang kristian ni mmg sengaja cipta kalendar die supaya orang Islam lupe tarikh-tarikh penting dalam Islam. Saya terasa kebenaran statement tu masa saya terbaca post ttg 27 Rejab hr ni.

4 responses »

  1. first of all…
    sangat jeles sebab dubai shopping sangat la heaven…

    secondly…
    pergi la turkey…dah dekat dah tu…

    thirdly…
    aku pun nak wat umrah gak…huhuhuhu

    fourthly…
    aku pon teringin nak menjelajah tanah arab…huhuhu

    • firstly,
      Tak sabar nak shopping kat Dubai.Da 2 bulan xshopping beb,sakit jiwa. Jgn la jeles, mehla dtg lg.hehehe.

      Secondly,
      Turkey mmg ade dlm whishlist.Cantekkan sane?pastu ade gak angan-angan nak tour Europe.itupun kalau ade rezeki la.

      Thirdly,
      Kalau ade rezeki, nak pergi haji terus.Kalau tak, umrah pun ok.Masa kat Malaysia hari tu, kami dengar kalau nak pergi Mekah, visa still kene apply di Malaysia.Kuota Malaysia.Tapi orang sini inform diplomatic pasport holder boleh apply kat Embassy Arab Saudi sini je.Ya Allah, berapa meter je dari bangunan Malaysian Embassy.

      Forhtly,
      Apelagi, survey la flight ticket ke tanah arab. Marhaba!

  2. wahhhh…diplomatic pasport tuu…kelasssss siot…

    memang aku dok survey gak…ari tu qatar airways ada wat promo gi dubai…return plus tax RM1500…giler murah kan….

    itu ler…aku planning lepas kawin arrr nak gi umrah pastu terus tour tanah arab….tapi masalahnya kawin tu biler ntah…hahahaha

    • Bile-bile ade rezeki pergi umrah tu pergi je, doa depan kaabah dan Jabal Rahmah diketemukan jodoh, mudah-mudahan balik Malaysia bertemu jodoh! Pastu lepas kawen, pergi lagi. Insyaallah.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s