Asam pedas tulang

Standard

Asam pedas pertama sepanjang saya di Sudan. Bukan ape, selama ni dok mengidam nak makan asam pedas ikan. Tapi sini susah nak dapat ikan fresh. Nak buat asam pedas ayam saya tak biasa makan walaupun saya tengok banyak je orang buat dalam resepi.

Hari selasa lepas tuan ambassador buat iftar untuk students pulak,  dan antara menunya ialah tulang masak kari. Masa tu saya terfikir kalau tulang ni dibuat asam pedas pun ok gak. Lagipun kat Malaysia dulu saya selalu buat asam pedas tetel.  Pada mulanya saya terfikir nak masak asam pedas tulang ni untuk iftar di rumah kami (insyaallah ahad ni.) Tiba-tiba semalam my husband balik kerja bawak balik tulang. Saya rasa buat hari ni ok gak…ala-ala food testing la untuk iftar nanti… sebenarnya tekak ni yang dah tak menahan nak hirup kuah asam pedas yang yummmeeeeeeh itu.

Walaupun saya tahu memasak tulang perlukan masa yang lama untuk kasi daging tu empuk, biasanya kalau saya masak asam pedas tetel pun saya akan amik masa sekurang-kurangnya 3 jam. Semalam saya start masak lepas asar dalam pukul 4 lebih, memang suntuk masa tapi tak kira nak jugak! So masak je sampai azan maghrib. Rasanya memang marvelous walaupun daging tak cukup lembut. Biasanya kalau asam pedas tulang or tetel tak de campur ape-ape sayur macam bendi atau terung, tapi sebab semalam saya tak sempat nak masak sayur saya masukkan je terung dalam asam pedas tu. Tak kisahla kan… kite yang buat die! hehehe… Pastu goreng telur dadar…Makan lauk dan nasi panas membuatkan saya lupe keadaan diri yang makin menggajah…makan sampai licin periuk! Puas hati dapat makan asam pedas. Nak resepi? Ok, saya macam biasa tak kedekut nak share. Barang baik beb, kongsi la kan. Sharing is caring! =)

ASAM PEDAS TULANG

BAHAN-BAHAN

  • Tulang
  • Cili kering -blend
  • Bawang merah-blend
  • Bawang putih-blend
  • Kunyit (saya guna kunyit serbuk, kalau guna kunyit hidup sila blend)
  • Halia-blend
  • Lengkuas-potong besar2.
  • Air asam jawa

CARA-CARA:

  1. Basuh bersih-bersih tulang tu dan toskan.
  2. Tumis bahan-bahan yang dah diblend dan lengkuas sehingga garing.
  3. Masukkan tulang.
  4. Masukkan air, kecilkan api dan biar sehingga air kering.
  5. Ulang langkah 4 hingga daging empuk. (biasanya saya buat 3x).
  6. Masukkan air asam jawa.
  7. Masukkan sayur kegemaran spt terung dan bendi (optional).
  8. Masukkan garam secukup rasa.

Kalau suke pedas letak la cili tu lebih. Tapi pastikan guna minyak secukupnya untuk menumis. Kene tumis betul-betul masak cili tu supaya tak sakit perut nanti. Mak saya ajar, masak asam pedas kalau nak kuahnya pekat, kene letak cili dan bawang lebih. Asam pedas kalau dibiar semalaman dan reheat rasanya akan lebih enak sebab rasa masam, pedas dan masin dah sebati. Aduhhh… blog pasal ni membuatkan perut saya lapar!

p/s: takde gambar, tak sempat nak snap. Nak tepek gambar google rase macam tak best pulak. sile bayangkan sendiri okeh!=)

2 responses »

  1. dian….
    tetiba rindu ngn asam pedas tetel yg ko wat masa iftar dlu…uuhuuhuhu…nway kalo nak wat asam pedas tetel cara dier sama ke?husband aku suka giler asam pedas melaka…aku je yg x reti nak wat uhuhuhu..nway tetel tu apa eh?heheheh
    uish slurpp lapar la pulak hehehehh

    • asam pedas tetel cara die same je ngn asam pedas tulang…senang je mas aku ni kat sini baru reti masak mcm2…tetel tu daging campur lemak2 sikt. ala, ko pegi pasar mintak nk beli tetel…tp pastikan mintak kat penjual daging, bukan penjual sayur dll…hehehe..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s