Daging Padprik

Standard

Entry ni rentetan dari keadaan perut yang masih belum ok. Kene la masak awal untuk diri sendiri lunch. Macam biasa selalu je takde idea nak masak ape. Lompat-lompat la ke blog masakan mencari resepi yang ringkas dan sedap. Blog masakan Mat Gebu jugak yang menjadi pilihan. Terjumpa resepi Daging Padprik. Ade gune pes tom yam. Memang sesuai sebab pes tom yam setin besar yang ade tu perlu dihabiskan cepat dalam tempoh 2 bulan dari tarikh tin tu dibuka. Takkan nak masak tom yam hari-hari lak kan? Tengok bahan-bahan lain pun ade so mula la projek memasak!

Nah amik resepi. Resepi asal boleh refer kat blog Mat Gebu.

DAGING PADPRIK

BAHAN-BAHANNYA :
300 gram daging batang pinang
kobis bunga
1 biji cili merah
1 biji bawang besar, di hiris

BAHAN-BAHAN SOS :
1 camca besar pes tomyam
1 camca besar kicap pekat
5 camca besar sos cili
3 camca besar sos tiram
5 helai daun limau purut (tak letak sebab takde)
1 batang serai, dititik
3 ulas bawang putih, dititik
Beberapa biji cili padi, dititk
1/2 cawan air

CARA MEMBUATNYA :

  1. Panaskan minyak, tumis bawang putih dan serai hingga harum, masukkan daging dan kacau rata, tuang air. Tambah sos cili, sos tiram dan pes tomyam. Biar mendidih hingga daging empuk.
  2. Masukkan kobis bunga, cili padi, daun limau purut, bawang besar. kacau rata dan masak sekejap.
  3. Rasa dan jika kurang masin, tambah kicap cair secukupnya, kacau dan boleh angkat. Hidangkan segera bersama nasi hangat.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s