Rumah di Malaysia

Standard

Jahat tau semalam wordpress suspend blog ni. System error katenye. Tapi tuduhan-tuduhan kau sebelum aku contact kau tu bukan main kasar lagi ye. Nasib baik cepat kau take action to fix the problem.

Ok, sebenarnye nak cerita pasal rumah yang kami beli kat Malaysia. Kat Taman Suria Tropika.  Sebelah MAHA tu.  Saya suke sangat sebab dekat dengan Putrajaya. Itu adalah salah satu sebab kami beli. Setelah puas survey, itulah satu-satunye rumah yang dekat dengan putrajaya dan harga RM 300,00 dengan keluasan munasabah (22×70). Perkembangan terkini, insyaAllah siap bulan 2 2011 dan mungkin dapat kunci bulan 3 2011. Alhamdulillah.

Fasa 1 dah siap dan dah diduduki. Rumah kami Fasa 2. Tapi kesian kat diorang yang dah masuk rumah Fasa 1 tu. Kejadian pecah rumah semakin menjadi-jadi sekarang ni. Maklumla kawasan perumahan baru.

Kawasan tu majoriti Melayu dan kerja gomen. Cepat betul diorang menubuhkan Persatuan Penduduk. Termasuk lah pembeli Fasa 2 pun dah join persatuan. FB Taman Suria Tropika pun dah ade. Masing-masing sibuk memikirkan cara-cara menangani kes pecah rumah. Macam-macam idea saya baca kat Fb tu.

Saya dah excited nak balik Malaysia bile rumah siap nanti. Tak sabar nak renovate, nak beli perabot. Kami plan nak siapkan cepat-cepat lepas dapat kunci nanti supaya bile-bile balik Malaysia lepas ni dah ade rumah sendiri. Tapi kalau da berleluasa pecah rumah memang sengaja cari pasal la kan nak beli perabot siap-siap pastu tinggal. Ade Fasa 3 lagi tengah develop. Bukan la nak menuduh pekerja-pekerja tu yang buat, tapi…

My husband pulak da tak berapa excited pasal rumah tu. Apsal ntah. Ade la cakap-cakap nak jual la… nak cari rumah lain la.. haih…entah la.. sebab kami kt sini lame gak lagi kan, kalo jual lepas dapat kunci dan terus ade buyer mmg sempat sgt nak cari rumah lain. Nak cari buyer rasenye tak de masalah untuk kawasan tu. Highly demand area tu. Especially bagi yang keje Putrajaya. Tapi nak cari rumah lain tu pulak yg akan jadi masalahnye. Area mane? Jiran-jiran ok ke? Harga?? Luas rumah? Penatnye nak go through all over again untuk cari rumah lain. Harap-harap die cakap-cakap kosong je. Mudah-mudahan bile da dapat kunci, da tengok rumah tu die tak fikir nak jual.

Rumah contoh. Kami punye intermediate.

2 responses »

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s