Ramadan Kareem!

Standard
Alhamdulillah, semalam lepas isya’ kat Sudan ni confirm hari ni adalah 1 Ramadan. Kami dinner dalam pukul 7.oo pm dan lepas solat maghrib saya bersiap-siap untuk ke Kompleks Petronas. Tiba-tiba my husband terima sms dari seorang local staff embassy yang bertugas sebagai translator yang menyatakan beberapa negara telah confirm bahawa hari ini 1 Ramadan tapi Sudan belum lagi. Anything dia akan update kemudian. My husband dah berkira-kira pulak nak pergi ke tak surau ni. Yela, kalau hari ni tak jadi puasa, mestilah malam tadi takde tarawih kan? Tapi saya sebab dah bersiap dan bersemangat, rasa macam frust pulak kalau tak pergi. So kami pun pergi je la. Kami sampai dah azan isya’. So teruslah bersolat isya’ secara berjemaah. Lepas isya’ baru diumumkan bahawa Sudan telah mengesahkan bahawa hari ini adalah 1 Ramadan. Yeay!

Solat di surau petronas memang menyeronokkan sebab terasa macam berada di Malaysia. Bilal dan imam adalah student Malaysia. Jadi taranum bacaan mereka sama macam masjid-masjid di Malaysia. Terawih di sini 8 rakaat, tapi antara 4 rakaat pertama dan terakhir ada tazkirah ringkas. Lepas tu witir dan moreh! Saya harap, kami dapat solat terawih di sana setiap malam. Tapi perjalanan ke sana memang agak mencabar sikit. Sebab jarak rumah kami ke sana taklah dekat sangat. Pastu trafik boleh tahan sesak jugak. Lebih-lebih lagi dengan attitude pemandu local yang ntah apa-apa kan. Memang menguji kesabaran gak la. Pergi dan balik sama je keadaannya.

Saya bangun sahur pada jam 4.00 am. Saya hanya masak nasi dan panaskan lauk dinner semalam. Memang semalam saya masak lebih supaya boleh makan hingga ke sahur. Insyaallah hari ni pun nanti saya akan masak lebih juadah berbuka puasa dan nanti sahur makan lauk yang sama.

Ok lah, u all mesti sedang bersiap-siap nak balik kerja kan. Sebab waktu Malaysia sekarang dah 4.30 petang. Bagi yang tak bekerja macam saya, mesti tengah bersilat kat dapur menyediakan juadah berbuka puasa. Saya boleh rilek-rilek lagi sebab sini baru pukul 11.30 pagi. So, selamat berbuka puasa dan jangan lupa bertarawih!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s