Ayam Goreng Celup Tepung

Standard

Semalam saya chatting dengan seorang kawan di FB tibe-tibe die cerita pasal nasi kandar. Automatik mengidam nak makan nasi kandar! Mengada-ngada tau tekak ni, padahal kalau kat Malaysia kau mencebik-cebik kalau orang ajak lunch kat mamak kan??? Tibe kat sini pulak kau teringin nak makan nasi kandar yang memang takde jual kat kedai. Pastu saye terfikir nasi kandar tu nasi putih pun ok walaupun saya prefer nasi beriyani kalau makan kat Penang tu. Saya makan nasi kandar kalau pergi Penang je…baru la original…same gak nasi kerabu, saya hanya makan bile balik Kelantan je. Sebab saya rasa bile makan kat negeri asal baru betul-betul sedap =). Biasanya lauk nasi kandar yang wajib ade bagi saya ialah telur. Pastu ayam. Telur dan ayam tu tak kisah la masak ape pun janji ade dua lauk ni. Pastu kuah pun wajib ade.

So, saya pun terfikir la nak masak nasi kandar versi murah punye kan..agak-agak dalam RM 2.50 je sepinggan. So saya masak kari telur dengan bendi dan tomato. Pastu nak goreng ayam, tapi terasa taknak goreng kunyit biasa-biasa so saya google cari resepi ayam goreng celup tepung. Terjumpa la kat My Resepi senang je rupenya… rasenya macam ala-ala KFC gitu…dapat la jugak melepaskan gian nak makan KFC…sini kan takde KFC…so ape lagi, semalam dapat la saya makan nasi kandar murah… Nasi putih, kari telur, ayam goreng. Air pulak sebab nak feeling-feeling makan kat kedai mamak, saya buat teh o ais limau! ahaks!

Sini macam biasa la, saya tepek resepi yang saya cilok dari My Resepi semalam. Selamat mencuba!

AYAM GORENG CELUP TEPUNG

dimakan bersama sos cili cap 'life' untuk mendapatkan feeling makan ayam KFC

BAHAN-BAHAN:

3 ketul ayam
1/2 sudu kecil sebuk kunyit
garam
lada sulah
serbuk lada hitam
tepung gandum
1 biji telur- pukul sedikit
minyak untuk menggoreng

CARA-CARA:

1. Masukkan ayam, tepung, kunyit, garam, lada hitam, lada sulah dalam sebuah bekas. Gaul sehingga rata dan perap selama 10 minit.

2.Celupkan ayam dalam telur dan kemudian golekkan ayam ke dalam tepung tadi.

3. Panaskan minyak dan goreng sehingga garing.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s