Facebook

Standard

Sampai satu tahap, dah malas nak layan FB. Ada kawan yang kita tak berapa nak kenal nak add, tengok-tengok dulu mutual friends. Kalau agak-agak meriah, confirmkan. Sometimes, in the real world, that kawan just suam-suam kuku je dengan kite, tapi kenapa bersungguh nak berkawan di dunia maya? Saya pernah ada pengalaman dengan seorang yang saya kenal masa zaman kursus 6 bulan. Tak la rapat sangat dengan die. But since dia nak add saya dan saya masih ingat dia siapa, tanpa ragu-ragu saya confirmkan dia. Sejak tu, hubungan kami jadi macam rapat gak la di FB. Dia selalu komen2 kat status saya and so do i. Satu hari tu, saya terjumpa dia kat pasar, saya ni dengan meriahnya menegur die, surprisingly, dia boleh layan suam-suam kuku je? Lain betul dengan masa kat FB?Apekah?!

Sejak dari hari tu aku pun malas la nak layan kau lagi kan…apahal kau tibe-tibe menyombong ngan aku. Kau yang nak berkawan dulu, then kau buat macamni. Ade aku kesah?!*emo mood*Itu satu hal.

Selain daripada tu, status-status kita kat FB bagi saya mencerminkan attitude dan imej kite. Begitu juga dengan blog (bagi mereka yang menulis blog). Memangla FB kita, blog kita suka hati kita la nak tulis ape kan? Yela, bagi saya itu terpulang pada individu masing-masing untuk express whatever they like/want. Tapi adalah menjadi hak orang lain yang membaca juga untuk judge or label awak based on apa yang diexpresskan. Faham tak? Sebabnya, kadang-kadang tu apa yang ditulis untuk tatapan umum tu adalah terlalu personal dan tidak sepatutnya dipublish. Kena la pandai-pandai bezakan between personal dan tak. ¬†Especially adik-adik saya yang bercinta kat FB tu, adoiiii…tolong la cover2 sikit. Rimas la baca! Same jugak dengan mereka yang dah kawen dan bercinta kat FB. Memang korang dah halal, tapi still, agak-agak la. Sile la bercinta di dunia yang hanya kamu berdua boleh baca.

Ok la, tak mau bebel panjang-panjang. Kang ade pulak yang terasa marah-marah kat saya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s