Menu sahur

Standard

telur kicap dan daging masak kunyit

Hari ni kami bersahur awal. Pukul 3.30 pagi. Selalu kami bersahur dalam pukul 4.30 pagi. Biasanya saya masak nasi je. Sebab saya akan masak lauk lebih untuk berbuka dan bersahur sekali. Tapi hari ni ade jemputan berbuka puasa so saya tidak memasak petang tadi. Jadi untuk sahur kene prepare awal-awal.Kami ni pulak memang kene makan nasi time sahur. Memang tak boleh nak makan light-light macam cereal or roti je. Sebab tu makin menggajah bulan puase nih!

Untuk menu bersahur saya decide untuk masak yang simple je. Yela, takkan la nak masak beria pulakkan. Mesti la mak tak kosserr, nyah! Saya masak telur kicap dan daging masak kunyit. Telur kicap tak perlu la saya share resepinya. Takkan la korang tak tau kan?Er..ke memang ade yang tak tau? Ala, sonang yo, goreng telur mata kerbau, pastu tumis bawang merah dan cili besar pastu masukkan kicap dan air then masukkan telur mata kerbau tu balik. Da siap!

Tapi saya nak share daging masak kunyit tu. Masakan ni saya discover sendiri. Maknanya, saya saja try masak. Masukkan bahan-bahannya. Bile dah masak rasa macam ok pulak.  Saya dah banyak kali buat kat Malaysia. Pastu my husband dan adik saya yang pernah rasa masakan ni pun suka dengan rasanya. Saya pun suke. (Ape la yang aku tak suke kan?!) Jadi, kalau da mendapat sambutan hangat (feeling lebih) boleh la share kan? Lagipun caranya yang simple, menepati ciri-ciri resepi yang saya suke nak kongsi. Bukan ape, kalau complicated saya memang malas nak buat, apetah lagi nak kongsi! Pastu nak taip pun leceh. Yela, kalau dah resepi je dah berjela, orang nak baca pun malas. Ok la uolls, mak malas nak menceceh panjang-panjang, amikla resepi ni. Selamat mencuba!

daging masak kunyit

BAHAN-BAHAN:

  • Daging- hiris nipis
  • Halia – racik panjang-panjang
  • Bawang besar- potong bulat
  • Cili padi- ketuk
  • kunyit serbuk
  • garam
  • gula
  • minyak masak

CARA-CARANYA:

  1. Lumurkan daging dengan kunyit dan garam.
  2. Tumiskan bawang, cili padi dan halia sehingga naik baunya.
  3. Masukkan daging dan  sedikit air.
  4. Biar air kering sikit dan masukkan gula.

p/s: ada resepi yang saya jumpa letak ubi kentang. Ubi kentang potong dadu dan goreng dulu. Bila daging dah masak, sebelum tutup api masukkan ubi kentang tadi dan gaul rata.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s