SINDIKET CURI BEG TANGAN DI PUSAT MEMBELI BELAH

Standard
Ini adalah pengalaman kawan saya. It’s cliche. Saya tahu, walaupun ramai di antara kita yang mungkin ada pengalaman macam ni saya tetap nak kongsi di sini sebab kejadian ini berterusan berlaku. Saya sendiri pernah kehilangan beg tangan tapi bukan di surau shopping complex, tapi di bilik tidur. Di rumah keluarga angkat semasa Modul Penempatan Kampung, DPA. Salah saya sebab terlalu bersangka baik, keluar rumah tak bawak handbeg sebab fikir selamat dalam rumah…Keluar pun pergi balairaya depan rumah tu je..Rupe-rupenya tak…rumah orang baru duduk 2 minggu saye boleh fikir selamat…Bile diperiksa, rupe-rupenya rumah keluarga angkat tu ade lubang besar kat antara dinding dan atap bilik tidur mak dan ayah angkat tu. Under construction… pastu siap ade tangga kayu pulak yang disandarkan kat belah luar bilik tu…kunci semua pintu dan tingkap pun orang boleh senang-senang masuk ikut lubang tu…mane la saye nak tau semua tu sebab takkan la saya nak sesuka hati tour rumah orang… Tapi saye fikir mujur pencuri tu buat kerja time semua orang takde kat rumah, kalau die masuk malam-malam time semua orang nyenyak tidur…NAUZUBILLAH! Kesimpulannya, kite kene sentiasa beringat dan peka dengan persekitaran kite.

 

So, saya nak share cerita yang baru saja berlaku pada kawan saya ni dan mudah-mudahan manjadi iktibar.

Kejadian ini berlaku pada 23 Oktober 2010 (Sabtu). Saya bersama suami telah ke Midvalley. Rasanya sudah agk lama tak meluangkan masa bersama memandangkan masing2 mempunyai kekangan, saya yang teruk dengan morning sickness ketika kandungan 2 bulan, suami pula agak sibuk kebelakangan ini. Kiranya hari inilah yang dirasakan lapang utk diisi dengan aktiviti2 rutin kami seperti sebelum ini, nonton wayang dan window shopping. Tujuan utama ke Mid sebenarnya nak ke MAPEX, survey rumah mana lah tau ada yang berkenan di hati.

 

Selesai ke pameran perumahan, saya mengajak suami untuk jalan2 di Jusco, rasanya dah agak lama x kesana. Jam dah menunjukkan pukul 5.30pm, suami terus ajak ke surau untuk menunaikan Solat Asar sebelum kami nonton wayang di Signature, Garden. Kebiasaanya, kami solat di surau Garden, tapi alang2 dah berada di Jusco, hari ini saya memujuk suami utk solat di sini.

 

Saya bergegas untuk masuk ke surau Jusco, mungkin ramai yang sedia maklum bgm keadaan di surau Jusco yang sangat sempit dan padat itu..sesudah mengambil wudhuk, mata saya terpandang dengan gerak laku seorang wanita free hair, ber t-shirt putih dan berjeans lusuh duduk di sudut surau. Saya berasa sangat hairan mengapa dia sanggup duduk disudut itu dengan keadaan yang sangat sempit dan padat dengan org2 lain yg sedang menunggu giliran untuk menunaikan solat.

 

Dalam kesibukan saya mencari telekung disudut surau,tiiba2 wanita itu menyapa saya, “Awak..awak sembahyang je dekat depan tu, xpayah la cari2 telekung kat sini..ni sume dah kotor..”. Saya bertambah pelik dan teguran itu langsung tidak endahkan. Dek kerana keadaan surau yg terlalu sempit, saya tidak boleh meletakkan beg tangan saya di hadapan saya, juga ditepi saya..saya tidak tahu kenapa saya berani meletakkan beg tangan saya dibelakang..mungkin kerana keadaan surau yang sangat tidak selesa, saya beranggapan mungkin ia selamat kerana ramai yang sedang menunggu giliran di belakang saya.

 

Sedang saya solat, saya terdengar wanita itu sedang berhubung dengan seseorang,” ya..saya dalam surau..jap lagi sy keluar lah..”.itu antara perbualan wanita itu..selesai sudah saya solat, kelibat wanita itu sudah tidak kelihatan.saya bergegas untuk mengambil tudung yg diletakkan di atas beg tgn..Namun, saya dapati beg tangan sudah tiada lagi..Ya Allah Ya Tuhanku!!..hanya satu yg terdetik dlm fikiran saya, bukan duit, bukan i/c, bukan kad atm..tetapi cincin perkahwinan kami!!! cincin saya dan suami!!! Ya Allah!!!..saya terduduk sambil menangis..

 

Saya mula panik, wanita2 yg berada di surau mula bertanya kenapa saya menangis, saya beritahu yg beg tangan saya telah hilang..ada di antara wanita disurau itu yg perasan dgn wanita yg berkelakuan pelik tadi..saya mengesyaki dia lah yg mengambil beg tangan saya..saya bergegas keluar dan mencari dimana suami saya berada..tetapi suami juga tidak muncul2..saya mula membuat aduan dengan pihak Jusco..saya meminjam telefon seorang wanita diluar surau untuk menghubungi suami, tetapi juga gagal..akhirnya saya lihat suami saya sdg membelek2 brg berdekatan dgn tmpt saya membuat laporan…saya berlari ke arah suami smbil menangis memberitahu ttg kejadian..suami saya juga terkejut!!patutlah bila suami cuba hubungi saya, telefon saya sentiasa engaged..saya mengambil keputusan utk cuba menghubungi no. telefon saya,..dan anehnya panggilan saya itu dijawab oleh seorang wanita tempatan.

 

saya mula merayu kepada wanita tersebut untuk memulangkan semua barang saya. dia memaklumkan yg rakannya tersalah ambil beg tangan saya dan minta saya tunggu di surau tadi kerana dlm perjalanan untuk memulangkan kembali. saya merayu lagi,” adik..tolong lah dik..akak merayu..akan mengandung ni..tolonglah pulangkan semuanya..”. wanita itu menjawab dengan nada simpati,” ya allah..ye ke akak mengandung?..ok, akak jangan risau, saya mmg otw ni..sy xkan tipu akak..kalau saya tipu, kenapa sy angkat panggilan akak..akak tunggu, saya datang ni..ha, lg satu boleh tak saya nk pinjam hp akak nak call kawan saya yg terambil handbag akan ni..dengan izin akakn ye..tp kalo akak nak cepat, akak dtg la kat saya sekarang..saya di kl sentral”. saya pun menjawab,” ye..dik..pakailah, tapi akak xkan kesana..akak tunggu adik disini..”

 

selepas menamatkan panggilan itu, saya menghantar sms kpd wanita itu,”akak dah disurau ni”..dia terus menjawab,”okay, tp jangan call lagi, hp bateri akak ni dah low..”..selesai saja saya membaca sms itu, suami saya telah mendapat panggilan daripada rakan sekerja saya. saya mula memberitahu rakan saya yg saya di dlm masalah…rakan saya terus memberitahu berita yg bertambah mengejutkan saya,” Awak..perempuan tu sedang menyamar jadi awak!!!!..dia call saya minta saya masukkan segera rm 1000 dlm akaun atas nama awak!! dia sedang call kawan2 kita yang lain!!!..dia menyamar jadi awak!!!..”

 

Subhanallah..nauzubillah!!!saya mendapat tahu yg sudah ada dikalangan kawan saya yang sudahpun withdraw duit utk bank in kan ke dlm akaun bank saya..tersentap rasanya bila diberitahu yg wanita itu sedang cuba memanipulasikan keadaan. Tanpa lengah suami saya terus menghubungi call center Maxis utk blocked penggunaan talian telefon saya. Sambil itu saya menghubungi Maybank hotline untuk buat perkara yang sama. Saya kira wanita ini sudah licik dan sudah tau membaca pinkod no. atm saya kerana kebanyakan kita akan menggunakan no.i/c (depan) sebagai password atm. Tambahan lagi saya simpan no akaun di dlm telefon bimbit saya. dek kerana itulah wanita licik ini berani menyamar menjadi saya yang kononnya sedang dalam kesusahan dan memerlukan wang segera..

 

Selepas itu saya dan suami terus ke pejabat sekuriti untuk mengecam wanita itu melalui CCTV yg dipasang diluar surau..saya perhatikan satu persatu wanita yg keluar dari arah surau..akhirnya bila mana jam di cctv menunjukkan tepat jam 5.40pm, suami mengecam seorang wanita seperti yang saya maksudkan (free hair,bertshirt putih dan berseluar jeans) keluar dari arah surau dengan menggalas beg spt beg laptop dan dibahu kanannya lah dibimbit beg tangan saya!!!

 

Dalam masa yg sama, suami menerima panggilan daripada seorang wanita yang berdialek asing (indonesia), memberitahu bahawa menemui beg tangan saya ketika mengemas surau di SOGO!!!Ya Allah!!cepatnya dia buat kerja ni!!!Dari surau Jusco Midvalley ke surau Sogo!! Tetapi saya tetap bersyukur alhamdulillah kerana dalam masa tidak kurang 24jam beg tangan saya sudah ditemui. Saya minta wanita yg menemui beg tgn saya itu (cleaner) utk serahkan kpd pihak sekuriti. Saya bercakap dengannya sambil dia berjalan ke pihak sekuriti. Malangnya pihak sekuriti tidak mahu bertanggungjawab ke atas penemuan beg tangan saya. terus itu, saya meminta dia serahkan kepada kaunter khidmat pelanggan. akhirnya beg tangan saya selamat disimpan di kaunter tersebut. saya mengucapkan berbanyak terima kasih kpd cleaner tersebut. saya tau ramai yg akan beranggapan bahawa kemungkinan juga cleaner itu terlibat dengan sindiket ini..

 

Tanpa berlengah lagi saya dan suami menuju ke SOGO. Staf di kaunter khidmat pelanggan SOGO ada memberitahu akan ditutup pada jam 10.00pm. Dengan rasa sedikit tenang saya menunggu utk tiba di sana. Bila tiba, saya bergegas ke kaunter tersebut utk mengambil semula hak peribadi saya…perkara pertama yg saya lakukan adalah mencari cincin perkahwinan kami berdua..walaupun saya tau harapan utk dapat semula cincin itu sangat tipis..luluh hati hanya tuhan saja yang tau..bergenang air mata ni dipujuk tenang oleh suami..kenangan yang baru usianya hampir 5 bulan tidak lagi disarungkan di jari manis saya..

 

Setelah diperiksa semua barang di dlm beg tangan saya, kos kerugian lebih kurang rm6k..tak mengapalah, walau berat hati nak terima semuanya, saya tetap redha dengan apa yang telah berlaku pada saya. mungkin ada hikmah disebalik kejadian ini..saya pulang ke rumah sambil hati tertanya2 mengapa tuhan saya menduga saya..langkah terbaik yang saya lakukan ialah muhasabah diri. bila diimbau kembali dengan apa yg telah terjadi saya mulai sedar Allah sedang mengingatkan saya..abh juga selalu berpesan, beringat sebelum terkena..tetapi sayajuga manusia biasa..selalu ambil mudah dan tidak pandang enteng dgn sekeliling kita.

 

Kesimpulannya, banyak perkara yg mula saya terfikir disebalik apa yg tersurat dan tersirat dalam kejadian yg menimpa saya ini:

  1. Taatlah pada suami. (jika apa yg suami fikirkan terbaik utk kita, itulah yg perlu diikuti..hurm..kalau saya ikut ckp suami spy solat disurau Garden, mungkin perkara ini dpt dielakkan..)
  2. Jangan selalu beranggapan baik terhadap seseorang (orang jahat biasanya akal dia panjang nak menipu kita. Banyak orang muka nampak baik, tapi hati hitam. Silap saya sbb ingat orang ke surau hanya dengan satu tujuan utk menunaikan yg wajib. tapi ada juga yg lahanat!!)
  3. Tajamkan ingatan terhadap “figure”. (Saya ni background art student. sangat lemah dengan hafalan nombor. so, lepas ni kena kreatif sikit nak create password ke i.d ke..jangan sebab nak senang ingat je ambil langkah yg plg mudah..)
  4. Pemantauan pihak berkuasa. (memandangkan pihak polis dah kerap mendapat aduan tentang kes kecurian di surau ni, apa kata buat sesuatu yg boleh banteras/kurangkan kejadian ini. sbg cth: surau di Sunway Piramid, kdg2 pihak sekuriti turut membuat kawalan di dalam surau..)
  5. Kesedaran pihak bertanggungjawab. (Saya sedia maklum yg mereka ini golongan yg berorientasikan bisnes. Tapi apa kata pertingkatkan kesedaran CSR a.ka. Tanggungjawab Sosial Korporat. Laburkan lah sedikit keuntungan untuk perbanyak / perbesarkan surau di pusat beli-belah demi keselesaan pelanggan).
  6. Kesedaran kendiri. (Jangan lah buat beg tangan seperti beg doraemon, segala bagai nak letak terutama brg2 yg berharga nilainya..kunci keta, kunci umah, jam, barang kemas etc..kalau rasa nak solat or kench2 or bery pun, janganla tanggal semua,..lepas ambil wuduk pakai terus brg2 tu)

Akhir kata, seribu kemaafan saya pohon bagi semua kawan2 yang terlibat sama ada secara langsung atau pun tidak. Maaf kerana menggusarkan hati kalian..untuk makluman saya sudah semak transaksi di dalam akaun saya. Alhamdulillah..selicik2 penyangak keparat tu, dia gagal mendapat kepercayaan daripada rakan2 yg terlibat. Saya tau kawan2 lebih kenal siapa saya sebenarnya..

 

Untuk makluman semua, saya tidak menggunakan no telefon itu lagi. walaupun boleh kekal dgn no telefon lama, tapi rasanya masih trauma dgn segala apa yg berkaitan dgn kejadian ini. Pohon jasa baik kawan2 saya bermula dari sahabat2 di SKPB, SMKSP, SMTMS, UUM, ETIQA, MAHSA, BPPA KPM, LPKP JPM, PTD 3/2009, SAUDARA MARA dan semua yg rasanya ada no. telefon saya..sudilah kiranya kawan2 menghantar no.telefon masing2 melalui mesej di FB ini.

 

Tujuan saya berkongsi cerita ini bukan untuk tujuan mengaibkan diri, tetapi sekadar untuk saling mengingati.

 

Sekian, wassalam.

3 responses »

  1. Hi. Thanks for sharing. Peoples are greedy of money. I kena curi beg also in jusco last night. Beg kena toreh… ! Its just unbelievable…still its happen.

    good Luck to u

    ss

  2. sis…its happen to me too..las day at 2nd floor surau jusco mid. total lost lbh kurg 2k…handbag tu jer rm700…mmg terkilan coz my digital cmra sume dlm bag tu.. after amik wuduk ade lg…pas bg salam hilang da..tgk cctv..ade pompuan pki tudung purple and blaus putih carry my bag..tp bila chck bila die msk..mmg tk nmpk..mybe die pki baju lain..n salin baju lain bila kuar. hurmmm~ mlm td tk leh tido..kne mara dgn ayh n abg sbb tlalu careless…selalu nyer if dgn kwn2 gilir2 jaga..tp smlm sorg2..so i assume nothg hppen la..lg pon nk ltk dpn mmg sempit nk solat.. ltk sblh cmtu pon hlg jgk =(

  3. As salam..sis, same thing happened to me petang td…pencuri tu mmg kuar ajar!!!!!kat dalam surau pun buat mcm tu!!! saya nk solat zohor kt surau tepi jusco market..lepas je ambil wudhu, tgok2 bag dah xde kat sebelah..dah la baru je withdraw duit quite a lot..mmg x guna pencuri ni..kalau jmpe, mmg nk tampar cukup2..harap Allah bagi balasan terus kt dia..celaka sungguh

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s