Bukan kebetulan

Standard

Salam.

Alhamdulillah saya dah sihat. Walaupun adelah sikit-sikit sisa demam tapi dah jauh lebih baik dari sebelum ni. Tapi yang tak tahan tu, dalam pada demam, selera makan tetap la besau! Pagi breakfast tak nak yang lite lite. Nasi lemak, bihun goreng. Pastu lunch teringin udang masak lemak cili api pulak! Pastu keje lain tak larat kononnya, tapi masak boleh pulakkan? Lepas makan, telan ubat yang drowsy tu, memang confirm tertidur. Konon main badminton nak kurus, sekali demam terus gemuk balik kan?

Hari ni tadi pagi saya bermula dengan agak down sikit sebab masak bihun goreng tapi takde rasa. Tawar je…Selalu ok je. Saya syak, sebab saya tak letak kiub ikan bilis. Dah habis stok, lupe pulak nak beli kat kedai petronas. Walaupun dah ganti dengan ikan bilis yang ditumbuk, tapi hasilnya tak sama, u olls! Tu yang sampai down tu, gigih menumbuk ikan bilis pagi-pagi buta tapi hasilnya entah ape-ape kan? Paling kesian my husband la, sebab saya bekalkan dia bihun goreng tu, banyak pulak tu sebab favorite dia tu. sekali tak sedap! kuang kuang kuang…

Berbalik kita kepada tajuk entry, suatu masa dulu pada satu sesi halaqah, ustaz ada cakap dalam Islam tiada istilah kebetulan. Semua yang berlaku Allah dah aturkan. Semua yang terjadi tu bersebab. Pada mulanya saya agak kurang bersetuju dengan kata-kata ustaz tu. Tapi saya diam je la kan. Takkan nak melawan tok guru pulak. Tapi semakin lama, semakin saya memahami maksud kata-kata ustaz tu. Semakin banyak contoh yang saya saksikan di depan mata. Maka secara perlahan-lahan saya mula bersetuju dengan kata-kata itu.

Saya dah mula faham kenapa saya berada di Sudan. Saya dah mula faham kenapa saya dipertemukan dengan sahabat-sahabat di sini. Kami tak pernah kenal masa di Malaysia dan terpaksa berkawan baik di sini. Yela, kalau tak nak berkawan dengan diorang, nak kawan dengan  sape lagi kan? Dalam pada kami berkawan banyak perkara yang kami temui yang membuatkan saya semakin mengakui kebenaran kata-kata ustaz tadi. Subhanallah! Yes, everything happens for a reason. Sabar dan redha sahaja, InsyaAllah satu hari nanti akan bertemu hikmah di sebaliknya.

Saya tengah mencari-cari blog yang jual baju kurung secara online yang berpatutan harganya (around RM100 sepasang) dan cantik corak dan warna. Saja nak topup koleksi baju kurung. Beli ready made senang, kalo nak tempah takut tak sempat pulak nak siap. Sudilah kiranya memberi cadangan. Terima kasih!

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s