Demam & adat perpatih

Standard

Setelah beberapa hari badan saya bertahan, akhirnya hari ni badan ni mengalah juga. Semalam dah start tournament badminton tu. Balik dari game semalam badan rasa sakit-sakit dan malamnya saya dah start selsema dan sakit tekak and batuk sikit-sikit. Sebenarnya sejak saya rajin main badminton ni memang badan ni sakit- sakit bila bangun pagi esoknya tu. Saya tak layankan sangat, amik ubat pun tak. Tak sangka pulak hari ni boleh sampai demam. So, hari ni tadi mula la telan ubat. Sebab nak cepat baik, esok ade game lagi ni. Saya amik Panadol for cold & flu.

ubat ni kuat sikit berbanding Panadol biasa. Makan ubat ni asik nak tido je.

Bagusnya ubat ni boleh hilangkan sakit-sakit badan sekali. Kejap lagi sblm tido saya amik lagi, harap-harap esok pagi saya ok.

Cukuplah pasal demam yang tak seberapa tu kan. Tadi saya terbaca note FB seorang kawan sekolah. Dia perempuan Negeri Sembilan (NS). Note dia pasal perbualan dia dengan babysitter anak dia tengah hari tadi. Babysitter tu menunjukkan reaksi yang agak pelik bila tahu yang kawan ni orang NS. Pastu ada lah satu ayat yang keluar dari mulut pengasuh tu seolah-olah malangla lelaki yang berkahwin dengan perempuan NS ni.

Korang pernah tak dengar orang kata yang kahwin dengan perempuan NS ni, nanti kalau bercerai lelaki tu tinggal sehelai sepinggang sebab harta semua dah dikikis dek isteri. Saya selalu dengar tentang benda ni dulu. Dan semakin saya dewasa, saya terbaca banyak tulisan yang cuba menjelaskan stigma negatif ni dengan  menerangkan tentang amalan adat perpatih di NS yang sebenar. Saya tak sangka pada zaman sekarang ni masih ada orang yang belum jelas tentang perkara ini.

Baiklah, biarlah saya cuba jelaskan di sini secara ringkas yang boleh. Harap- harap you all tak bosan.

Antara prinsip utama dalam Adat Perpatih ialah Tempat Kediaman adalah di kawasan ibu isteri: Apabila berlangsungnya sesuatu perkahwinan, si lelaki akan meninggalkan kampung halamannya dan menetap di kawasan ibu isterinya sebagai orang semenda. Pada zaman dahulu si lelaki akan mengusahakan tanah keluarga isterinya.

Ok, kalau lelaki tadi seorang yang rajin, dia akan dapat mengumpul hartanya sendiri. Sekiranya terjadi penceraian, lelaki tadi akan keluar dari tanah dan rumah ibu isterinya tadi bersama dengan harta yang dicarinya sendiri. Kalau lelaki tu pemalas, tu yang bila bercerai keluar sehelai sepinggang tu. Dah selama ni dia duk menumpang harta pusaka isteri, kalau bercerai takkan dia nak bawa sekali harta pusaka isteri kan? Tapi itu zaman dulu la. Zaman tu orang kawen pun dengan orang dekat-dekat, sekampung. So, biasanya lelaki NS kawen perempuan NS memang takde masalah. Masing-masing faham adat.

Zaman sekarang, lelaki perempuan dah merantau, pasangan dari seluruh Malaysia, dari oversea pun ade. Orang sekarang pun dah tak heran pasal harta pusaka kat kampung. Lelaki dan perempuan dah sama-sama bekerjaya, cari harta sendiri.

Selalu menjadi topik perdebatan hangat mengenai Adat Perpatih adalah mengenai pemberian harta pusaka yang memberikan kelebihan kepada perempuan. Inilah satu-satunya isu dalam Adat Perpatih yang selalu disalah fahamkan. Sebenarnya, pemberian pesaka yang dimaksudkan dalam adat ini ialah pemberian tanah adat. Tanah adat ini adalah tanah yang turun temurun daripada nenek moyang sesuatu keluarga. Sebabnya tanah adat ini diberikan kepada perempuan ialah semata-mata untuk menjaga kehormatan dan maruah kaum wanita Adat Perpatih.

Maksudnya, seorang wanita Adat Perpatih walau betapa miskin dan papa pun, dia tidak akan merempat atau menjual maruahnya untuk hidup. Jika dia pulang ke kampungnya dia sudah ada tanah kampung dan tanah untuk dikerjakan sebagai penyambung rezeki. Manakala anak lelaki pula dianggap lebih teguh dan tahu untuk terus berusaha untuk hidup (survival). Akan harta atau tanah yang diperolehi sebagai harta sepencarian maka pembahagiannya adalah menurut hukum faraid (tidak ada kena mengena dengan tanah adat yang hanya untuk perempuan sahaja).

Pengalaman mak saya sendiri memang menunjukkan kebenaran dan kerasionalan amalan pembahagian harta pusaka dalam Adat Perpatih ini. Semasa arwah bapa saya meninggal, mak saya seorang suri rumah bersama 4 orang anak perempuan dan seorang bayi dalam kandungan (adik bongsu, baru 2 bulan dalam perut). Arwah bapa meninggal muda  (39 tahun) dan mengejut (kemalangan jalan raya). Kami tinggal di kuaters Kerajaan kerana arwah bapa kakitangan awam. Tiada rumah sendiri lagi. Pada waktu itu, mak saya tiada pilihan lain untuk meneruskan hidup selain balik ke kampung asalnya di NS kerana dia ada rumah dan tanah pusaka.

Saya harap penjelasan ini sedikit sebanyak dapat membetulkan tanggapan negatif terhadap perempuan NS selama ini.

Bacaan lanjut: Wikipedia.

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s