aidilfitri 2010

Standard

Salam Aidilfitri…

Lama tak update blog ni. Beberapa hari sebelum raya hari tu busy buat biskut raya. Kami buat secara berjemaah =) kat rumah Renie.  Balik dari buat kuih, sibuk nak prepare juadah berbuka puasa pulak. Kami buat kuih Makmur/Sugi/Arab, kuih dahlia dan kuih conflacks madu. Semuanya yang simple je memandangkan kami semua budak baru belajar. First time buat kuih raya. Nasib baik jadi kuih-kuih tu. Selamat la untuk dimakan.Hehehe..

rupe kuih raya kami yang dihidangkan semasa open house embassy

 

Malam raya pada asalnya saya tidak bercadang untuk prepare ape-ape. Memikirkan takde sape pun yang nak makan. Tapi lepas saya call family kat kampung, saya rasa jelouse pulak dengan kemeriahan preparation malam raya kat sana. Lagipun hati saya sayu malam raya tu. Biasanya memasak (selain daripada shopping) berkesan menjadi satu terapi untuk saya menghilangkan kesedihan. So, dalam pukul 10.30 malam saya pun start la masak. Saya rebus ketupat segera, rendang daging dan kuah kacang. Pukul 2.30 pagi setel semua. Nasi untuk berbuka puasa ade baki sikit, saya makan dengan rendang daging. Saje nak test rase rendang daging sulung saya. Rasanya ok walaupun bahannya tak berapa lengkap. Tapi agak terlebih pedas sikit. Saya masak sikit je, dapatla semangkuk kecil. Bajet untuk breakfast kami berdua pagi raya nanti sebelum ke Kompleks Petronas sembahyang raya.

Tapi pagi tu kami terlewat bangun, kelam kabut bersiap dan tak sempat breakfast. Saya ingatkan, solat sunat aidilfitri mestila akan dilaksanakan di surau tempat kami berterawih tu, tapi rupa-rupanya kami bersembahyang di padang. Ikut budaya Sudan,katenye.

syok semyang kat padang ni, berangin macam kat tepi laut

Surprisingly, saya tak pulak rase sedih semasa mendengar takbir raya. So takde la air mata Syawal! Mungkin sebab dah dilepaskan pada malam raya dan terapi memasak nampaknya memang berkesan untuk saya.hehehe…  Lepas solat, ade hidangan secara buffet oleh Petronas. Saya isi perut  dan bergambar.

senyuman syawal

 

Kami

The Ladies

suasana Malaysia

couples from Embassy

 

Kak Rohana, Petronita yang terer masak!

Kemudiannya, kami mengunjungi rumah warga Petronas yang buat open house hari tu.

makan

Then, balik rumah. Sampai rumah terus video call kampung lagi. Pastu dah lapar balik, makan la ketupat segera yang patutnya dimakan pagi tadi. Bile dah kat rumah ni, memang hilang terus feel hari raya. Layan movie jap. Pastu lepas asar kami ke rumah Emilia dan Deddy sebab diorang buat open house. Kat sana berkumpul dengan warga Malaysian Embassy dan makan lagi!

makan lagi!

kami lagi...tak habis-habis bergambar

aktiviti fav selain makan ialah bergambar

warga Malaysian Embassy in Khartoum, Sudan

Aktiviti berkunjung ke rumah terbuka di teruskan pada hari raya kedua. Kali ni lebih hebat lagi, 3 buah rumah! Kejap je lemak-lemak yang hilang masa bulan puasa tu muncul kembali!sigh…

Okla, sampai sini dulu. Saya ingin mengambil kesempatan ni untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin sepanjang kamu,kamu,kamu,kamu dan semua kamu-kamu mengenali saya dan pembaca blog ini sekiranya ada yang tersinggung dengan penulisan saya.  kosong-kosong ok?!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s