Harapkan pagar, pagar makan padi!

Standard

Contoh terbaik untuk peribahasa itu ialah artikel Kosmo! hari ni. Pasal seorang guru yang dijatuhkan hukuman penjara selama 12 tahun dan 2 sebatan kerana merogol anak muridnya yang berumur 12 tahun.

12 tahun dan 2 sebatan je?! Ape la sangat kan berbanding penderitaan budak perempuan tu. Trauma seumur hidup! Patutnya kalau kesalahan rogol budak bawah umur ni, bagi je hukuman maksimum. Menyirap darah aku pagi-pagi baca berita macamni tau!

Balasan rogol murid

Oleh ADHAM SHADAN
adham.shadan@kosmo.com.my
 

MOHD. SAIDI diiringi keluar dari Mahkamah Sesyen selepas dihukum penjara 12 tahun semalam.

 

 


KOTA BHARU – Selepas lima tahun dibicara, Mahkamah Sesyen di sini semalam akhirnya menjatuhkan hukuman 12 tahun penjara berserta dua sebatan ke atas seorang guru kerana didapati bersalah merogol anak muridnya yang berusia 12 tahun ketika kejadian.

Hakim Zainal L. Saleh memutuskan hukuman itu ke atas Mohd. Saidi Che Tengah, 44, selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes tanpa keraguan munasabah ke atas dua pertuduhan rogol yang dihadapkan ke atas bapa kepada lapan anak itu.

“Ini kesalahan serius. Faktor kepentingan awam juga saya ambil kira dalam memutuskan sesuatu hukuman yang dapat memberikan pengajaran kepada kamu dan seterusnya dapat menghantar mesej kepada masyarakat supaya tidak melakukan kesalahan yang sama.

Sumber: Kosmo! Online.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s