Mana mood?

Standard

Salam.

Semalam bagi saya best. Pada awalnya, kami ada lunch invitation dari landlord bangunan embassy. Tapi lepas tu cancel pulak. Tukar jadi dinner. Semalam hari terakhir tuan ambassador sebagai penjawat awam. Pencen sudah. Family dia balik Malaysia semalam. Flight pukul 8 malam. Kami jumpa mereka kat airport. Semua pun happy, takde sedih-sedih. Buatpe nak sedih kan? Nak balik Malaysia for good nih! Tapi saya kecewa sikit la, sebab bukan saya yang balik for good tu! Pffftttttttt! Dari airport terus ke rumah Dr Karouli tu for dinner. Makanan ok, walaupun saya dah kenyang sebab dah makan nasi petang tu tapi tetap masih boleh makan dengan berselera. Tapi ada la rasa tak sedap sikit tekak ni.

Hari ni adalah tidak best. Bangun pagi dengan rasa sakit tekak. Rasa macam ade lump dalam tekak. Pergi dapur bancuh air panas dengan madu. Petua siapa ntah saya ikut. Lega sikit. Tengok dalam periuk ada lebihan nasi semalam. Kelentang kelentung, siap nasi goreng. Makan la sorang-sorang then telan ubat batuk. Lepas husband pergi kerja tertidur kat ruang tamu sampai pukul 12! Mak aiiii…mabuk ubat batuk.

Hari ni ada halaqah, bertalu-talu orang bagitau. Kat wall FB, sms. Memang berniat nak pergi semalam. tapi bila bangun pagi tadi terus takde mood. Padahal ape lah salahnye kalau pergi kan? Pergi dengar je diam-diam, bukan orang suruh kau yang bagi tazkirah!

Haihhhh…bangun tidur, online jap tapi malas nak chat ke ape. Padahal bukan kene bersuara pun. Petang ni ingat nak main badminton pun tak jadi rasanya.  Main tak guna tekak kan?! Nasib baik lauk semalam ade lagi. Malas nak masak. Semalam dia balik keje dia kenyang, tak makan kat rumah pun. So boleh la panas-panaskan je lauk semalam. Saya ingat nak makan bubur je la. Seksa nak menelan benda lain. See… sakit tekak je, tapi takde mood nak buat segala benda.

Lately sebenarnya saya ade teringin nak makan makanan jepun. Mungkin sebab banyak sangat tengok drama jepun. Tapi kat sini, ko tak usahla nak teringin yang bukan -bukan kan. Saya simpan je la perasaan teringin tu dalam hati. Tapi semalam masa saya blogwalking blog resepi mencari idea nak memasak, saya terjumpa orang buat takoyaki. Macam senang je nak buat, tapi masalahnye sini bahan-bahan la takde. Saya tanye kawan saya, kat sini orang embassy jepun shopping barang makan kat mane? Dia kata diorang tak shopping sini, diorang bawak dari jepun banyak-banyak or beli kat Dubai. Mak aaaiii… memang kempunan la jawabnya. Tiba-tiba malam tadi dapat info sini ada kedai makanan jepun rupanya! My best friend, Emilia yang birthday nya semalam nak belanja kami makan kat situ malam ni. Happy siot!

Tapi itu semalam la. Hari ni kalau dah macamni keadaan tekak, nak telan nasi pun azab, macamane aku nak telan takoyaki?!

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s