Dubai

Standard

Marhaba!

Plan nak update Dubai shopping trip day by day. Tapi tak tau la ape masalah my lappy tu. Tak boleh nak taip pulak new post. Yang dah ada dalam draft pun tak boleh nak edit. Gambar pun tak boleh nak upload. Now dah tengah malam and i’m using my husband’s. Siang-siang hari die guna kat office. Bila cerita dah basi, saya dah takde mood nak update. Gambar-gambar pun semua dah upload dalam FB.

Basically kami hanya pergi shopping mall sahaja. Just shopping dan tengok movie. SALT. Kami tak pergi pun Desert Safari, Big Bus Tour, Jumeira Beach etc. That’s why kami tak banyak bergambar. Lagipun ini shopping trip, so kami decide untuk shopping saje. Benda-benda lain tu, maybe next time. Maybe kalau ade family kami yang nak melancong kat Dubai, kami boleh join mase tu. Kami berdua je macam tak best pulak nak buat benda-benda tu. Ramai-ramai baru syok.

Saya tak la sakan sangat pun shopping. Tapi saya beli baju tidur dan 2 buah novel. Perfume sebab murah sangat. My husband yang lagi sakan kot! Yela, duit die kan. Saya mane la bergaji. lagipun saya tak keluar rumah sangat. Dia yang hari-hari keluar. That’s why saya beli baju tidur! hehehe…Lain kali la, masa transit nak balik Malaysia nanti boleh la shopping ape-ape yang patut.

Pengangkutan utama kami ialah taxi. Pergi Duabai Outlet Mall pun naik taxi. Cuaca sangat panas menyebabkan kami malas nak tukar-tukar transport.Walaupun tambang taxi mahal, tapi selesa. Walaupun driver dah bawak laju, tapi saya rasa meter tambang die lagi laju kot! Dari hotel ke DOM je dah AED40. Kat DOM ni la paling lama kami pergi sebab terlalu besar, banyak kedai dan murah. Separuh hari kat sane! My husband bersemangat nak pergi sana. 2nd day dah sibuk ajak pergi DOM. Termakan ‘racun’ saya lah tu! Ape taknya, lepas Akmal bagitau saya pasal DOM tu, hari-hari saya memekak kat telinga dia yang saya mesti nak pergi DOM tu. hehehe…memang berbaloi-baloi! Balik hotel malam tu, pinggang dengan kaki saya rasa macam nak tercabut!

Dalam banyak-banyak tempat kami pergi kat Dubai, saya jatuh cinta dengan Naif Market. Tempat jual abaya, shawl, jalabiya dan cotton yang cantek-cantek dan MURAH! Nanti masa transit nak balik Malaysia, saya mesti nak pergi memborong kat sana!

Kami complete kan Hep B vaccination kat sana. Mahal ok. Satu jab AED150. Consultation AED200 sorang. Kalau Malaysia RM50 je. Kami taknak consultation sebab kami dah amik 2 jab kat Malaysia, tggl last jab je nak kene amik lagi. Suspens je masa sblm amik jab ni sebab my P dah lewat for 4 days. Suspect pregnant. Kalau confirm, tak boleh amik jab tu. So tunggu sampai last day, takde gak. So buat a UPT. Negative. My husband advise, saya tak payah amik dulu. Tapi last minute before pergi clinic, my P datang! Fuhhh…lega betul. Maka complete la sudah Hep B. No more jabs after this.

Satu benda yang kami rasa pelik, masa dah nak balik tu kami rasa macam lega sangat sebab dah nak balik rumah. Masa nak pergi bukan main excited lagi sebab fikir dapat keluar dari Sudan ni. Masa tu saya fikir lepas Dubai ni, bile lah lagi kami dapat keluar kan…. pastu masa dah nak balik tu mesti sedih je nak masuk Sudan balik. Tapi tak sebenarnya…home is still sweet home… walaupun hanya di Khartoum! Hehehe…Walau ape pun, saya happy dapat berjalan di Dubai. Dah tak depress lagi…Recharged. Our next trip mungkin raya kot. Tapi masih takde plan lagi nak kemana. Will update later!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s