Kota Seribu Menara

Standard

Kota Seribu Menara

Kaherah, Mesir atau Cairo, Egypt. Mendapat gelaran Kota Seribu Menara sebab ade terlalu banyak masjid. Mudah sangat nak cari masjid kat sana. Jalan sikit je dah jumpa masjid. Bila masuk je waktu solat azan berkumandang di segenap pelusuk bandar Kaherah. MasyaAllah!

Perancangan bercuti di Kaherah bermula pada awal Ramadhan lagi. Tapi saya tak berapa excited sangat sebabnya masa tu ade jugak plan nak mengerjakan umrah bermula pada hari raya kedua. Hati saya lebih kepada nak buat umrah.Tapi lepas survey harga hotel kat Mekah pada masa tu, kami decide untuk tangguhkan dulu  niat tu. InsyaAllah kalau ade rezeki nanti kami berhajat nak pergi bersama mak dan mak ayah mertua juga.

Tapi sebaik saja menjejakkan kaki di bumi Anbia’ ni, saya rasa happy sangat. Airport nya yang luas dan selesa, cuaca yang sederhana. Ketibaan kami disambut oleh seorang student Universiti Al Azhar yang berasal dari Kelantan. Seronok dapat dengar dia kecek Kelate dengan My Husband. Dah lama tak dengar. Dia datang sewa kereta dan driver namanya Ustaz Mat, student Al Azhar gak,tapi dari Selatan Thai. Dari Airport kami terus dibawa ke Mohandiseen, rumah kawan my husband. Sepanjang kami berada di sana, kami menumpang di rumah dia.

Keluarga yang bermurah hati menumpangkan kami tinggal di rumah mereka di Mohandiseen

Sepanjang kami menumpang kat rumah mereka, kami terhibur dengan keletah anak mereka yang cheeky, Sofea. Best betul melayan perangai dia ni. Ade je perangai lawak yang die buat.

dah ready nak keluar berjalan, kitorang pegi City Star Mall dgn dia & mama dia sekali

Kaherah ni kota yang sibuk, jalan jem teruk. Pastu susah nak dapat parking. So kalau sape-sape nak ke Kaherah, kene upah driver. Macam kami, Ustaz Mat tu la yang jadi driver merangkap tourist guide kami. Ustaz Mat ni dah17 tahun belajar di Mesir. Jadi dia memang dah cekap pasal semua tentang Kaherah. Bila dia bawa  kami ke sesuatu tempat tu, dia akan bercerita tentang sejarah tempat tu lengkap bersama dalil-dalilnya sekali. Seronok dengar dia bercerita dalam loghat Kelantan-Siam dia tu. Ustaz Mat ni kalau dilihat dari luaran memang takde gaya ustaz langsung, tapi  tutur kata dia bersopan dan penuh isi. Don’t judge a book by it’s cover!

my husband dengan Ustaz Mat yang bergaya macam pekerja kedai tomyam!

Destinasi pertama kami ialah piramid dan Sphinx. Ade tiket nak tengok piramid ni dekat-dekat. LE 60 seorang, kalau nak masuk dalam piramid tu kene bayar lagi LE100 seorang. Tapi kami tak masuk pun, sebab tak larat nak memanjat, lagipun menurut Ustaz Mat, dalam tu takde ape-ape pun. Semua mumia dah dipindahkan ke muzium. Kalau ade pun, saya tak ingin nak masuk, seram siot! So kami hanya bergambar kat luar piramid je la. Kami kagum tengok kegagahan orang zaman dulu-dulu bina piramid ni. Usia piramid ni dah lebih 4000 tahun. Piramid-piramid ni mengambil masa selama 20 ahun untuk dibina. Piramid -piramid ini dibina menggunakan batu-batu yang diangkut dari sungai Nil semasa musim banjir.

belakang tu tempat beli tiket

lubang masuk piramid kat nun atas sane

ketiga-tiga piramid

tempat orang menjual sourvenir

piramid & Sphinx

panas sangat, kami malas nak pergi dekat-dekat, so kami posing dari jauh je la.

Kat sini pada waktu malam ade pertunjukkan Light and Sound. Tapi kami tak pergi pun. Ade tiket gak tu, tak sure pulak berapa.

pekerja tengah susun kerusi untuk Light and Sound Show.

peniaga dan sourvenir yang dijual kat tempat Sphinx

Dari piramid kami ke Citadel. Sebuah kubu. Kat sana ade muzium polis, muzium tentera dan beberapa buah masjid.  Binaannya sangat cantik. Terpesona saya! Kat sini rilek je mat-mat saleh tu masuk masjid. Masjid-masjid dalam ni walaupun dah tua tapi masih digunakan.

Jauh berjalan tengah-tengah panas untuk sampai sini. banyak peluh keluar hari tu!

kat pintu masuk. Kene scan bag dan badan dulu. Tiket LE 50 seorang.

Penat berjalan kat Citadel tu, kami pergi mengisi perut pulak. Kami makan di restoran Halal Bangkok. Restoran ni diusahakan oleh pelajar Universiti Al Azhar dari Bangkok. Dapat la kami merasa makan tomyam yang lazat macam kat Malaysia. Restoran ni kecik je tapi makanannya memang terbaek! Harga pun murah. Banyak pulak tu! Memang puas hati makan kat ki situ. Sebab terlalu berpuas hati, esoknya kami lunch kat situ lagi. Kali ni kami makan sup pulak. Pun sedap jugak!

Esoknya, Ustaz Mat bawa kami melawat Egyptian Museum. Kat dalam muzium ni ade dipamerkan mumia Firaun yang mati lemas kat laut Merah semasa Nabi Musa membelah laut dengan menggunakan tongkatnya. Ustaz Mat kata, dalam Al-Quran ada disebut yang Allah sengaja memelihara jasad Firaun ni supaya ia dapat dilihat oleh umat akan datang dan mudah-mudahan menjadi pengajaran. Sebab itu, jasad Firaun masih kekal elok sampai sekarang. Mayat tu langsung tak diawet. Ade orang buat kajian terhadap mayat tu dan didapati ade garam kat tekak dia. Itu menunjukkan kan yang mayat tu mati lemas kat laut. Nak masuk muzium bayarannya LE60 seorang, pastu nak tengok mumia tu pulak kene bayar lagi LE 100. Kamera kene tinggalkan kat luar. Kami hanya bergambar di luar muzium je.

Egyptian Museum

Lepas tu, dari muzium kami lunch dulu kat kedai semalam. Then terus ke  Asfur, tempat jual barangan kristal. Chendaliar dan assesori macam gelang tangan, rantai leher, cincin, brooch yang diperbuat daripada kristal banyak dijual di sini. Murah sangat harganya! Memang puas hati shopping kat sini. Kami beli cenderahati untuk mak dan mak mertua dan kawan-kawan perempuan di Sudan. Sayang, tak sempat nak bergambar kat dalam Asfur ni.

Kemudian kami ke Pasar Khan El Kahalili. Kat sini my husband beli jaket kulit. Murah je. Kalau pergi Mesir memang wajib kene beli jaket kulit. Kawasan ni memang tumpuan pelancong sebab banyak jual barang-barang yang melambangkan Mesir. So faham-faham je la harga barang-barang yang dijual tu tinggi mane kan. So kami tak la membeli sangat kat sini. Ade la sourvenir sikit-sikit macam fridge megnet, key chain dan t-shirt.

baru sampai Khan El Khalili

tengok-tengok je..pastu posing

survey bag..kot-kot ade yang berkenan.

berhampiran Khan El Khalili, Masjid Hussin. Di dalamnya ada Makan Hussin, cucu Nabi Muhammad SAW.

Esoknya, kami ke shopping complex pulak. City Star. Ustaz Mat ade hal hari tu, tak dapat nak bawak kami pergi. Kak Yana, wife kepada kawan my husband yang kami tumpang rumahnya tu yang bawa kami pergi. Kami pergi naik teksi. City Star ni jauh gak dari Mohandiseen, teksi kami naik tu Teksi Hitam. Teksi lama. Tekde aircond, tak pakai meter. Jalan da la jem. City Star tu besar la jugak. Tapi takde ape sangat. Kebetulan masa kami datang tu baru je habis sale. So takla kami dapat berbelanja sangat. Kami pun tak lama kat sana sebab kesian dengan Kak Yana yang pregnant tu, lagipun anak dia si Sofea tu ikut sekali. Tau je la budak umur 2 tahun, mane la tahan nak duduk dalam stroller lame-lame. Nak bagi lepas berjalan kang tak terkejar pulak. Lagipun memang takde ape yang boleh dibeli. Malam tu kami jalan kaki di sekitar bandar Mohandiseen. Kat sini kadar jenayah rendah, selamat berjalan kaki malam-malam.

Sepatutnya, kami ke Alexenderia pada hari ni, tapi kami tak jadi pergi sebab cuaca panas sangat. Kami tengok gambar Kak Yana masa pergi sana dulu, tempat tu banyak kubu-kubu macam Citadel tu, pastu ade laut Mediteranean. Kami kurang berminat nak pergi masa tu. Mungkin kalau kami sampai lagi ke Mesir pada musim sejuk, boleh la kami ke Alexenderia pulak. Jadinya, kami hanya ke Downtown. Tapi perjalanan yang biasanya beberapa minit boleh jadi sampai 3 jam sebab jem teruk! Kami lunch kat Rumah Negeri Kedah. Downtown sangat luas, sampai penat kaki berjalan.

Downtown

Kat Downtown ni saya pulak membeli jaket kulit. Jaket kulit sini saiznya tak standard. Masa try tu, ade yang badan dah ok, bahu pulak lebar. Ade tu, bahu ok, badan pulak ketat. Sebab masa kat Khan El Khalili tu takde yang sesuai untuk saya, maka kami cari di Downtown pulak. Alhamdulillah, rezeki saya kat sini. Murah sangat. Lebih murah daripada di Khan El Khalili. Warnnya pun cantik.

Masa kat Downtown ni, kami ade satu pengalaman menarik. Kak Yana tu pernah pesan, kalau nak pergi toilet cari la toilet McDonald ke, KFC ke sebab toiletnya bersih. Even toilet masjid pun jangan, kotor. Masa kat Downtown tu, saya tak tahan sangat nak terkencing. Tapi kat sini memang tak nampak la fast food restoran. Pastu tiba-tiba kami lalu depan bangunan pejabat. Kat luar ade signboard “Ministery of International Corporation”. Kami tanya la kat kaunter tu boleh tumpang toilet tak? Dia jawab “sure”. Dia panggil sorang kawan dia suruh bawa kami pergi toilet. Saya ingat nak masuk toilet yang kat lobby je, rupe-rupanye die bawa kami naik lif ke tingkat 12! Tingkat tu ade bilik minister lagi.  Kat Malaysia, jangan harap nak senang-senang je sampai kat floor minister kan?! Bangunan tu tengah renovate, tapi masih ade orang bekerja lagi. Maybe minster office je yang maintain kat situ. Department lain beroperasi kat pejabat sementera kot. Sebab satu level tu je yang ade orang bekerja. Level lain semua kosong. Masa nak turun terpaksa guna tangga sebab lif rosak. Nasib baik masa turun lif tu rosak, kalau masa naik tadi, harus dah terkucil dulu kot! Hehehe…

Kesimpulannya Cairo best. Barang-barang murah, pilihan banyak. Currency die pun lebih rendah berbanding RM. Cuma masalah trafik jem je lah yang teruk. Kalau sesiapa nak pergi Cairo, pastikan sewa kereta bersama driver. Lebih selesa. Kalau ade rezeki, saya teringin nak pergi sana lagi masa musim sejuk. Banyak lagi tempat boleh pergi. Berbanding Dubai, hati saya terasa sayu semasa nak meninggalakan Cairo. Mungkin sebab saya dah terjatuh hati pada Sofea, hati saya juga tersentuh dengan layanan baik yang diberikan oleh Kak Yana dan suaminya dan juga Ustaz Mat.

10 responses »

  1. cairo best tapi berdebu n kotor kan dian…ko minum juice die x?fuh juice die mmg terbaik la…nway pas gi piramid ngn sphinx ko x gi kedai perfume ke?

  2. mamas, mungkin sebab aku ni dah duk sudan yang lebih kotor dan berdebu ni, so aku tak terasa sangat debuan dan kotoran bandar Cairo!hehehe… juice die same mcm kat Sudan. Pekat..memang tak kedekut macam kt Malaysia. kedai perfume mane?aku tgk kt Khan el Khalili banyak, tapi aku tak beli perfume pun.

  3. salam…nk tnye….nati saya nk pergi bercuti kat cairo jugak…ade no telefon Ustaz Mat(no mesir) tak……pastu berapa byaran nak sewa kereta n driver untuk sehari?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s