Mee Udang

Standard

Malam ni kami dinner dengan mee udang. Dari semalam teringin nak makan lepas terjumpa resepi kat blog HaNa’s FamiLy, awek Malaysia yang hebat gile memasak kat Jepun tu. Kalau pergi blog die memang kene bertabah sebab gambar-gambar makanan kat sane sangat mengiurkan. Thanks to Hana yang tak lokek berkongsi resepi.

So hari ni tadi kami pergi kedai beli udang dan sayur untuk buat mee ni. Sebenarnya mee udang saya buat tadi saya ikut 2 resepi. Satu lagi saya ikut resepi dari My Resepi.

pic source: google image. Sendiri punye malas nak snap. Tapi, lebih kurang gini le rupenye.

Mee Udang

Sumber asal: hanamemories.blogspot & myresepi.com

Bahan-bahan:

  • *15 tangkai lada kering
  • *5 biji bawang merah
  • *1/2 inci halia
  • *2 biji bawang putih – bahan * blend
  • 1 mangkuk udang
  • bihun
  • hirisan daging rebus
  • sawi celur
  • taugeh- xde, so xletak
  • fishcake- xde, so xletak
  • bawang goreng
  • garam dan gula
  • air secukupnya

Cara-cara:

1. Asingkan kulit, kepala dan isi udang kemudian basuh bersih-bersih. Gorengkan kulit dan kepala udang sampai kekuningan lepas tu angkat dan toskan. Ketepikan.

2. Blend kulit & kepala udang yang dah digoreng tadi, tapis dan ketepikan sebentar.

3. Tumis bahan blend dengan minyak menggoreng kulit udang tadi sehingga garing. Masukkan isi udang dan hirisan daging rebus, kacau rata.

4. Masukkan air kulit udang yang telah ditapis tadi dan sedikit air rebusan daging. Tambah garam dan gula secukup rasa. Kalau pekat sangat, tambah air secukupnya.

5. Hidangkan dengan sawi dan bihun yang telah dicelur dan bawang goreng. Sedia untuk dimakan.

My husband demam sikit hari ni, tekak dia tak berapa betul. Segala benda dimakan rasa tawar. So saya hidangkan mee udang untuk die tadi extra garam dan tambah perahan limau nipis baru lah dia rasa sedap.

Selamat mencuba!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s