Baling tin

Standard

Siapa tahu permainan baling tin ni? Siapa budak kampung macam saya sure tahu dan pernah main permainan ni. Tapi bila last korang main? Saya, last thursday.🙂

Petronita punya aktiviti. Nostalgia Bersama Petronita tajuk programnya. Biasa la kami ahli PERWAKILAN yang tinggal 3 ketul ni memang selalu jadi tetamu jemputan aktiviti-aktiviti Petronita. Tapi seketul da jadi ibu mengandung so tak boleh la nak join aktiviti-aktiviti berlari dan terkinja-kinja. So dua ketul je la yang boleh join. Last week kami main galah panjang. Tapi tak berapa nak best sebab masing-masing da tinggi dan lebar, so gelanggang tu dah jadi sempit, main 4 round terus give up. Hari Khamis main baling tin pulak. Main ni seronok. Sebab semua orang sporting. Dah tu lepas main dapat hadiah. Tapi semput la, sebab last main 18 tahun yang lepas. Masa tu badan kecik, ringan.

Ini team saya. Cube teka yang mana saya.

Mind you, yang melompat dalam gambar tu takde yang single. Saya yang paling muda. Sume tu mak-mak orang belaka. Kecuali saya la. Tapi dah layak jadi mak budak gak kan? Anak-anak diorang ade kat tepi-tepi tu tengah tercengang tengok mak-mak diorang beria melompat-lompat, berlari-lari main baling tin! hahaha.

Thank you Petronita, betul-betul berjaya mengembalikan kenangan zaman kanak-kanak saya. We should do this often!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s