Bubur nasi & sambal goreng

Standard

Hari ni tadi tiba-tiba teringin nak makan bubur nasi . Pagi tadi breakfast nasi goreng tapi makan sikit je sebab nasi tu sebenarnye nasi lebih makan malam semalam. Sayang nak buang sebab tak basi, so buat la nasi goreng. My husband memang favorite dia ialah nasi goreng. Bekalan untuk dia kene la lebih. Tinggal la untuk saya sepinggan kecil. Tu yang terasa lapar tengah hari ni. Sebab taknak masak leceh-leceh banyak kali (baca: malas) dan malam ni dia ada reception pulak nak kene pergi so saya pun masak la bubur nasi dengan sambal goreng. Petang sikit nanti sebelum dia balik, saya masak la sup ayam. Kami ni penggemar tegar makan nasi putih+ sup ayam+ sambal goreng. Selesai masalah hari ni.

Walaupun saya dah pernah letak resepi bubur nasi sebelum ni tapi hari ni saya rasa rajin nak taip lagi sekali. Ade la perubahan sikit-sikit kali ni. Resepi sendiri pun saya boleh derhakakan kan? HAHAHA. Orait, tak payah bebel meleret-leret lagi, nah amik resepi bubur nasi dan sambal goreng.

 

 

bubur nasi+sambal goreng+kicap lemak manis cap kipas udang

BUBUR NASI:

Bahan-bahan:

  • 1/2 cawan beras
  • 3-4 cawan air
  • halia ditumbuk/dihiris nipis
  • dada ayam, dihiris kecil
  • lobak, dipotong dadu kecil
  • 1/2 stok ayam (saya guna stok ayam maggi)
  • 1 sk serbuk lada hitam

Cara memasak:

  1. Basuh beras, kemudian masukkan semua bahan tadi kecuali serbuk lada hitam.
  2. Masak sampai jadi bubur kemudian masukkan serbuk lada hitam dan garam kalau perlu.
  3. Hidangkan dengan sambal goreng.

 

SAMBAL GORENG

Bahan-bahan:

  • Segenggam ikan bilis
  • Segenggam kacang tanah (optional)
  • bawang merah, ditumbuk/ blend
  • bawang putih, ditumbuk/ blend
  • 3 sudu cili kering yang telah dikisar
  • bawang besar, potong bulat

Cara-cara memasak:

  1. Panaskan minyak masak, goreng ikan bilis dan kacang tanah sampai cukup garing. Angkat dan ketepikan sekejap.
  2. Tumis bawang merah, bawang putih dan cili kering sehingga betul-betul kering dan garing. Masukkan bawang potong dan gaul rata sampai bawang masak.
  3. Tambah garam dan gula secukupnya.

2 responses »

  1. Ya Allah dian, teringat aku zaman praktikal, tinggal umah kakak aku.
    Nilah menu kesukaan aku. Ada hari macam sup ayam bernasi. Lebih lauk dari beras.
    Terkenang….

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s