RCW, Malaysian WAG?

Standard

Sempena kejayaan pasukan Harimau Malaya membawa balik Piala Suzuki AFF 2010, saya pun nak tulis pasal bola gak lah. Walaupun saya ni boleh la dikatakan tak tahu pasal bola. First of all tahniah kepada kedua-dua pasukan, Malaysia dan Indonesia kerana berjaya mempersembahkan corak permainan yang baik dalam perlawanan akhir tadi. 1st half  pasukan Malaysia diakui agak lemau. Dah la tak menyerang, bertahan pun harapkan keeper je. Nasib baik keeper mantap. Man of the match si keeper Khairul Fahmi nih. Aksi paling cemerlang masa keeper berjaya gagalkan tendangan penalti Firman pada minit ke-18. Tapi sekali Malaysia attack terus goal! Cayalah Safee Sali, sorang-sorang die je rembat terus masuk. Memang layak kau dapat golden boot. Ok la team Indonesia menang kat tempat sendiri. Walaupun 2nd goal tu Malaysia tolong goal kan. Kasi chance la. Kagum gak tengok semangat pemain Indonesia yang bertubi-tubi menyerang. Penyokong diorang pun tak kalah. Kalau saye lah, team lawan dah leading jauh macam tu memang tak kuasa la nak pergi stadium kan…huhu..*itu kau!*—>mesti ade yang cakap macamtu kat saya kan?🙂 Ade nampak muke macam Manohara datang menyokong gak tadi. Ke memang die tadi? Pastu lawak tengok pemain Indonesia masa dapat score sebijik tu.Amboiiii.. bukan main girang lagi mereka..seolah-olah meraikan goal kemenangan. Padahal banyak lagi yang kau kene score. Yang penting itu piala Malaysia punya. Coach K Rajagopal memang terbaik, berjaya membimbing team Malaysia bermain dengan begitu baik sekali. Patut dipertimbangkan diberi gelaran Datuk. (sikit-sikit  datuk—>mata DATUK-an lah kau nih!*bermonolog sendiri*)Overall, game tadi menghiburkan. Mendebarkan pun iye gak.

Ok, cukup la komen pasal bola. Saya bukan tahu pun sebenarnye pasal bola ni. Maaf la kalau ade yang tersalah iye. Sebenarnya nak cerita pasal WAGS. Tadi masa tengah nak cari website streaming game tadi terjumpa satu post cerita pasal Malaysian WAG. Mula-mula saya ingakan mesti Rita Rudaini atau Ayu Raudah, tapi tetttt..salah. Rozita Che Wan (RCW) rupanye. Dikatakan berdating dengan salah seorang pemain Malaysia dalam game tadi iaitu Asrarudin Putra Omar.

Tak tau la sejauh mana kebenarannya. Nak komen lebih-lebih kang takut jadi fitnah pulak. Lagipun cerita kat post tu macam tak kuat sangat nak menyokong dakwaan tu. Katenya gossip ni mula tercetus bila RCW dilihat menonton perlawanan antara Malaysia-MU dimana Asrarudin ade bermain. RCW menafikan, dia kata dia pergi sebab anak die minat MU. Logik gak kan? Boleh baca lebih detail tentang gossip ni di soccer-xtreme. blogspot.com. Tapi mengarut sikit post ni sebabnya umur RCW dalam tu berubah-berubah dalam setiap perenggan. Mula-mula 32, pastu naik sikit 34, pastu bile citer profile RCW, tulis birthday tahun1973. Kalau 1973, 37 tahun la kan? Tu la malas nak percaya sangat cerita dia kat blog tu. Kira umur pun salah!

Well, apapun kenyataan sebenarnya ade aku kisah?! hahaha… biar la kalau betul pun kan. Pada saya takde salahnya mereka bercinta kalau dua-dua suka sama suka dan dua-duanya single. sebelum blog saya ni bertukar menjadi blog gossip artis saya rasa elok la saya stop di sini. Babai!

WAGs (or Wags) is an acronym used particularly by the British tabloid press to describe the wives and girlfriends of high-profile football players, originally the England national football team.

-Wikipedia-

p/s: picture credit to soccer-xtreme.blogspot.com

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s