Hari Asyura

Standard

Salam

Hari Asyura ialah 10 Muharram. Sebelum ini, pada pemahaman saya Hari Asyura ialah hari bahtera Nabi Noh selamat berlabuh di Bukit Judi, maka sebagai tanda kesyukuran, Nabi Noh mengajak umatnya berpuasa. Dan sebagai hidangan berbuka puasa mereka memasak bubur dengan menggunakan segala bahan memasak yang ada di atas bahtera tersebut. Bubur itu la ‘bubur Asyura’. Saya ingat lagi masa kecik-kecik dulu orang kampung akan masak bubur asyura secara bergotong royong di masjid. Orang kampung akan bawa sorang sikit bahan memasak seperti pisang, jagung, kelapa, nangka dll untuk dimasak menjadi bubur asyura. Pastu malam ade ceramah agama dan makan bubur di masjid. Lain tempat lain cara memasak bubur itu saya rasa. Sebab saya pernah rasa bubur asyura dari Melaka dan Negeri Sembilan. Melaka punye bubur ialah bubur nasi ada daging dan sayur-sayuran. Negeri Sembilan punye bubur manis macam bubur kacang hijau/merah tu tapi ade jagung, keledek, pisang, nangka. ikutla orang kampung bawa ape pegi masjid.

Lately bila saya google pasal hari Asyura, macam-macam maklumat baru saya jumpa. Tapi saya tak dapat memastikan kesahihan maklumat tersebut buat masa ni. Tunggu nanti lepas balik kelas halaqah hari Rabu ni saya akan tanye ustazah. InsyaAllah. Kalau ada pembaca yang lebih tahu pasal hari Asyura ni kongsi la dengan saya.

Hasil dari pembacaan saya, hari Asyura ni bukan hanya peristiwa kapal Nabi Noh je, banyak lagi peristiwa lain yang berlaku pada hari tersebut. Antaranya yang ditulis ialah Nabi Adam bertaubat kepada Allah, Nabi Yunus selamat keluar dai perut ikan yu, Nabi Ibrahim diselamatkan dari dibakar oleh Raja Namrud dan macam-macam lagi. (sumber: www.ashtech.com.my)

Kemudian, tentang amalan-amalan sunat yang digalakkan dilakukan pada hari ini pun ade banyak. Puasa, sedekah, menyapu/mengusap kepala anak yatim, melapangkan masa/ belanja anak isteri dan banyak lagi. (sumber:www.ashtech.com.my). Tapi yang paling popular saya jumpa ialah amalan berpuasa sunat. (sumber: jomfaham.blogspot.com dan rumaysho.com ). Bila click link lain pulak saya jumpa ayat macamni:

Sedangkan amal lainnya –selain puasa dan meluaskan belanja- sebagaimana
disebutkan oleh An-Nawawi, adalah amal yang dasar hukumnya lemah.

(sumber: arroyyan.com)

Tapi pada pendapat peribadi saya, selagi amalan-amalan lain yang dianjurkan tu tidak bertentangan dengan ajaran Islam, ape salahnye kita amalkan. Ye tak?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s