PA baru

Standard

Ada seorang PA kat embassy tu dah balik Malaysia. Ye la dia pun dah lebih 3 tahun kat sini. Memang dah patut balik pun. Happy betul dia dapat balik Malaysia for good. Pengganti dia pun dah sampai. Perempuan pertengahan umur. Badan pun sihat-sihat sikit. Dia suruh saya panggil dia ‘makcik’. Fine, saya ikutkan je la. Tapi dalam hati saya kesian kat makcik tu. Yela nape la KL hantar dia ke tempat macamni. Tak sesuai la.

Dia baru sampai so tak dapat rumah sewa lagi. Entah macamna dia menumpang kat rumah saya. Fine la, tak kisah pun. Bangun pagi semalam, macam biasa saya ke dapur nak prepare breakfast saya terkejut tengok makcik dah ada kat dapur dengan apron dan sudip di tangan.  Atas meja makan ada nasi goreng kampung, kuih muih, fresh orange & kopi panas. Dia kata “jap ye puan, saya tengah buat french toast”.

*terdiam & malu sebab tetamu yang bangun masak dan dia panggil aku  “puan”?*

Sambil makcik buat french toast kami berbual. Saya bagitau dia, semalam sand storm kuat, jadi rumah berdebu sikit. Dia balas, ” takpe puan, lepas breakfast nanti saya tolong mop dan lap debu”.

“eh, takpe la makcik. Makcik nanti ikut husband saya pergi office. Saya dah biasa buat semua tu. Saya duk rumah sorang-sorang bukan ade kerja pun”

” takpe, makcik baru sampai sini, bukan ade keje pun kat office tu”

*pelik* cakap dalam hati : dia ni PA office ke PA aku? Tapi ok gakla kalau dia nak tolong aku berkemas. Aku pun bukan rajin sangat.

French toast da siap. Saya pun dah get ready nak breakfast. Sedap betul bau nasi goreng kampung ni. Nampak pun macam sedap je. Siap ada sayur kangkung lagi. Lagipun makcik ni kan macam mak-mak, mesti lagi sedap dia masak.

Bismillah… baru nak menyuap, handphone pulak berbunyi. Potong betul!

*tekan button hijau* tp handphone still ringing. Apsal ni???

S**T!!! alarm rupenye yang berbunyi!

Gua mimpi da… Cissss!

Baru nak makan nasi goreng kampung. DEMN!!!!

 

p/s: ni entry tak de modal namanya, tp tangan gatal nak update blog. Sorry, gua post cerita mengarut. Tapi memang betul mimpi mcmtu semalam.

4 responses »

  1. nyah…scary nyah…mimpi kau mostly tepat sasaran nyah!😉 makcik ‘sihat-sihat’ tu yang tak tahan tu!😀

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s