Bebelan Rambang

Standard

Bebelan rambang bermakna tiada tajuk spesifik…takde perkara spesifik nak diupdate, tapi jari menggatal nak update. Maka jangan marah kalau post bende mengarut dan merepek.

Serious, tak tahu ape nak dikhabarkan diblog ni. Pembacanya pun entah berapa ketul je. Yang pasti mak dan adik-adik sudah tak peduli tentang blog ini, sudah tak tertunggu-tunggu lagi entri baru. Ape taknye, sejak kami subscribe skype, boleh dikatakan hari-hari call mereka. Thanks to my husband yang sangat memahami kebosanan isterinya keseorangan di rumah semasa dia keluar bekerja.

Dua hari ni busy menguruskan hal merekod tamat kursus DPA dalam buku servis. Uruskan pun by call je. Salinan sijil dah ade kat office tapi buku servis pulak dah sampai ke JPA. Thanks to Ain, Asya, Wan dan Paan yang gigih membantu. Status saye sekarang pool di JPA. Office poolkan saye untuk membolehkan post saye diisi. Tak kisahlah pool pun, ok gak balik Malaysia ni nanti kalau keluar dari KPM. Dah alang-alang keluar KPM, biarla keluar dari Parcel E yang sesak tu terus. Lagi untung kalau dapat Kementerian/Jabatan yang berhampiran dengan office my husband. Senang nak pergi dan balik kerja. Tapi tu semua lambat lagi. Tak payah la fikir dulu.

Next week, Menteri Pertahanan nak datang Sudan. Datin Seri turut serta. Maka perlu ada spouse program. Kami, the ladies yang tiga ketul ni la yang kene buat. Ambassador’s wife masih di Malaysia lagi. Pastu Mindef Sudan xsediakan LO pulak untuk Datin Seri. Boleh tak?Biasela..This Is Sudan (TIS). Ahad ni, kami nak meeting untuk spouse program ni. Ceh..meeting! padahal nak berkumpul kat rumah Renie tu buat kuih donat. Yela, sambil-sambil menguli tepung, boleh la diskas kan. Cadangnye nak bawak Datin Seri melawat ke kilang Al-Quran kat Khartoum ni. Hari tu bloghopping terjumpe pulak blog Petronita buat lawatan ke kilang tu. Katanye kilang yang kat Khartoum ni adalah kilang mencetak al-quran ke-2 terbesar di dunia. Yang terbesar kat Madinah rasenye. Lepas dah habis melawat kilang tu, kami mungkin nak bawa die ke souq. Datin Seri free dari pukul 9am sampai 5pm.

Pastu malam tu jugak saye akan berdesupppp ke Dubai! Yeay! Tak sabar nak ke Dubai. Kat Dubai nanti kami akan amik last jab untuk Hep B. Setel la sudah segala jab yang perlu diamik. Kene gap 6 bulan, baru boleh pregnant. Pastu berusaha la sekuatnya untuk concieve.Tapi itu semua kami serahkan pada Allah. Tidak merasakan tekanan lagi buat masa ni. Kehidupan yang Allah beri sekarang adalah yang terbaik. Terima saja seadanya. Walaupun jauh di sudut hati memang mahukan anak. Yela, sape yang kawen tapi taknak anak kan? Tapi itu semua kerja Allah. Di luar kuasa kita untuk menentukan. Makanya, sebagai manusia biasa yang sedar diri, hanya mampu berusaha dan berdoa. Selebihnya diserahkan pada Allah.

Berblog sambil mendengar lagu-lagu ciptaan Wani Ardy. Kenalan masa belajar di UiTM Shah Alam.Berbakat sungguh minah ni. Dari dulu saye suke dengar lagu-lagu dia. Baru-baru ni dapat tahu yang dia ni rupa-rupanya adik kepada rakan sebatch, Abdul Hanan. What a small world!hahaha… Kawan-kawan semuanya dah nak jadi artis. Ke dah jadi? Ira dah join Band Dr Ruzdy, Fynn Jamal sangat menyerlah di KEYNOTE dan Wani Ardy yang bakal bersinar bintangnye bile balik Malaysia nanti. Dah glamer nanti jangan la lupekan saye ok!

4 responses »

  1. owh denggg…jeles siot gi dubai tu…nanti ko kena gi kat dia punya outlet mall…bukan kat tengah dubai…luar skit dalam 10km kot…ari tu aku tak sempat pergi…tapi itu memang dikatakan heaven for shoppers in middle east…sebab high-end brand on SALE….gilerrrr…jelessssssss

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s