Halaqah

Standard

Hari ni saya berpeluang menghadiri majlis ilmu, Halaqah anjuran Petronita tapi tadi dibuat di Kediaman Rasmi Tuan Ambassador. Isi halaqah hari ini terbahagi kepada 2. Pertama tentang ‘Ar-Rahman’ dan Ar- Rahim’ dan yang kedua berkenaan hikmah ibadah haji.

‘Ar- Rahman’ berasal daripada perkataan ‘rahmat’ yang bermaksud yang melimpahkan rahmat. Menurut ustaz, di sisi Allah ada 100 rahmat. Allah hanya turunkan 1 sahaja di dunia ini untuk dikongsi bersama-sama oleh segala yang ada di muka bumi. Manusia (termasuk orang kafir), haiwan, tumbuh-tumbuhan dan  jin. Dengan satu rahmat itulah, kite menikmati segala nikmat Allah..Dengan 1 rahmat itulah, singa yang garang boleh menyayangi anaknya…dengan 1 rahmat itu lah kite ade rasa belas kasihan sesama kite, termasuk rasa kasihan kepada haiwan… Allah suruh kite merahmati yang di bumi supaya kemudian nanti yang di langit akan merahmati kite. Baki 99 lagi rahmat di sisi Allah itu di simpan untuk orang-orang yang beriman di akhirat kelak. Itu lah ‘Ar- Rahim’. Ustaz tu kate lagi, Rasulullah beritahu yang orang masuk syurga bukan kerana amalan mereka (termasuk Rasulullah) tetapi kerana rahmat Allah. Amal ibadat adalah tanda kesyukuran kita terhadap rahmat yang telah dilimpahkanNya, bukan kita memohon dilimpahkan rahmat dengan beramal kerana ape yang telah dilimpahkan itu terlalu banyak dan tidak terjangkau, yang kite tak mohon pun Allah tetap limpahkan…Misalnya tubuh badan yang sihat yang membolehkan kita menghirup oksigen, bayangkan betapa siksanya orang diserang asma, masa tu baru kite sedar akan nikmat paru-paru yang sihat selama ini. Subhanallah! Betapa menurut ustaz tu lagi, kite tidak layak meminta rahmat Allah sebenarnya…tapi Allah bersifat Maha Pemurah lagi Maha Penyayang!

Kata ustaz lagi, cuba kita perhatikan dunia kini, umat Islam biasanya ditindas, miskin, selalu ditimpa bencana. Umat Islam yang selalu diuji.. kerana dunia bagi umat Islam adalah penjara, tetapi syurga bagi orang kafir. Sebab Allah telah menjanjikan Ar-Rahim bagi orang-orang Islam di akhirat kelak. Tapi bukanlah free of charge,ye..ujian-ujian itu lah harganya. Orang Islam yang berjaya dalam ujian itu, ganjarannya lebih besar. Sebab itu kalau kita tengok, perjalanan hidup para nabi dan rasul penuh ranjau dan ujian yang dahsyat.

Kemudian ustaz cerita tentang ibadah haji sempena musim haji yang dah dekat ni…ustaz tadi tak pernah pergi haji lagi, jadi beliau taknak bercerita dari segi fekah haji..beliau sentuh tentang hikmah haji. Haji adalah seruan Allah..Sebab itu orang pergi haji baca talbiyah sebagai tanda kita menyahut seruan itu..Ustaz kate, setiap hari kite diseru untuk solat. Seelok-eloknya berjemaah. Sebab itu adalah sunat muakad. Kemudian, seminggu sekali kite di seru untuk sembahyang Jumaat. Of course wajib berjemaah dan setahun sekali kite di seru kepada perhimpunan yang lebih besar lagi iaitu seruan haji di Mekah. Ustaz kata, pergi haji setelah penuh ilmu di dada..bukan main pergi je… dan sumber untuk pergi sane perlu dari yang halal. Kalau ikutkan memang kalau kita patuh dan ikut semua rukun haji, haji itu dah sah. Tapi ade satu perkara yang orang selalu terlepas pandang tentang amalan ni iaitu melahirkan rasa ‘kehambaan’ kita semasa mengerjakan ibadah. Niat yang sebenar-benar niat untuk beribadah dengan khusyuk. Untuk melahirkan rasa itu, sebelum berangkat ke tanah suci kite perlu berbulan-bulan sebelumnya membaca bukan sahaja tentang ibadah haji itu, tetapi berkenaan sejarah nabi dan sejarah ibadah itu sendiri. Baru lah nanti di sana kita faham kenapa perlu melontar, kenapa perlu saie, kenapa berwukuf…kite akan terasa bahawa di tempat tawaf itulah, bekas-bekas tapak kaki nabi Ibrahim, nabi Ismail dan nabi Muhammad (SAW) pernah bertawaf..MasyaAllah! Tidaklah nanti ibadah kita hanya ikut-ikutan sahaja.

Ustaz kate lagi, Islam adalah satu-satunya agama yang boleh menghimpun manusia yang pelbagai darjat dalam keadaan yang sama standard iaitu semasa haji. Pada masa inilah pakaian manusia semuanya serupa. Kaya, miskin sama je. Pakai putih kain ihram. Even menteri pun kene bukak sut yang mahal tu dan memakai ihram. Walaupun kat Malaysia tiap-tiap tahun ada perhimpunan besar di Batu Caves, tapi tak boleh nak buat menteri tak pakai kot…hehehe.. Hanya agama Islam sahaja! Allahuakbar!!!

Kata ustaz lagi, setiap diri manusia adalah ibarat alam yang kecil manakala alam ibarat manusia satu manusia yang besar..ade kajian saintifik yang menunjukkan bahawa setiap mineral yang ada di bumi ini ade terkandung dalam tubuh badan manusia. Manakala, Kaabah di Mekah diibaratkan seperti hati manusia. Allah perintahkan Nabi Ibrahim membersihkan ruang di sekitar Kaabah dan Nabi Muhammad sebaik sahaja kembali semula ke Mekah, perkara pertama yang baginda lakukan adalah membersihkan berhala yang terdapat di sekitar Kaabah. Begitu juga dengan hati manusia yang menunaikan haji seharusnya bersih. Ada di kalangan ahli yang mendengar ceramah menyatakan, Kaabah itu letaknya betul-betul di tangah-tengah bumi. Di situlah letaknya titik tengah bumi. Sejauh mana kebenarannya, wallahualam…

Kata ustaz, di Kaabah, sentiasa ada orang bertawaf. Pergerakan tawaf kalau dilihat dari imej satelit, same dengan pergerakan neutron dan proton dalam atom yang menghasilkan tenaga. Saintis memandang pergerakan tawaf umat Islam seolah-olah memberi tenaga kepada bumi…Subhanallah!

p/s: saya tulis ni saya cube quote sebanyak mana ape yang ustaz tu cakap tadi..maklumla, saye bukannye pandai sangat nak cakap sendiri tentang ni. Mudah-mudahan ade manfaatnye.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s