Gembira =)

Standard

Gembira bagaikan hari raya sebab barang kami dah sampai! Punye lah lame…2 bulan lebih. Padahal diplomatic seal tak perlu bukak. Tapi documentation yang leceh telah memperlambatkan proses penghantaran ke rumah. Alhamdulillah akhirnya sampai jua. Kotak semua cukup dan berada dalam keadaan baik. Tak de yang rosak. Tak larat nak unpack sekali gus, kami unpack sikit-sikit je. Bile nak gune barang tu baru keluarkan dari kotak.

Saya gembira sangat barang-barang ni sampai bukannya apa, kebanyakkan barang-barang yang kami bawa masa datang hari tu dah habis. Pastu kan dah nak raya, saya punya peralatan memasak, baju-baju kurung semuanya kat situ. Kalau barang-barang ni tak sampai sebelum raya memang suram lah hari raya kami di sini. Sedihnya…dah la jauh dari sanak saudara dan kampung halaman, terpaksa pulak beraya dalam keadaan serba kekurangan.

Guest room telah bertukar menjadi store room. Nasib la kan. Rumah ni ade 3 bilik, kami tidur di master bedroom, bilik paling kecik dah dijadikan tempat sidai pakaian, dan tuan rumah pulak dah masukkan 2 katil single bed dalam bilik tu so memang tak boleh dah nak dijadikan store. Guest room je la yang available. Itu pun kami terpaksa tolak katil ke tepi dinding dan almari baju kami alihkan ke master bedroom. Kami pun tak expect ade tetamu yang nak tumpang tidur kat rumah kami. Family pun takkan datang… Buatpe nak datang sini, bukannye ade ape-ape pun. Rugi bayar flight tiket mahal-mahal. Baik la pergi melancong kat tempat lain. Kalau nak jumpe kami, jomla jumpe kat Dubai ke atau lebih afdal Mekal al Mukarramah.

Packers di Malaysia telah mengecewakan kami dengan meletakkan label yang salah atau kurang tepat pada beberapa kotak. Susah gakla nak cari barang. Sebagai contoh, label kt kotak ialah album. So kami ingatkan album gambar kawen. Sekali bila bukak kotak penuh dengan novel. Album gambar ade la dalam 3 bijik. Patutnya letak la label buku. Takpun tulis je buku dan album. Lagi satu, labelnya alat-alat mekap. Saya pelik gak la kan, takkan mekap sampai satu kotak besar! sekali bile bukak, macam-macam ada… brooch, accesories mcm earings, rantai, jam tangan dan kotak-kotaknya… mekap takde pun. Sampai sekarang kami tak jumpe mentol. Kami beli 2 kotak mentol dari Malaysia. Tapi entah dah termasuk dalam kotak yang label mane satu pun kami tak tau. My husband nak tukar mentol-mentol dalam rumah ni sebab semuanya mentol kuning. Kami beli mentol putih.*sigh*Pastu ada jugak double numbering. Kotak no 68 dan 57 ade 2. So bile check kat list, ade 2 kotak missing. Tapi bile kira jumlah kotak semuanya cukup.

Tapi overall saya tetap happy sebab semua barang keperluan dah ade. Lepas ni boleh save lagi tak payah beli banyak barang termasuk beras. (Sini beras SDG 34-36 untuk 5 kilo!) Kami pulak memang jenis yang makan nasi hari-hari. Beras 5 kg tahan 2 minggu je. Lepas ni hanya belanja untuk bahan basah je la. Sini takde kementerian yang mengawal harga barang, nak dekat raya ni semua harga barang naik melambung! Saya dengar ayam sekilo yang biasanya SDG 10-12 boleh jadi SDG 25 sekilo nak dekat raya nanti! Gile kan?!

Hati saya bertambah gembira bile berbuka tadi saya dapat masak mee hoon goreng kegemaran kami berdua. Dah lama makan mee hoon sebab stok yang kami bawa dua bulan lepas dah habis!

guest room yang kini store room

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s