Datang dan Pergi

Standard

Good bye 2010. Hello 2011. Bertambah umur setahun lagi. OMG! 3-series dah tahun ni. 2010 pergi bersama kenangan. Kenangan manis simpan elok-elok dalam hati. Kenangan pahit buang jauh-jauh. Tak perlu ingat-ingat lagi.

Hari terakhir 2010 ialah birthday mak saya. Sebab jauh, tak dapat nak celebrate or bagi hadiah. Saya hanya call dan wish happy birthday saje. Selain tu saya ade order cake untuk dia dari YULIE BAKES THE CAKE .

 

healthy cake for my mum. Carrot cake.

Semoga mak saya panjang umur, diberikan kesihatan yang baik. Mak perlu lebih sihat pada 2011 supaya dapat jaga cucu tahun ni. Yeay..insyaAllah mak saya akan terima cucu sulungnya tahun ni. Ehem…bukan dari saya tapi dari adik saya yang no 2. Alhamdulillah, setelah 4 tahun berkahwin akhirnya dia pregnant. Kami satu family happy sangat! Sekarang dah nak masuk 3 bulan kot. Ke dah 3 bulan. InsyaAllah due bulan 7. Kalau kami jadi balik raya tahun ni dapat la jumpa budak kecik tu. Harap-harap baby boy sebab kami semua perempuan. Hahaha..suke-suke hati je request macamtu. Tak kisah la boy or girl yang penting sihat dan sempurna. Confirm akan jadi cucu dan anak buah kesayangan nanti tu. Lama ni kami tunggu! Bila tau adik saya pregnant ni saya macam rasa lega sikit sebab saya yakin insyaAllah nanti ade rezeki saya pulak. Cepat dengan lambat je la.

New Year eve kami pergi rumah Kak Rozi. A Malaysian kahwin dengan British yang kerja di Sudan. Dia jemput datang, ade bbq. Rumah dia punya la jauh. MasyaAllah! Dekat 1 jam perjalanan. Tapi sangat berbaloi-baloi. Rumah dia cantik, sangat cozy. Design rumah macam rumah-rumah kat Bukit Jelutong. Makanan pun best. Rasa macam taknak balik pun ade. Huhuhu!

My first day of new year was wonderful. I managed to bangun subuh walaupun malam tu tidur lambat. Lepas solat sambung tidur. Sedar-sedar dah pukul 12 tengahari! hahaha… terlepas breakfast. Terus kelentang kelentung kat dapur masak nasi lemak sambal sardin. Kira lunch la tu kan. Lepas lunch online jap and the first news i read was about Faizal Yusuf meninggal. Innalillah. Sedihnya baca berita kematian pada hari pertama tahun baru! Takut pun ade. Dia muda lagi, tak de sakit ape-ape. Tibe-tibe je meninggal. Mari kita jadikan iktibar dan dorongan untuk menambah amalan dan menjadi insan yang lebih baik pada tahun ni.  Cerita lakonan dia Tiramisu hari-hari tayang kat TV 3. Macamana lah perasaan wife dia tengok suami yang dah takde kat TV tiap-tiap hari?!

Harapan saya 2011 akan bawa lebih banyak kebaikan kepada semua orang, Malaysia tanah air tercinta dan Sudan tempat cari makan. Walaupun tak suka duk Sudan tapi kene doakan yang baik-baik gak sebab sini tempat cari rezeki. Lagipun Sudan ni bumi tarbiyah. Banyak benda saya belajar dan akan belajar melalui kehidupan di sini.

Bila my husband tanya apa azam tahun baru saya, saya jawab saya nak elaun lebih tahun ni beserta bonus! Terus dia senyap. Hahaha… Azam macam tahun-tahun lepas, nak jadi manusia yang lebih baik. Selain dari tu, saya nak KURUS.

HAPPY NEW YEAR EVERYONE!

 

p/s: Lupe pulak, semalam, 1/1/2011 adalah hari kemerdekaan Sudan yang ke 55.

4 responses »

    • Merdeka dari penjajahan Mesir dan British. Tapi masih berhadapan dengan civil war (South and North Sudan) sampai sekarang. 9 Jan 2011 nanti ade referendum, Sudan akan terbahagi 2 macam North Korea and South Korea. Selain tu ada jugak konflik-konflik lain macam perang Darfur, perang antara Sudan dan Chad dan masalah kumpulan pemberontak Eastern Front yang beroperasi di sebelah timur Sudan yang bersempadan dengan negara Eritrea.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s