bergaduh & menangis

Standard

Lately banyak betul saya baca kisah bloggers yang bergaduh sesama sendiri. Perang cyber. Saya kan banyak masa lapang, sempat la baca dari tajuk sampai ke last comment. Macam-macam pendapat orang sampai saya confuse, eh sape salah sape betul nih? dia kata dia macamtu, bila baca blog dia tu dia pulak kata sebenarnya kisahnya tu begini. At last saya terfikir lantak la korang nak berperang kat blog macamtu. Yang aku ni sibuk nak baca sume, dah macam penyiasat pulak. Tak jadi keje pulak kan? Tapi yang paling tak boleh tahan, penyakit perang cyber ni tak kenal siapa rupanya. Siapa saja blogger boleh terjebak. (Harap-harap tak terkena kat saya) Sebab hari ni saya baca blog Che Det, dia pun same. Dia membalas kenyataan Nik Aziz. Kenyataan Nik Aziz saya baca dari emel. Ada orang foward. Sebenarnya Nik Aziz yang balas kenyataan dia mula-mula. Tapi diorang ni berperang secara berhemah dan macho la bagi saya. Yela dari segi bahasa yang digunakan walaupun agak keras tapi masih bersopan. Takde la memaki hamun, mencarut sume. Pastu macho sebab masing-masing tulis nama orang yang dimaksudkan. Che Det punya tajuk 1st entry Nik Aziz dan Kwan Yew. Pastu Nik Aziz punye pulak Jawapan Saya Kepada Tun Mahathir. Pastu Che Det balas Jawapan Kepada Nik Aziz. Selamba je kan? Bukan macam blogger lain tu, da bagi hint terang terangan pasal blogger yang dikutuk tu tapi tetap guna Blogger X. Padahal semua pembaca tau siapa yang dimaksudkan.

Hari rabu macam biasa pergi halaqah. Rasa macam dah lama tak pergi halaqah sebab masalah kesihatan. Alhamdulillah hari ni dah sihat, so dapat la pergi. Kami digalakkan bawa sedikit makanan semasa ke kelas halaqah. Lepas kelas, boleh makan sama-sama. So semalam saya beli keledek dan try buat kuih Cek Mek Molek. Kuih tradisional Kelantan kegemaran my husband. First time saya try nih. Resepi saya amik kat My Resepi. Senang je nak buat kuih tu rupenya.

 

cek mek molek

 

Halaqah hari ni Ustaz cerita pasal Nabi Muhammad SAW sempena Maulidurrasul semalam. Tapi ceramah hari ni touching, sampai menangis-nangis! Saya mula-mula tu sayu je dengar kisah-kisah sedih Nabi Muhammad SAW terutamanya cerita tentang perjuangan baginda dan para sahabat serta  kisah kecintaan para sahabat terhadap baginda. Pastu saya nampak ada a few ahli halaqah yang senyap-senyap kesat air mata. Saya memang rasa nak menangis tapi masih mampu menahan air mata. Malu  la menangis depan orang ramai! Sampailah satu part tu ustaz terberhenti bercerita dan dia sendiri menangis teresak-esak! MasyaAllah! Masa tu saya fikir, kalau ustaz yang lelaki ni, tak malu nak menangis depan kami ahli halaqah yang semuanya perempuan, kenapa aku yang perempuan ni nak malu? Ape lagi, berhamburan la air mata saya!

Saya dah dapat beli sepasang baju kurung. Tapi saya nak beli lagi. Balik Malaysia nanti ada banyak wedding and kenduri nak kene pergi. Malasla nak angkut baju dari sini. Lagipun saja nak tambah koleksi baju kurung yang dah ada ni. Siapa-sapa boleh rekomen? Saya prefer beli online sebab saya boleh beli dari sekarang, so balik nanti senang baju dah ada. Ada wedding yang saya nak pergi tu 2 hari lepas saya sampai Malaysia. Tak sempat nak beli masa dah sampai Malaysia nanti. Tak sabarnye nak balikkkkkk!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s