10 Awal Zulhijjah

Standard

Diam tak diam kita dah pun masuk ke bulan terakhir dalam kalendar Islam.. Bulan Zulhijjah. Saya pun baru tersedar yang hari ni rupa-rupanya dah 2 Zulhijjah.

Pada sesi Halaqah 2 minggu lepas, ustazah Siti ada menerangkan tentang amalan-amalan sunat yang elok diamalkan di awal 10 Zulhijjah. Kerana Bulan Zulhijjah, khususnya sepuluh hari awalnya adalah merupakan peluang kedua selepas Ramadhan untuk umat Islam mendapatkan gandaan keredhaan, keampunan dan pahala amalan.

Rasulullah SAW bersabda, sepertimana yang diriwayatkan oleh Imam Al-Bukhari yang bermaksud;

Mafhum Hadis: Tidak ada hari yang mana amalan soleh yang dibuat padanya lebih disukai oleh Allah daripada hari-hari yang sepuluh ini. Sahabat bertanya : walaupun jihad di jalan Allah? Jawab Nabi; walaupun jihad di jalan Allah kecuali seorang yang keluar dengan jiwa raga dan hartanya dan tidak membawa pulang apa-apa pun (kerana habis disumbangkan untuk memenangkan agama Allah dan mereka mati di medan).

Maksud hadis ini ialah jihad pun tidak dapat menandingi pahala amalan soleh yang dibuat pada 10 hari ini, melainkan mati syahid sahaja yang mampu menandingi pahalanya.

Ia juga disebut oleh Nabi S.A.W dalam hadith lain :
“Tiada hari-hari yang lebih disukai oleh Allah S.W.T untuk hambanya memperbanyakkan amalan dari sepuluh hari ini” (Riwayat Al-Bukhari).

Manakala amalan-amalan yang digalakkan sepanjang sepuluh awal Zulhijjah yang amat besar pahalanya ini antaranya :-


a) Zikir : Iaitu dengan memperbanyakkan zikir Subhanallah,  Alhamdulillah, La ilaha Illa Allah dan Allahu Akbar. Ia bersumber dari hadith riwayat At-Tabrani yang diakui sohih oleh Imam Al-Munziri. Allah S.W.T juga menyebut yang ertinya : “Supaya mereka menyaksikan berbagai perkara yang mendatangkan faedah kepada mereka serta memperingati dan menyebut nama Allah, pada hari-hari yang tertentu..” (Al-Hajj : 28). In Abbas r.a mentafsirkan erti ‘hari-hari tertentu’ adalah sepuluh hari Zulhijjah ini dan inilah pendapat majoriti ulama jua.
berpuasa

b) Berpuasa : Amat digalakkan berpuasa pada satu hingga sembilan Zulhijjah bagi orang yang tidak menunaikan Haji. Hari Arafah (9 Zulhijjah ) pula adalah hari yang terbaik untuk berpuasa. Nabi S.A.W bersabda tentang kelebihan hari Arafah “Tiada hari yang lebih banyak Allah membebaskan hambanya lebih dari hari Arafah” (Riwayat Muslim). Nabi S.A.W juga bila ditanya tentang kelebihan berpuasa pada hari Arafah ini menjawab, ia menghapuskan dosa yang lalu dan tahun kemudiannya.

bersedekah

membaca Al Quran

solat sunat

c) Melakukan lain-lain amalan seperti bersedekah, membaca al-Quran, solat sunat dan lain-lain. Ia semuanya termasuk di dalam umum hadith yang menunjukkan ianya amat disukai oleh Allah S.W.T.

bertaubat

d) Menjauhi maksiat dan masa terbaik untuk memulakan taubat bagi sesiapa yang masih berfikir-fikir dan menangguhnya. Amat bertentanglah jika umat Islam bersukaria dengan melampaui batas haram di hari yang amat agung di sisi Allah S.W.T ini. Bertaubatlah dengan sebenar-benar taubat dan sedarilah bahawa hidup ini sementara dan seluruh keseronokannya adalah tipu daya semata-mata.

bertakbir

e) Bertakbir : Ibn Abi Shaibah menyebut bahawa Imam`Ali KWH menunjukkan bahawa permulaan takbir bermula sejurus selepas solat Subuh hari Arafah sehingga hujung waktu ‘Asar hari ketiga Tashriq.

berkorban

f)  Berkorban : Allah S.W.T berfirman : ertinya : “dan berdoalah dan berkorban”. Allah S.W.T juga menyebut :

وَمَنْ يُعَظِّمْ شَعَائِرَ اللَّهِ فَإِنَّهَا مِنْ تَقْوَى الْقُلُوب

Ertinya : “Sesiapa yang membesarkan syiar Allah (berkorban) malah ia adalah dari tanda ketaqwaan hati” (Al-Hajj : 32)

Selamat Beramal!

Bacaan lanjut sila rujuk Laman Web Rasmi Dewan Perwakilan Mahasiswa Tanta

4 responses »

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s