Nasi Kerabu Made in Sudan

Standard

The way to a man’s heart was through his stomach.

Dari minggu lepas my husband beberapa kali menyebut pasal nasi kerabu. Walau pun dia tak suruh saya buat sebab tahu yang isterinya ni tak pandai nak buat nasi kerabu, tapi sebagai isteri yang memahami saya cube la google kat internet resepi paling ringkas untuk menyediakan nasi kerabu. Resepinya adalah seperti di sini. Kebetulan bahan-bahan asas yang saya perlukan tu ade.

Makanya semalam saya telah memberanikan diri mencuba menyediakan nasi kerabu untuk berbuka puasa. Masa masak tu memang berdebar-debar. Yela, saya ni usahkan masak, makan nasi kerabu pun jarang! Honestly, saya hanya berselera makan nasi kerabu bila balik Kelantan je. Bila kat tempat lain saya tak rasa nk makan pun sebab pada tekak saya ni, rasa yang di Kelantan jauh lebih sedap dari yang di mana-mana.

Kat Kelantan memang la ade banyak orang jual nasi kerabu kan. So MIL memang setakat yang saya ada balik, die tak pernah masak sendiri nasi kerabu. Dia beli je dari kedai. Biasanya dia beli untuk sarapan. So saya pun tak pernah kisah la nak belajar cara buat nasi kerabu ni.

Semalam hasilnya memang kurang memuaskan. Tak jadi la senang cerita. Sambalnya tak sama macam yang saya biasa makan. Tapi agaknya sebab ade budu dan lauk-lauk lain, kami tetap makan dengan berselera. Alhamdulillah habis nasi yang ditanak untuk berbuka tu. Kalau dah dasar pelahap, tak sedap pun licinkan! Hehehehe…

Saya akan belajar dari orang-orang yang berpengalaman memasak nasi kerabu ni. Paling senang ialah dari MIL la! Dia otai. Nanti saya nak call dia mintak resepi dia pulak. Next time boleh cuba lagi!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s