Sardin masak lomak dengan mangga masam

Standard

Semalam juadah berbuka puasa kami ialah daging+hati masak kicap dan sardin masak lemak cili api dengan mangga masam. Biasa lah, orang negori ni, semua pun boleh buat masak lemak cili api. Petai muda, durian muda macam-macam lah. Sardin memang favorite kami berdua. Masaklah macamana pun tetap sedap. Cuma bila kat Sudan ni, saya hanya boleh buat sambal dengan cili kering atau cili padi je lah. Gulai lemak ini first time sebab sardin ni hanyir kan, kalau masak dia mesti nak kena lawan dengan asam. Kalau sambal boleh letak air asam jawa je. Kalau buat masak lemak saya biasanya letak mangga muda atau belimbing buluh. Kat sini buah mangga memang banyak dijual tapi semua yang dah masak ranum. Mangga muda memang takde jual. Belimbing buluh jauh sekali. Tapi last week my husband beli buah mangga yang dah masak tapi bila dikupas untuk berbuka puasa pada hari puasa pertama tu rasanya masam pulak walaupun dah masak kuning. Untuk pengetahuan semua, mangga Sudan biasanya manis. Manis sangat. Ini first time kami dapat mangga yang masam. Even sebelum ni, kaler die hijau pun dia manis. Saya kupas sebiji, tapi dek kerana masam tak habis mangga tu kami makan. Selalunya, saya sorang boleh habiskan sebiji mangga tu. Sebab tak nak membazir, saya simpan lebihan mangga tu dalam peti ais. Semalam masa tengah fikir nak masak apa, terfikir nak masak sardin. Tapi macam bosan je kalau buat sambal lagi. Terus terfikir pasal buah mangga masam. *wink* Apa lagi, start la projek menggulai. Hasilnya memang membanggakan. Buktinya, my husband repeat order pukul 12.00 tengah malam tu! So, saya nak share cara-cara memasak sardin masak lemak cili api dengan mangga masam.

*sardin masak lomak dengan mangga masam*yummmeehh*

SARDIN MASAK LOMAK DENGAN MANGGA MASAM

BAHAN-BAHAN:

  • Satu tin kecil sardin
  • Cili api ikut tahap kepedasan masing-masing (ditumbuk/dikisar halus)
  • santan pekat
  • serbuk kunyit/ kunyit hidup
  • mangga masam dihiris halus (boleh digantikan dengan mangga muda/belimbing buluh)
  • garam

CARA MEMASAK:

  1. Masukkan santan, cili padi,kunyit dan garam dalam satu periuk.
  2. Didihkan dan kacau sentiasa supaya tidak pecah lemak.
  3. Masukkan mangga masam dan biarkan mendidih dan terus kacau.
  4. Masukkan sardin dan biarkan mendidih sekejap.

2 responses »

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s