Pemandangan luar rumah

Standard

Atas permintaan, ade orang nak tengok pemandangan luar rumah. Saya pun baru perasan yang saya tak pernah letak gambar luar rumah kt sini.

sape kate sudan takde pemandangan hijau??? ade la sekangkang kera. Ni laman depan rumah, kecik je sebenarnye.

tiang tinggi tu kawasan balcony tingkat atas. Tak pernah dapat lepak2 kat situ sebab penuh ngn taik burung.

Rumah ni 3 tingkat. Tapi kami hanya sewa 1 floor sahaja. Tingkat atas sekali. Nak masuk rumah bukan main azab kene naik tangga pusing-pusing. Bayangkan betapa gagahnye my husband kalau kene angkut tong air water dispenser tu naik tingkat 3? Tong gas pun pernah u ollssss!!

inilah tangga yang dimaksudkan.

Saye pun sekali sekala akan merasa naik tangga ni dgn bag2 baju balik dari bercuti mane-mane. Yela kalo da sampai 4 beg, kene la bahagi sorang 2 bawa naik atas. Bayangkan mcmane masa kontena barang sampai, packers tu angkat dekat 100 kotak ikut tangga ni. Azab u ollsss…dah la bulan puasa.

fokuskan pandangan anda pada pintu hitam kat bawah tu. Itu adalah main gate.

Kecik je pintu tu. Muat-muat sebijik kereta je. Nak masuk kereta kene reverse pelan-pelan. Kebanyakkan rumah kat sini memang macamni. Rumah sebesar-besar alam pun tapi gate tetap kecik. Tak faham aku ape motifnye diorang ni. Dari sini je da terserlah tahap kesengalan kan?

Ahmad yang baju putih tu.

Ahmad dan keluarganya adalah penjaga pintu. Tuan rumah punye dia ni. Mereka ni tinggal kat tingkat bawah rumah ni. Tapi bukan dalam rumah tuan rumah. Mereka tinggal kat luar rumah. Macam dalam gambar tu, kire die tengah melepak di area rumah dia la tu. Malam-malam pun tidur kat luar tu. Dapur, toilet ade kat bahagian belakang rumah. Mula-mula saya tengok bahagian belakang rumah tu terkejut tengok ade dapur gas, meja makan, peti ais, katil. Kawsan tu sebenarnye bahagian belakan rumah tuan rumah. Tapi dijadikan rumah Ahmad dengan dibuat bumbung sampai ke tembok pagar rumah. Err.. faham tak ni??? Takpe la nanti kalau ade peluang snap gambar tempat tu saye tepek kat sini. Ahmad sekeluarga ni la jiran terdekat kami. Tapi disebabkan langguage barrier, kami tak dapat nak bersembang mesra. Kalau tak, tentu saye ade teman bergossip. Ini  kalau terjumpe je asik-asik ‘Assalamualaikum’, ‘khulu tamam?’Pastu kalau die tolong bukak dan tutup pintu, ‘syukran ya, Ahmad!

Ok jom tengok ape ade kat sebelah  rumah pulak.

sebuah stesen radio

Bangunan sebelah kanan rumah ni ialah sebuah stesen radio. It used to be a hospital and it belongs to my landlord. I did mention in my previous entry about my landlord’s family, rite? All of them are doctors!Tapi sekarang semua pun da tak tinggal kat Sudan kecuali yang bongsu. Dia tinggal kat rumah family mertua die. So hospital tu ditutup dan bangunan tu disewakan dan jadi stesen radio sekarang ni. Sebelah kiri rumah pulak ialah rumah jiran. Kerja engineer katenye. Kiranye kawasan kami menyewa ni kawasan elite la kat Khartoum ni. Rumah orang kaya-kaya sini. Sewa pun mahal, USD 2,900 sebulan u olllsss! Padahal sewa 1 floor je kan. Bayangkan kalau kat KL dengan sewa semahal tu, mesti area sebelah KLCC. Kirenye kawasan rumah saya ni ala-ala Jalan Ampang pun iye gak sebab ade beberapa pejabat keduataan dekat-dekat dengan rumah ni. Paling dekat ialah Keduataan Pakistan. Pastu ade Kedutaan China dan Qatar. Tapiiiii..tunggu jap saye tunjuk gambar kawasan elite ni lagi nanti, ye.

Ok, jom tinjau pemandangan belakang rumah pulak. Gambar ni diambil dari dapur rumah saye.

 

view from my kitchen.'breath taking' kan??? ;p

Bangunan paling dekat dan paling tinggi itu adalah sebuah apartment. Tak pasti pulak berapa tingkat, luas sebuah unit dan sewa bulanannye. Saya tak sempat buat survey lagi

Jom kite turun bawah, jalan-jalan kat luar rumah pulak.

inilah dia..inilah dia main gate tadi tu!kecik dan rendah.

Ngam-ngam muat-muat je Pajero office tu reverse masuk parking.

rumah kami nun..kat atas sane.

Palang-palang besi tu jadi port burung merpati bertenggek. Tu yang banyak taik burung situ. Kalau la ade bumbung kan best, boleh buat barbeque, tak pun time-time winter macam sekarang ni boleh saye bersantai duduk kat balcony sambil minum hot chocolate dan baca novel.*sigh* Ni pulak pemandangan dari sebelah kanan main gate.

Elite tak? tanah merah lagi tau...

 

See.. ni kalau hujan sikit air bertakung. Banjir. Mane ade longkang segala. Nasib baik la jarang hujan. Yang dalam pagar hitam tu ialah generator set. Lupe plak nak snap gambar. Kat sini setiap bangunan ade generator set sebab selalu blackout. Kalau blackout je, Ahmad akan ‘on’ generator tu. Kadang-kadang Ahmad kalau die melepak kat depan tu dia memang tak sedar blackout. So saya atau my husband akan jerit dari balcony atas, “Assalamualaikum ya Ahmad, karoba mafi (Assalamualaikum wahai Ahmad, elektrik takde). We all da pandai cakap arab uollsss.. Sebaris ayat tu mmg wajib dihafal sebab Ahmad tak tau English. Bangunan batu-bata yang anda nampak tu tuan rumah punye gak. Dengar cerita disewakan kepada orang United Nations. Sebagai ape saya tak pasti pulak.

sebelah kiri gate

Depan rumah ni ade sebidang tanah kosong kepunyaan tuan rumah gak. Kayo tuan rumah ni. Sane-sini sewakan bangunan, rumah kat orang. Tenants  foreigners belaka. Lastly, ni pemandangan depan rumah.

 

rumah jiran. Bosar kan?

Inilah sedikit pemandangan Bandaraya Khartoum, capital city of  Sudan. Agak-agak korang la, best ke saye ni duk obersi sekarang ni??? Walau apa pun, saya tetap bersyukur ade pengalaman tinggal kat negara macamni. Baru la insaf dan sedar diri. Mahal pengalaman ni. Bukan semua orang dapat peluang macam kami. Kepada kawan-kawan, jemput la datang rumah kami, eh. ;p

3 responses »

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s