komitmen

Standard

Hari ni u olls da gaji kan? saye tak de gaji da… dalam akaun cimbeng tu cume tinggal gaji bulan Mei je. Sebab baru dapat bulan lepas, dah bayar PTPTN untuk 2 bulan tinggal la beberapa ratus. Pagi tadi bayar pulak PTPTN untuk bulan ni. Sekarang bakinya dah tak cukup untuk membayar PTPTN bulan depan. So maknanya, mulai bulan depan hutang itu akan ditanggung oleh en suami.

Sebelum ke Sudan, saya ada dua komitmen hutang iaitu PTPTN dan personal loan bank rakyat. Kad kredit awal-awal lagi sebelum kahwen dah buat full settlement dan cancel terus. PTPTN ni digigihkan membayar tanpa gagal setiap bulan sebab saya ada sejarah hitam dengan PTPTN. Saya pernah blacklisted! Paling sedih, kejadian hitam itu berlaku lagi beberapa hari sebelum cuti kawen. Maka masa itu hancur lebur la harapan nak berbulan madu di Bali. Walau pun masa tu segalanya dah ready. Flight ticket dah beli, hotel dah book. So semuanya burn mcmtu je. Nasib baik flight ticket mase tu kami dapat murah, RM200 return ticket for two. Hotel pulak, masa cancelation tak perlu bayar ape-ape. So burn RM 200 je la sebenarnye. Alhamdulillah. Maka destinasi bulan madu telah ditukar kepada Langkawi.

Pastu memang banyak la benda kene buat untuk keluar dari senarai hitam tu. Hampir-hampir official passport ni tak dapat buat tau. Nasib baik usaha kami membuahkan hasil. So, kepada peminjam PTPTN, sila la buat bayaran walau pun sedikit secara consistant setiap bulan untuk mengelakkan disenaraihitamkan. Kalau dah black listed nanti memang leceh.

Bila suami saya dapat posting sini ramai la mulut yang berbunyi, “untungla dapat kerje kat oversea, dapat elaun, gaji kat Malaysia pun dapat. Gaji kat Malaysia tu confirm la tak berusikkan. Balik nanti tau-tau ade saving banyak dalam bank.” Saya pun fikir macam tu gak dulu bila saya dengar ada orang gomen yang posting oversea. Tapi sebenarnya tidak seindah itu kenyataannya. Bila dihantar berkhidmat di luar negara, gaji bersih bukan sebanyak kite bekerja di Malaysia. Sebab elaun rumah ditarik balik. Elaun KOLA pun rasanya. Pastu potongan masih macam biasa. yela, kalau ade loan yang potong dari gaji sebelum ni, akan dipotong seperti biasa. Pastu in my case, segala hutang saya macam personal loan yang selama ni dibayar secara pemotongan gaji, sekarang dibayar oleh suami guna duit gaji dia kat Malaysia tu la. So, lepas tolak-tolak semua tu, baki gaji dia tinggal berapa sen je la. Iye, memang suami dapat elaun posting. Tapi berapa dollar je. Lain la orang petronas, elaun je berbelas ribu USD!

Untungnya, dia posting di negara macam ni kan. Yang takde ape nak shopping. Elaun tu memang untuk beli keperluan bahan mentah untuk makan je. So memang boleh save sikit-sikit. Bayangkanla kalau die posting kat Tokyo? Dah la cost of living tinggi, banyak pulak tempat shopping kan?Tak ke miskin hina balik Malaysia nanti? Bila difikir-fikirkan balik, saya mula bersyukur sebab kami di Sudan. Insyaallah tercapaila target nak kumpul duit nak renovate rumah baru kami nanti.

Renovate rumah yang saya maksudkan bukanlah mengupgrade menjadi banglo, tapi renovate ape yang perlu. Sekurang- kurangnya renovation cost nanti boleh bayar sendiri. Tak payah nak buat loan lagi. Ala rumah teres 2 tingkat je. Tapi sebelum masuk rumah nanti mesti nak kene pasang grill, kitchen cabinet, wordrobe, pastu perabot rumah semua nak kene beli balik sebab perabut rumah kami sebelum ni semua dah diagih-agihkan kepada family mertua, mak saya dan abang ipar. Yelah, kalau tak bagi mereka, nak letak mane pulak. Pastu bile dah sampai Kelantan, Kuala Pilah dan Rawang, sanggup ke nak ambik balik nanti?So, beli je la nanti. Saya memang suke pun masuk rumah baru dengan segala barang baru! (standard la orang perempuan ;p).

Ha..lagi satu kami juga kene beli kereta baru. sebab kereta telah diberikan kepada adik masing-masing untuk disambung bayar. Kereta saya memang dah lama bagi kat adik, sejak kawen lagi. Malas nak maintain 2 kereta, lagipun kami kerja kat putrajaya. so boleh pergi dan balik sekali. Kereta suami, sebelum pergi hari tu adik dia dah amik.

Jadi, bagitulah komitmen kami untuk menyimpan sekian-sekian amount duit elaun suami di sini untuk digunakan balik Malaysia nanti. Bukan lah kami nanti balik sebagai OKB yang duit berkepuk dalam bank. Mudah-mudahan apa yang kami rancang ni berjaya. Insyaallah.

One response »

  1. hurmmm…aku memang bayaq ptptn every month at least RM150…sebab aku ni kan dok giler membeli tiket airasia…alhamdulillah…still nama clear…tapi setiap kali tengok baki pinjaman wat sakit ati aje…sebab cam tak bergerak pon….denggg…

    takper…ko kalau gian nak bershopaholik pergi ajer ke dubai tu…ko tengok fly dubai tu asal ada ajer promo ko terus beli…planning awal terus…satu tahun 4 kali gi dubai untuk shopping…boleh??? hahahaha….pengsannn…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s