popiah simply sedap!

Standard

Suke-suki je nak bagi name kan. Semalam saya buat popiah lagi. Tapi kali ni bukan dengan sira lada tu. Popiah goreng simple je.  Serious simple. Kalau complicated jangan harap la si pemalas ni nak buatkan! Macam biasa, saya suka nak share kat sini. Sangat mudah dan sedap pulak tu. (penilaian sedap adalah berdasarkan tekak sendiri). Kepada yang berminat, boleh la mencubanya Ramadhan nanti. Tapi kalau saye la kan,  bazaar Ramadhan banyak, ape kesah nak buat sendiri kan?! *PEMALAS*  hahahaha…

Bahan-bahannya:

  • kulit popiah secukupnya
  • udang yang dibuang kulit dan dipotong kecil-kecil (boleh digantikan dengan mince meat or chicken
  • mix vege
  • cili hijau atau merah yang besar tu-dipotong halus (kalau tak suka pedas, tak payah letak)
  • garam secukup rasa
  • minyak masak
  • bawang putih
  • bawang merah
  • sedikit tepung gandum dibancuh dengan sedikit air untuk melekatkan kulit popiah.

*saya suke kalau letak taugeh, tapi sini kalau nak makan taugeh kene buat sendiri guna kacang hijau. mestila tak kuasa kan!

Cara membuatnya:

  1. Tumiskan bawang putih dan bawang merah.
  2. Kemudian masukkan udang/daging/ayam dan tumis sampai masak.
  3. Pastu masukkan mix vege dan cili.
  4. Masukkan garam secukupnya.
  5. Toskan inti popiah seketika.
  6. Ambil kulit popiah satu per satu dan letakkan intinya dan gulung dengan kemas.
  7. Lekatkan hujung popiah dengan menggunakan tepung gandum tadi.
  8. Panaskan minyak dan goreng popiah sampai kekuningan keemasan.
  9. Boleh la disajikan bersama sos kegemaran. Tapi yang saya buat semalam boleh makan gitu je sebab dah pedas!

seperti biasa, gambar dari google.popiah goreng kalau dibuat dengan betul, rupanya standard je =)

 Selamat Mencuba dan Selamat Berpuasa!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s