Tersampuk

Standard

Tersampuk mambang hari ni. Tak keluar rumah pun, so mesti lah mambang tu yang masuk rumah. Mambang Rajin namenye.🙂 Saya ni susah sikit nak jadi perajin macam hari ni. Pagi-pagi tadi lepas solat subuh terus ke dapur buat breakfast. Meggi goreng menunya hari ni. Lepas breakfast, online jap cek emel, blog walking, FB-ing. Dah bosan tak tau nak buat ape, teringat nak cek stock makanan yang kami bawa dari Malaysia. Nak cek expiry date masing-masing bile. Masih ingat lagi gambar ni?

Lepas barang sampai, ade la dalam seminggu je mood rajin nak unpack. itu pun terpaksa sebab banyak barang nak guna. So nak tak nak kene la keluarkan dari kotak. Pastu bile sume barang yang nak guna dah dapat, bilik ni pun bertambah semak mengalahkan tongkang pecah, mula la malas kan. Kalau ada pun barang nak guna, cari je la time nak guna tu.

Tapi sekarang bilik ni dah jadi macam ni:

Nampak tak perbezaannye? Ade beza kan??? Ke korang tengok same je? Banyak bezanya kawan-kawan, ni dah banyak sikit ruang kosong bilik tu. Dapek la berongap (read: bolehla bernafas). Dah tersusun kotak-kotak tu. Kotak-kotak yang tinggal ni barang-barangnye tak diperlukan di sini dan berat sangat macam beras, minyak masak botol besar sebab tak larat nak angkat. Mane pergi barang-barang yang lain? Ha… mereka sudah berada di siniiiiiii

dannnn di siniiiii

 

 

 

 

 

 

 

Taraaaa!!!!

Ok. sekarang nak kene masak pulak. Lapau ni! Tula kalau duk golek-golek tengok TV, online, baca novel tak pulak lapau. Bile buat keje cepat je lapau. Saya syak Mambang Rajin ni datang bawak kawan la, Mambang Lapau.

8 responses »

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s