street protest. perlu kah?

Standard

Salam & hello.

Too busy to blog lately. Wahhh.. busy la sangat! Yela, biasa duduk rumah je kan, keluar pun seminggu sekali pergi halaqah. Sekarang boleh dikatakan hari-hari keluar. Potluck, farewell party, badminton, halaqah etc. Kadang-kadang tu keluar pagi, balik petang nanti malam keluar lagi. Kalau keluar pagi, balik tengahari, sampai rumah dah sibuk nak masak dan buat kerja-kerja rumah yang lain. Siapa kata jadi fulltime housewife ni relax?

Ok la, sekarang satu dunia tertumpu kat Egypt. Street protest. Inspired by Tunisia la mereka ni. Rakyat dah mula menyuarakan ketidakpuasan hati terhadap President Hosni Mubarak dan menteri-menteri ruling party, National Democratic Party (NDP). Hosni Mubarak tu da 30 tahun rupanya jadi president. Tu la, saya rasa saya dah dengar nama Hosni Mubarak ni dari zaman kanak-kanak lagi. Melampau sungguh sampai 30 tahun. Ape kau ingat kau tu raja? Nak jadi president sampai mati ke? Selama ni rakyat senyap je kan. Tapi bila mereka tengok Tunisians berganding bahu, brothers and sisters keluar beramai-ramai di jalan, mereka boleh membawa perubahan yang mereka nak, mereka pun nak ikut buat macam Tunisia.

”]”

Tapi sebenarnya perlu ke sampai macamtu? Kalau tengok kat TV memang takut tengok the protesters beramai-ramai bakar trak polis, tolak masuk dalam sungai Nil, bakar bangunan. Pastu kejadian looting sana sini termasuk la the Egyptian Museum. Sayang betul tengok habis barang-barang dalam museum tu kene curi, kene pecah. Itu national treasure negara kau la!

 

The Egyptian Museum

Pastu berbaloi ke keluar protest beramai-ramai sampai ramai yang mati. Bila Barat tengok senario macamni kat Middle East & North Africa di mana majoriti rakyatnya beragama Islam, salah ke mereka  ade perception yang Islam ni terrorist? Orang Islam jugak yang bagi impression macamtu.

Malaysians dah la ramai kat sana. Students je dah 11,600 orang. Bayangkan lah macamana nak evacuate nanti. So far Malaysians kat sana ok. Selagi mereka tak keluar berprotest sama-sama dengan orang Mesir tu insyaAllah la akan selamat. Tapi ape perasaan family mereka kat Malaysia yang mengikuti perkembangan melalui TV dan internet? Dua hari lepas, telefon dan internet kat Egypt disconnected. Mereka yang kat Egypt tu tak dapat nak contact family kat Malaysia nak bagitau yang mereka selamat. Saya ada seorang kawan yang baru bersalin, ceaser, pada 24 Jan 2011, sehari sebelum protest tu start. Bayangkan kalau dia bersalin lewat sikit. Kalau dah macamtu keadaannya, macamana nak keluar pergi hospital? Dahla Cairo tu masa aman damai pun jalan raya sesak, ni kan pulak masa tengah huru hara ni.

Bila jadi macamni, mula la negara-negara lain pun sibuk nak ikut buat protest. Yemen dan Jordan dah mula sikit-sikit. Algeria pun. Sudan pun hari ni security dah standby sebab ade ura-ura nak demo.

Hosni Mubarak dan Ben Ali memang corrupt, tapi siapa boleh beri jaminan yang presiden baru nanti takkan corrupt?

4 responses »

  1. Rakyat Mesir dah mengamuk demanding President Hosni Mubarak to step down. Teruk keadaan skg ni. Tak sangka boleh jadi mcmtu. Orang duk sibuk risaukan Sudan sebab referendum, sekali jiran (Mesir) pulak yang huru- hara.

  2. dian! adik saya dah nak balik! dia tengah transit kat jakarta. sian dia, tidur berlonggok kat cairo, kat jeddah, kat airport, sebab nombor giliran dia dua ribu lebih. tapi takpa, janji dia balik and saya tak nangis kat sini lagi. alhamdulillah!🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s