Terlepas pandang

Standard

Bajet 2011 ade tak peruntukan khas untuk Kementerian Luar Negeri (KLN)? Rase macam takde jek… Sekarang lebih banyak ditumpukan kepada pembangunan luar bandar. Bagus la macamtu. Kawasan luar bandar memang patut diberi perhatian untuk lebih dibangunkan. Tapi jangan sampai terlupa terus tentang mereka yang diluar negeri macam kami ni…Jangan salah faham ye, bukan nk mintak naikkan elaun suami saye kat sini, Alhamdulillah cukup dah ape yang diperuntukkan selama ni untuk kami…Terima kasih…

Ape yang saye nak bebelkan ialah tentang peruntukkan untuk Kedutaan Malaysia di seluruh dunia amnya dan di Sudan ini khasnya. Bukan ape, Sudan ni ialah hardship post, negara bergolak pulak… pada pendapat saya, soal keselamatan kami di sini patut diutamakan. Keselamatan perlu dititkberatkan secara menyeluruh. Dari segi keselamatan pegawai kedutaan, kediaman, bangunan pejabat kedutaan dan kereta-kereta rasmi keduataan. Contohnya US Embassy, kereta mereka semuanya bullet-proof. SEMUA ok.. Dengan tayar-tayar sekali bullet-proof. Kereta diorang bukan sebijik dua, banyakkk..US embassy antara embassy yang terbesar kat Sudan ni. Memang patutla bullet-proof kan, sini rasenye sape-sape pun boleh ade pistol. Masa driving tersilap sikit, hampir-hampir nak accident ngn orang local (hampir-hampir je, belum langgar pun) walaupun da mintak maaf  die dah ugut-ugut nak tembak, berlagak tunjuk ade pistol kat pinggang. (ini kes benar ok). So perlukan kereta bullet-proof dan bodyguards?

Ok fine, ramai yang kate, “ape la pompuan ni, jangan lah compare dengan US…US negara maju, Malaysia belum lagi..tak fair la nak compare…” Ok la..kite compare dengan Indonesia jela.. Indonesia kene tsunami lagi baru-baru ni kan? Kalau nak tau Indonesian Embassy, Pak DuBes (Duta Besar) nya itu ade kereta rasmi, seorang secretary yang mengikut dia meeting kemana-mana, driver dan seorang bodyguard. Wife die pulak ade kereta rasmi, driver dan bodyguard. Sebaliknya kita, cuma ade kereta rasmi dan driver je. Driver tu office hours je. Lepas office hours Ambassador drive sendiri je. Secretary takde. Ade seorang PA yang hanya di pejabat. Meeting die pergi sorang je. Bodyguard takde. Wife die takde ape-ape. Drive sendiri dan kereta pun beli sendiri. Kediaman rasmi (Residence) takde guard, cume ade sorang orang suruhan milik tuan rumah sebenarnya tapi boleh la disuruh-suruh buat ape yang patut. Takde maid, takde tukang kebun. Sewa rumah dah la mahal USD 10,000 sebulan. Bukan ambassador kite tu sengaja nak duduk rumah mahal-mahal…tapi itu lah yang terbaik..yang decent untuk buat function embassy. Sini sewa rumah memang melampau. Maklumlah, sini ramai foreigner…local people fikir foreigner semua kaya sebab bergaji dollar…foreigner lain memang kaya kami je tak kaya…

Bangunan embassy pun dah uzur sangat. Paling teruk toilet la..nak masuk memang tak lalu. Walaupun hari-hari dibersihkan, tapi keuzurannya tu membuatkan kita tak selesa nak berurusan.

Indonesia buat sambutan Hari Merdeka mereka kat Hotel Rotana. 5 stars hotel. Kite tak de sambutan dah 2 tahun dah. Sebab takde peruntukan.  Malu nak cakap takde duit kalau orang dari embassy lain tanye. So jawabla, bulan puasa 31 Ogos tu, sebab tu takde sambutan.

Kedutaan ni bagi pendapat saya adalah mencerminkan imej Malaysia kepada negara-negara lain. Makanya pride haruslah dijaga. Dengan kedaan yang macamtu, tak boleh la nak salahkan local staff kat embassy tu yang tak percaya kalau ditunjukkan gambar-gambar Kuala Lumpur. Mereka kata kami tipu…itu bukan KL, itu Dubai!!!

 

2 responses »

  1. cakap kat diorang tu KL voguess amat hokey…kalau tunjuk gambaq putrajaya mesti diorang pengsan…hahaha…

    but as for the embassy…ntah ler apesal embassy di sudan itu camtu…sebab yang embassy kat most of the other country aku tengok voguesss ajer…tapi tak tau le dalam camna kan…sebab tak pernah masuk…hehehe…

    • malas aku nak ckp byk ngn sudan ni..diorang ttp bangga dgn negara diorang ni…

      ko pg tu embassy negara maju kot..sudan ni tak byk pilihan.kalo nk yg cantek ade, tp melampau-lampau plak mahalnye.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s