Iftar@Manshia

Standard

Salam and hello!

Alhamdulillah pada hari ahad lepas kami berjaya mengadakan iftar di kediaman kami di Manshia. Menu asalnya ringkas je, tapi bile tetamu datang masing-masing bawak buah tangan sorang sikit jadi penuh satu meja. Saya hanya masak nasi putih, asam pedas tulang, udang masak lemak cili api, ayam goreng kunyit, sayur kobis goreng dan mihun goreng.

Tetamu yang hadir adalah di kalangan warga Malaysian Embassy je. Tak ramai. Semua sekali termasuk kami cuma 11 orang. Tapi biasa la saya ni jenis lembab buat kerja so kena la prepare awal-awal. Saya masuk dapur pukul 10 pagi. Lagipun masak asam pedas tulang memang memerlukan masa yang lama.  Sambil-sambil tunggu asam pedas tu masak saya masak lauk-lauk lain.

Dalam pukul 2 lebih kawan saya yang dua orang tu datang dan diorang buat kuih keria dan roti jala yang sangat sedap! Pukul 6.30 tetamu dah start datang. Puan bawa 2 jenis kuih- abuk-abuk dan popiah basah.

Lepas semua orang balik, kami berdua kemas la ape yang patut. Sampai ke esoknya baru setel berkemas. Sejak barang sampai ni saya busy sikit unpack. Ok la, minggu ni bakal busy gak. Dah nak kene mula pergi pasar beli barang-barang untuk hari raya kalau tunggu last minit nanti harga akan naik berganda-ganda. Pastu hari ahad start pojek kuih raya.

dessert: fruit cocktail

tetamu awal

2 responses »

  1. dian,

    sejak 2 menjak di sudan ni, rajin sgguh memasak! mcm2 plak tu! suke aku nengok🙂
    nnt aku pun nak masak2 mcm ko jugak lah. hehe

    • Jaja,
      Kat Sudan memang kene rajin masak kalau nak makan sedap. Makanan Malaysia la terutamanya. Sini makanan arab yang banyak…dan malangnya tekak Melayu kuno aku ni tak boleh menerimanya! Aku tak tau la balik Malaysia nanti aku boleh rajin masak macam ni lagi ke tak…sebab kat Malaysia beli lagi senang!🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s