Oshin

Standard

tercapai impian nak makan makanan jepun =)

Alhamdulillah… malam tadi dapat gak makan makanan jepun walaupun saya frust sikit sebab takde takoyaki. Nama kedai ni OSHIN. Makanannya sedap bagi saya sebab boleh diterima oleh tekak yang sedang berpenyakit ni kan. Harga pun tak mahal sangat, boleh la datang makan lagi lain kali. Restaurant ni dimiliki oleh sepasang suami isteri. Suami Sudanese, isteri Japanese.

Makan semalam Emilia & Deddy yang belanja. Thank you kawan-kawan.

tukang belanja

Kedai ni baru 11 hari dibuka. So service wise, agak lembab sikit. Nasib baik makanan ok. Tapi yang saya punya sendiri yang paling tak ok. Tajuk makanan saya semalam ialah tandon. Nasi jepun, pastu ada udang tempura, terung & carrot. Saya lagi suka makanan orang lain. Emi & Renie punye sedap lagi.Tapi saya dah lupa tajuk makanan diorang. Emi punya tu nasi jepun & daging, ala-ala daging masak kicap tapi sedap lagi (kalau nak dibandingkan dengan masakan daging masak kicap saya buat la), Renie punye nasi jepun & ayam & telur. Rasanya ala-ala ayam halia gitu. Pun lebih sedap berbanding masakan saya.

makanan saya, makanan diorang berdua tu saya lupa nak snap.

tukang makan. Ade lagi ramai, tapi tiada dalam gambar.

Pastu kami ada order daging & ayam yang kita masak kat meja tu kan. Tapi macam biasa la sebab makanan tu dlam bahasa jepun, makanya makcik da terlupa la ape tajuknya. Tapi sempat snap picture.

panas-panas!

Tokey restoran bermurah hati beri compliments. Ais sagat. Tajuk dalam menu Shaver Ice. Perempuan sakit tekak sedar diri, tak oder pun. Tapi tokey kedai hantar ngam-ngam sorang satu. Saya rasa sikit-sikit je. Ok gak la. Ada perisa starwberry, hawaiian blue & manggo. Paling sedap hawaiian blue. Saya minum air fresh orange without ice. Sedappppp sangat!

strawberry

manggo

ibu mengandung pose dgn ice shaver

Sampai rumah pukul 11.30 malam. Badan saya panas. Ayooo… demam lagi. Minggu lepas tu demam urat, sebab main badminton kan. Sakit-sakit badan. Kali ni demam selsema pulak. Telan ubat, ntah pukul baper baru terlelap. Bangun pagi ni masih demam. My husband cuma breakfast telur separuh masak je. Saya sendiri takde selera nak makan apa-apa. Kepala pusing! Tapi kene makan something sebab nak makan ubat. Nasib baik dalam fridge ade susu, dapatla makan cereal. Jap lagi nak tido. Tengah hari tak fikir lagi nak masak ape. Bubur lagi kah? Wahhhh, kurus la I macamni!🙂

Harap-harap saya lekas sembuh, nak main badminton balik. Minggu depan ada tournament lagi. Single pulak. Last week double.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s