Bubur Lambuk Derhaka

Standard

Semacam kan nama tu? bukan ape, sejak rajin menjenguk blog-blog resepi otai-otai ni, saye selalu jumpe perkataan ‘Derhaka’ digunakan bila sesuatu masakan tu disediakan tidak mengikut 100% resepi yang sepatutnya. Bubur lambuk saya buat untuk berbuka tadi ni begitu la jugak kisahnya.

Hari ni teringin sangat nak makan bubur lambuk bila saya tengok blog chef Hanieliza. Dia buat bubur lambuk Terengganu. Ade letak ikan. Pastu saje la google cara-cara membuat bubur lambuk yang lain. Tapi saya rasa bahan-bahannya agak complicated. Samada susah nak cari kat sini atau saya langsung tak tau ape kebendanya itu. Sebagai contoh halba. Serious saya tak tau macamana rupa halba.

Dek kerana teringin sangatkan, saya pun try la buat ikut suka saya menggunakan sumber sedia ada dalam rumah ni. Memang derhaka habis la bubur lambuk saya ni. Alhamdulillah, menjadi la rasa bubur lambuk yang saya idam-idamkan. Seperti biasa, saya suke share kat sini. Mudah-mudahan ada manfaatnya.

*Pemandangan adalah dari dalam periuk di atas dapur*

BUBUR LAMBUK DERHAKA

Bahan-bahan:

  • Beras
  • Ayam (potong kecil-kecil)
  • Daging (potong kecil-kecil)
  • Udang (buang kulit)
  • Ubi kentang (potong dadu)
  • Carrot (potong dadu)
  • Sup bunjut/ rempah sup
  • Santan
  • Halia (ditumbuk/ dikisar)
  • Bawang merah (ditumbuk/ dikisar)
  • Bawang putih (ditumbuk/dikisar)
  • Sos tiram
  • Minyak masak
  • Garam

Cara-caranya:

  1. Tumiskan halia, bawang merah dan bawang putih.
  2. Masukkan ayam dan daging.
  3. Masukkan air dan sup bunjut.
  4. Biarkan sehingga daging menjadi lembut.
  5. Setelah daging menjadi lembut, masukkan beras yang telah dibasuh.
  6. Masukkan sedikit sos tiram.
  7. Masukkan ubi kentang dan carrot.
  8. Tutup periuk dan biar mendidih.
  9. Bila beras sudah cukup kembang, masukkan udang dan santan.
  10. Masukkan garam secukupnya.
  11. Biarkan mendidih sekali lagi dan tutup api.

*kalau suka boleh taburkan bawang goreng dan daun bawang.

SELAMAT MENCUBA!

2 responses »

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s