Suka Duka 101010

Standard

Suka:

Tahniah diucapkan kepada pasangan yang sama cantik sama padan ini. Datuk Dr. Sheikh Muszaphar dan Datin Dr. Halina yang telah selamat dinikahkan pada tarikh keramat 10.10.10. Semoga ikatan pernikahan yang dilangsungkan dalam suasana yang cukup meriah ini akan berkekalan bahagia hingga ke akhir hayat. Dengarnya ramai tetamu VVIP yang hadir ke majlis ‘wedding of the year’ ni. Angkasawan dari luar negara pun ade, pembesar-pembesar negara lain pun ade…maklumla kenduri kawen angkasawan negara pertama! Wakil dari planet lain dan aliens ade tak agaknye?! hehehe…

Ramai jugak yang berkongsi special date dengan pasangan ni. Aqashah pun kawen semalam. Pastu kat kampung saye pun ade gak kenduri kawen semalam. Special date, hari ahad pulak tu. Memang sesuai buat kenduri kawen. Tahniah kepada semua yang berkahwin semalam. Selamat mengharungi alam rumahtangga yang indah ini. Good luck!
 
 
 
Duka:

 
Dalam pada ramai yang bergembira melangsungkan perkahwinan semalam, ade gak kisah duka. Seramai 12 orang maut dan lebih 40 orang cedera dalam kemalangan ngeri yang melibatkan 2 buah bas, sebuah van dan 3 buah kereta di kilometer 223, Lebuhraya Utara Selatan berhampiran plaza tol Simpang Ampat semalam. Ade sape-sape yang tau punca kemalangan tak? update la sikit kat saye yang jauh ni. Diharap keluarga yang ditimpa nahas bertabah menghadapi dugaan ni. Qada’ dan qadar ketentuan Allah… sama-samalah kite doakan agar roh mereka yang maut (yang beragama Islam) dicucuri rahmat. Al-Fatihah. Semoga kejadian ini tidak akan berulang lagi dan menjadi iktibar kepada pemandu-pemandu yang lain. Ngeri ok bace accident2 maut mcmni..masa tau pasal ni hati saye berdebar-debar sebab saye ade sorang adik yang memang berulang ke Melaka dari Negeri Sembilan guna highway ni. Tapi lega lepas baca senarai nama mangsa yang meninggal kat KOSMO! It could be anybody kan bole jadi mangsa keadaan yang tak bersalah macam tu..kereta yang kene hempap tu kesian mangsa-mangsa dia, bayangkan tengah elok-elok drive secara berhemah, tibe-tibe mati kene hempap bas!

 

 
 
 
 
Pictures credit to Gua.com.my, Candidsyndrome & Amazingnara.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s