dubai shopping trip -arrival

Standard

Kami sampai dubai jam 4 pagi. Sangat penat sebab dah 2 malam tido tak berapa betul. Dalam flight jangan cakap la, FlyDubai tu macam AirAsia gak kan. Tapi kalo naik AirAsia balik Kelantan ok la lagi setakat 1 jam dalam flight, ini 4 jam dalam flight. Dah la memang dah letih dengan aktiviti dari semalamnye tu. Pastu naik dengan Africans and Arabs yang ntah ape-ape, dengan bau ketiak masing-masing, memang langsung tak selesa. Nak buat macamane, dah nak yang murah. Kalau naik Emirates, lain cerita la kan. Tapi confirmla mahal!

So, sampai Dubai Terminal 2 tak tau nak pergi mane dan buat ape. Terminal 2 kecik je, kedai duty free pun sikit dan kecik gak. Nak pergi hotel pun tak boleh sebab pukul 3 petang baru boleh check-in. So, kami melepak jap, keluar masuk kedai duty free yang kecik-kecik tu, pastu kami jumpe starbuck, so lepak je la situ breakfast and online. Dubai sangat panas. Pukul 5 pagi da terang benderang. Pukul 9.30 pagi kami amik cab pergi Reef Mall. Cab dari airport, masuk-masuk je meter da AED20. Tapi kalau kat city, start AED3. Minimum AED10. Sampai Reef Mall, kami tukar duit dan cuci mata. saya taknak shopping dulu awal-awal ni. Sebab banyak lagi tempat nak pergi kan, so survey la dulu. But my husband dah tak menyabar-nyabar da! Da la berjalan kemana-mana kene seret je luggage kami tu kan. Yela, tak check in hotel lagi! l Berhampiran dengan Reef Mall ialah Al-Ghurair Mall. Dekat, patutnya boleh jalan kaki je. Tapi sebab panas dan menyeret beg, kami tahan cab je la. Kami jalan-jalan dan lunch kat sane. Pukul 3, kami terus amik cab pergi hotel.

Sampai hotel, dua-dua pengsan mengqada’ tidur. Sampai la ke maghrib. Bangun, mandi dan bersiap-siap ke Burujman Mall. Dekat gak, kalo jalan kaki, dalam 15 minit. Tapi kat sini, malam pun panas. So kami tahan cab gak. Tapi cab sini sungguh celaka sebab taknak bawa passangger pergi dekat-dekat. Padahal, ade minimum charge AED10. Tamak! Burujman Mall besar, tapi kedai-kedai die lebih kurang je dengan ape yang ade kat Reef Mall dan Al-Ghurair tadi. Tapi die ade Adidas Outlet yang sale 40%. Kat 2 mall tadi takde diskaun! Kat sini baru la saye start membeli. Saya beli sweater untuk preparation winter kat Khartoum nanti. Kat sana time winter nak keluar berjalan-jalan memang sesuai. Tapi kene pakai sweater sebab memang sejuk. Then kami dinner. Saye makan Burger King! Kat Sudan kan takde, so inilah masanya.

Lepas makan, kami balik hotel. Naik cab lagi. Tapi driver taxi memang macam haram, sebab cari pasal dengan kami. Ade ke, kami da masuk taxi die suruh turun naik taxi lain sebab tempat kami nak pergi tu dekat je. Die kate die da que lame, tapi dapat passanger yang pergi dekat je. WTF kan! itu bukan masalah kami. Kite bayar la kau! First day ni takde gambar sebab camera tengah cas baterinya. Lagipun saya sakit perut dan muka mengelupas sebab panas sangat. Takde mood nak bergambar.

Ok la, saya nak mandi, nak bersiap-siap nak keluar lagi. Babai!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s