belajar lah lagi…

Standard

Assalamualaikum…

2 minggu dah kami di Malaysia. Sebab tu blog ni ditinggal sepi. Cuti suami hanya berbaki lagi 2 minggu. sigh. kejap je rasanya. Masih tak puas lagi makan. (makan je yang kau ingat kan?)

Sekarang kami di kampung suami, Kelantan. Adik ipar amik result SPM hari ni. Teringat masa hari result SPM keluar 13 tahun lepas, saya antara nama terawal dapat  slip. Angka giliran pun yang pertama kan. Berdebar-debar je nak tengok. Paling takut subjek kimia & add math. Sebelum result keluar 2 kali saya mimpi da dpt result every time mimpi mesti tak dapat nak tengok dua subjek tu. Siap ade X kat dua subjek tu. So, masa betul-betul dapat slip saya memang tengok 2 subjek tu dulu. Alhamdulillah, ok. Pastu baru la tengok gred & agregat.

Berbalik kepada cerita adik ipar saya tadi. Dia tak pergi sekolah lagi tengok result tapi ada sorang kawan dia dah amik dan terus singgah rumah ni jumpa dia. Saya tengok la result kawan dia tu.  Ada 2 A je, pastu ada B & C.  Amik pure science subjects. Bagi saya ok la untuk budak sekolah kampung. English pun A. Kalau ikut result rasanya boleh kalau dia nak sambung belajar untuk buat diploma dulu. Tapi yang sedihnya dia tanya kami, dengan result dia mcmtu boleh ke dia dapat kerja Hospital Attandance (HA)?.

Saya dan suami terkejut & terkedu! Result ko ok dik… boleh masuk U, buatpe nak keje tu? Dia jawab keje tu mudah. Allahuakbar!

Jangan salah faham ye, bukan saya memandang rendah terhadap pekerjaan tu. Pekerjaan itu halal, takde salahnye. Cuma saya sedih bila yang bercakap tu budak berumur 18 tahun yang resultnya ok, boleh masuk U. Masuk U bukanlah sekadar nak dapatkan segulung ijazah yang akan menjamin dapat kerja bergaji besar. Tapi masuk U untuk mengubah mentaliti. Supaya permikiran akan lebih luas dan terbuka. Tengok benda lain yang ada kat luar dari kampung sendiri. Juga bergaul dengan orang yang berbeza latar belakangnya dengan kita.

Saya harap budak tu akan terbuka hatinya untuk terus belajar dan semoga dia dapat diterima untuk meneruskan pembelajarannya ke menara gading dan semoga tempat baru mampu mengubah dan membentuk dia menjadi manusia yang lebih baik. Mudah-mudahan nanti dia menjadi contoh kepada adik-adik yang lain di kampung.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s