Aidiladha 2010

Standard

Salam Aidiladha semua…maaf la baru sekarang terasa nak update. Bukan ape, lately rasa bosan dan malas tu makin menjadi-jadi pulak…maafkan la ye… panjang sangat kalau nak cerita satu persatu pasal raya haji di sini, kite layankan je la gambar-gambar kat bawah ni, ok??? jom…cekidout!

sembahyang raya di padang petronas tapi kami tak sempat, sampai-sampai orang dah habis sembahyang, imam tgh baca khutbah. Lupe pulak hari raya haji sembahyang awal sebab ade korban lepas tu.

kaum lelaki beratur nak ambil makanan lepas sembahyang raya di kompleks petronas

giliran orang perempuan plak beratur ambil makanan, biasa la bab makan mmg muke ni yang beratur depan sekali! ;p

eh..eh..terjumpe sedara plak kat sini, Pak Ngah Bob.

Tuan Ambassador (jubah putih) berbincang dengan wakil AMAL Malaysia Foundation. Mereka datang dari Malaysia untuk menyampaikan sumbangan daging kurban kepada fakir miskin di Sudan.

Fadli, anak Tn Ambassador menangkap kharouf untuk dikorbankan. Bukan main excited lagi budak ni tangkap kharouf2 siap dipeluk2nye!

ini macam punye style pun ade.

Students Malaysia jadi tukang sembelih.

selamat dikorbankan, 70 kharouf dan 4 or 5 lembu.

Hari raya kedua: makan-makan di rumah saya. Kami hanya jemput students dan warga embassy saje. Tak ramai, dalam 30 orang je. Saye masak nasi ayam dan meehun goreng and fruit cocktail. Pastu Renie datang bawak roti jala dan puan Taha bawa dessert agar-agar peach.Tau-tau je penuh 2 meja!

Masa memasak makanan untuk jamuan ni banyak betul dugaan. Mula-mula time my husband keluar pergi kedai beli ais dan buah, boleh pulak habis gas. Tong gas spare memang ade kat rumah tapi saye tak reti pulak nak tukar. Lain sikit caranya dari yang kat Malaysia. Nasib baik la kedai tu dekat je dengan rumah. Saya call my husband suruh balik cepat sikit.

Jamuan tu saya bajet mula pukul 1. Makan tengahari kan. Dah la saya ni kalut takut tak sempat, boleh pulak dalam pukul 12 lebih tu rumah ni blackout. Pastu generator pulak problem. Nasik dah masak tapi saya ingat nak masak sikit lagi standby takut tak cukup. Dah tak de letrik nak masak macamane kan? Tawakal je la. Nasib baik la cukup nasik yang ade tu. Alhamdulillah.

Saye memang panic kalau nak buat makan-makan ni. Selalu takut makanan tak cukup la, takut tak jadi la masakan tu dan paling takut ialah tak sempat. Mane la tau kot-kot hari tu saya terbangun lambat, pastu tak sempat nak masak. Tibe-tibe je tetamu dah sampai, kite ni kat dapur selekeh-selekeh lagi kan… Seram betul… sepanjang minggu tu saya nervous nak tunggu hari kejadian ni. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar pada hari tu. Elok-elok pukul 1 electric pun ade balik.

students perempuan dan Puan Taha

sebahagian students lelaki dan warga embassy yang hadir. students datang berperingkat-peringkat.

Itu je la kisah raya aidiladha kami di sini…nothing much…biasa je .Sekarang, telah kembali kepada rutin biasa. Tapi local people masih beraya. Local staff kat embassy masih bercuti.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s