Referendum

Standard

Omar lawat ibu negara Sudan selatan

 

JUBA, Sudan 4 Jan. – Presiden Sudan, Omar al-Bashir hari ini melawat ibu negara autonomi selatan Sudan, Juba, beberapa hari sebelum satu pungutan suara diadakan, yang mungkin menyaksikan perpecahan negara terbesar di Afrika ini.

Bahagian selatan negara ini dijangka memilih untuk berpecah daripada utara dan membentuk sebuah negara baru, walaupun kebimbangan tentang perang antara utara-selatan Sudan pernah dibangkitkan sebelum ini.

Namun, al-Bashir dalam ucapan tahun barunya berkata, beliau akan menerima keputusan bahagian selatan negara sekiranya ia memilih untuk membentuk negara baru dengan mengatakan ‘keamanan adalah matlamat utama kita dengan saudara di selatan’ walaupun mereka memilih jalan lain selain penyatuan’.

Presiden Sudan itu dijadual bertemu pemimpin di bahagian selatan menjelang pungutan suara pada Ahad ini, yang diputuskan dalam satu perjanjian damai 2005 yang menamatkan perang antara bahagian utara yang dihuni majoriti penganut Islam dan masyarakat Kristian di bahagian selatan.

Kira-kira 4 juta rakyat selatan Sudan telah mendaftar sebagai pengundi dalam pungutan suara tersebut.

Perang saudara Sudan yang berlanjutan selama berpuluh-puluh tahun mengakibatkan dua juta penduduk maut dan pihak yang berkempen bimbang tentang kemungkinan tercetusnya lebih banyak keganasan.

Sementara itu, Pengerusi Biro Pungutan Suara Selatan Sudan, Chan Reec Madut berkata, agensinya telah bersiap sedia 100 peratus bagi menghadapi pungutan suara tersebut dan ia akan diadakan seperti yang dijadual.

Katanya, pengedaran kertas undi juga hampir siap dijalankan, tetapi ia masih belum tiba di beberapa kawasan pedalaman di selatan ekoran masalah pengangkutan.

“Ia bukanlah satu masalah besar kerana kakitangan kami sedia untuk berjalan kaki selama enam atau lapan jam hanya untuk tiba di pusat pengundian,” katanya.

Madut berkata, satu-satunya masalah yang dihadapi pihaknya adalah kekurangan bajet yang tidak disalurkan Khartoum.

Sumber: www.utusan.com.my

Semoga referendum berjalan lancar tanpa peperangan. Kami rakyat Malaysia di Sudan mohon doa keluarga, saudara mara dan kawan-kawan yang berada di Malaysia atau dimana-mana sahaja. Mudah-mudahan Allah pelihara keselamatan kami di sini. Aminnn..

2 responses »

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s